Hari Jumaat malam aku sekeluarga ke klang siapkan rumah, actually takde apa sangat nak buat , tapi just nak tidur semalam sebelum handover pada penyewa. Paginya aku bersembang dengan kakak depan rumah aku, borak2 dengan dia. Dia tanya kenapa pasang aircon sedangkan nak kasi sewa. Aku cakap sebab penyewa nak jadi aku pasanglah. Actually dia cakap ada a fews people tanyakan pada dia kalau aku nak sewakan. Aku cakap pada dia yang rumah ni dah ada penyewa. Berkemas2 barang masuk dalam boot kereta terus ke kedai hardware beli lock. Lepas beli lock pergi kedai jubin beli jubin untuk gantikan parquet depan bilik air rumah sentul kakak aku .. lepas tu ke seksyen 2 untuk brunch (breakfast + lunch ).
Sampai sentul pukul 11pg dan adik2 aku dah tercegat di sana menunggu almost 1 jam .. diorang tak leh masuk rumah sebab kunci kat aku. Masuk ajer dalam rumah rumah operasi dimulakan, adik lelaki pecahkan mana2 perabut yang tidak sedap mata memandang dan buang ke tong besar.. Dia ni bab menjahanamkan mmg terrer.. ada jugak yag tak habis ingatkan boleh habis ... esoknya datang balik untuk final touch up .. tiba2 pulak toilet pam rosak .... bila sampai rumah, penat gilos semua badan terasa sakit ... almaklumlah pekerja kontrek di hujung minggu ...
Jumaat, sabtu dan ahad aku akan ke Shah Alam siapkan rumah lelong aku. Macamana pun kena siapkan juga since student UITM nak masuk pada hari ahad ni .. Loan rumah meru aku dah selamat disbursed, cepat giler.. tak sampai 2 bulan pun semuanya settled.. cuma aku hangin dengan kontraktor buat grill, janji nak pasang grill pada minggu lepas tapi tak pasang2, sampaikan asben aku pergi rumah cari dia .. inilah orang yang tak reti buat bisnes, macam mana nak maju kalau buat bisnes kalau asyik konar sana sini ... takanlah dia nak buat bila penyewa aku dah masuk rumah... hampas betul .. nasib baik rumah shah alam aku minta kontraktor lain buatkan .. kalau tak mmg tempah nahas aku ..
Hari Ahad asben aku tunjukkan rumah pada potential buyer, harap2 deal ni jadilah .. aku malas nak hold lama2 .. details aku dah berikan sebab dia nak minta 2nd opinion dari banker lain ... Aku dok menunggu duit epf asben aku, hari ni baru approve tak tahu lagi bila diorang nak disburse duit .. susah betul nak dapat duit kita balik .. pinjam bank lagi cepat dari keluar duit epf ... Duit refund dari bank pun takde citer lagi, bilalah aku dapat duit aku balik nih ..
No comments:
Post a Comment