Semalam bank loan called aku mintak aku bayar 5% duit balance ke bank pelelong. Actually bank loan tak tahu yang aku belum bayar lagi, bila dia advised bank, baru dia tahu .. Sepatutnya aku kena bagi pada lawyer aku cheque tapi disebabkan urgent bank loan minta aku bagi dia so that dia boleh minta bank buat disbursement... walaupun lawyer aku ni berapa happy tapi pada aku masa itu emas... aku tak kisah janji loan dapat disburse dengan segera .. lagi cepat lagi bagus .. boleh close file .... staff nurse yang akan menyewa rumah kakak aku di sentul dah bank in booking fees dan minta masuk pada 24th June ni.. tak kira macam manapun, rumah kakak aku kena siap this saturday .. aku terpaksa import adik aku dari kem sg besi tolong clearkan barang yang patut di buang ...
Hari ini TNB dan SYABAS called dan bagi tau api dan air dah masuk untuk rumah Shah Alam. Syukur Alhamdulillah .. Since asben aku ada class hari ahad, nampaknya aku dengan anak2 dan adik aku akan ke shah alam basuh rumah dan mengecat .... tengoklah sapa yang aku akan import nanti tolong aku ... Aku estimate rumah kerja2 di rumah shah alam completed before 27th .... kalau tidaak aku kena transitkan student ni kerumah medium cost .... insyallah harap dapat complete according to the schedule ...
Ada potential buyer called bertanyakan apartment aku di cheras. Macam2 info dia mahu. Apa yang dia nak aku dah kasi, cuma alamat aku tak kasi sehingga aku bersemuka dengan dia. Cuma pending bank value, aku dah call bank officer tolong aku checkkan. Malaslah aku nak push sangat since aku minta tolong dia, sehari dua aku follow uplah ... Harap2 deal ini akan jadi ..
Tadi aku ke Mydin beli sarung kusyen dan dapur untuk rumah sewa kakak aku. Yealah kakak aku dah bagi kepercayaan pada aku uruskan rumah dia jadi aku kena lakukan yang terbaik. Lagipun dia akan balik bercuti di malaysia pada 13th Jul. Malulah aku kalau buat sambil lewa.
Ada a fews unit yang akan di lelong dalam masa terdekat ini, unit di kawasan yang sama aku pernah kalah bid ... 50/50 nak bid atau tidak ...asben aku dah beri greenlight tapi cuma aku yang masih pikir2 lagi ... lately asyik kalah ajer itu yang rasa demotivated ..
Tapi pada bulan depan insyallah aku akan bid on behalf on my neighnbour bid rumah di klang. Nampaknya mamat ini betul minat dengan unit ini ....ikut perkiraan aku chances menang mmg cerah since area klang ni kurang di minati oleh pengemar rumah lelong ...
No comments:
Post a Comment