Sunday, July 4, 2010

Update seminggu - Part 1

Dah seminggu lebih aku tak update blog aku ... aku teramat2 bzz pasal rumah2 aku dan kerja di opis ... pada 25th Jul aku dan asben ambil cuti tahunan untuk settlekan rumah di shah alam, klang dan rumah kakak aku di sentul.. since api dan air dah masuk untuk rumah shah alam, aku dan asben basuh rumah, buang sawang2, lap semua tingkap, touch up cat, pasang lampu, kipas dan pasang tikar getah... actually aku nak cat the whole house tapi disebabkan kesuntukkan masa aku just touch up ajer ..

Almaklumlah condition rumah yang agak teruk dengan semua kepala paip, sinki dan shower kena rembat, semuanya kena di ganti dan ada juga yang kena repair seperti saluran basuh tangan yang tidak diletakkan dengan betul dan sambungan flush yang hilang .. mencabar betul ...dua malam juga aku dan asben tidur di rumah shah alam semata2 nak siapkan rumah ini untuk handover pada penyewa iaitu student uitm ...

Pada 27th Jul aku handover rumah aku di klang pada penyewa.Setelah didesak barulah tukang grill terhegeh2 pasangkan grill, kualiti kerja dia ala2 ajer .. tak berapa kemas... malas aku nak mengomen pada dia .. lagi aku banyak cakap lagi sakit hati di buatnya ...

Pada petang 27th Jul asben aku berjaya juga pasangkan semua lampu di rumah medium kos .. kipas dan tikar getah belum di pasang lagi. Actually dah ada confirmed penyewa tapi cancel di saat2 akhir ...so aku decided once ada yang bayar deposit baru aku nak pasangkan tikar getah .

bersambung lagi esok .. banyak cerita lagi

No comments:

Post a Comment