Pada hari sabtu lepas aku sekeluarga bercuti ke JB. Kami bertolak dari KL pukul 8am dan singgah di RnR untuk breakfast . Since asben aku goreng nuggets untuk bekalan dalam kereta, jadi anak2 aku dah full jadi kami order air dan dua ketul pau. Samapai di JB dalam pukul 12:30tghari. Since ini 1st time kami ke JB dan map yang aku printed lupa nak bawa, terkial2 dari Hotel Selesa. At the end jumpa jugaklah. Since masih awal aku sekeluarga ke City Square jalan2 di sana dan ke kawasan pinggir laut di Tambak laut. Dekat ajer rupanya Singapore dan JB ..lepas City Square aku sekeluarga cari2 gerai atau restoran melayu .. susah benor nak cari .. at the end aku cakap pada asben aku kita makan kedai mamak ajerlah .. asben aku ni kureng sikit dengan kedai mamak .. akhirnya jumpa jugaklah restoran melayu, walaupun harganya mahal sikit dari KL tapi mmg berbaloi2.. ada class,makanan dia standard hotel ... pergh kenang betul.
Lepas makan baru aku teringat aku terlupa nak bawa ubat anak aku, pusing lagi sekali cari farmasi, jumpa jugaklah farmasi. Harga ubatnya lebih mahal dari KL sebanyak RM10. Aku cakap pada cashier pharmacy kenapa mahal sangat, dia jawab di JB semuanya mahal2 .. Mmg benarlah living cost di JB tinggi sebabnya dekat dgn Singapore ...
Checkin hotel pukul 4:30ptg, bilik hotel besar jugaklah, puashati tapi ada satu ajer yang aku sakit hati bila aku call reception tanya WIFI password masuk internet. Dia cakap kena bayar RM10 untuk sejam dan tak silap aku RM20 untuk 24 jam .. Mak aih .. selama ini aku tinggal di hotel tak pernah pulak diorang charge .. aku cakap pada reception .. terima kasihlah yea ..
Pukul 6pm anak aku mandi-manda di kolam renang, aku tengok ajerlah. Pada malam pula aku ke danga bay, anak2 aku pula tertidur masa dalam perjalanan.. asben dan aku kejutkan suruh bangun.. dua kali pusing jugaklah baru dapat parking .. ramai betul orang .. meriah betul danga bay ni bila malam ..
Hari ahad aku sekeluarga ke singapore naik bas SJE dari larkin bus station, 1st time pergi singapore, sampai malaysia CIQ bas berhenti dan kena lalu imigresen Malaysia, lepas tu turun balik ambil bas SJE, lepas turun lagi sekali dari bas bila sampai CIQ singapore .. luckily aku dah isikan wild card yang aku ambil dari reception hotel .. dan terus ajer ke singapore imgresen untuk chop .. lepas tu naik bas balik dan terus ke queen street. Dari Queen street aku sekeluarga naik cab ke pulau sentosa.. tambang cab SD9 dan tambah SD6 untuk entrance ke sentosa island... Sampai di sentosa island aku tengok orang tak ramai sangat, banyak tourist dari oversea ...tangkap gambar. Aku terperasan ada sekumpulan remaja yang majoritinya adalah melayu main bola tampar pantai .. yang lelakinya aku taklah kisah sangat .. yang perempuanya pakai baju yang teramat2 seksa aku tengok ... sampaikan anak aku yang lelaki ibu xxxx aku cakap pada anak aku .. tengok ajer ..jangan cakap apa2 ..Sedih jugak tengok anak2 Melayu kita yang tiada segan malu dan hanyut kerana duniawi ... Anak2 aku pun lapar tapi aku ada beli sedikit bekalan makanan dan air di larkin jadi kitaorang makan ajer apa yang ada. Save banyak tu, bayangkan di pulau sentosa 1 can 325ml coca-cola ialah SD1.60.. kalau convert ke RM is 3.776 kalau di Malaysia boleh dapat 1.5L + boleh beli gula 20sen ... sayang duit aku ..ni baru di singapore kalau aku pergi UK lagi parah ... tak baik kedekut ..
Aku sekeluarga ke underwater tengok hidupan lauat, macam2 ada .. ikan jaws pun ada... ikan jaws tak ganas kot .. teruja jugaklah anak2 aku tengok .. aku pun seronok juga ... at least dapat release tension pasal kerja dan hal2 rumah2 aku .. lama juga aku di sini since anak2 aku happy tengok ikan dan asben aku asyik do snap gambar kitorang dan ikan2 ..
Mata dah ngantuk .. esok aku sambung lagi yea .. nanti aku uploadkan gambar semasa holiday
No comments:
Post a Comment