Friday, June 11, 2010

Kerja semasa cuti

Hari Isnin

Balik dari bercuti, penat gilos

Hari Selasa

Pagi2 dah ke Shah Alam jumpa kerani maintenance office mintak sambungan paip di meter , nak ambil gambar untuk appy air. Punyalah aku berangin KERAni ni kata dia belum terima clearance dari developer. Aku siap tunjuk surat kata yang aku dah bayar cash pada bank pelelong, lagi tak nak percaya. Terus KERAni ni call HO dia tanyakan, KERAni developer urusan pindah milik belum complete. Aku cakap yang rumah ni dah jadi rumah aku sebab aku dah bayar pada bank, dan developer dah takde hak nak haling aku … Aku dah tak sabar betul dengan maintenance office dan developer banyak songeh betul.. law mana yang dia pakai pun aku tak tau .. Aku call lawyer aku, dan lawyer aku pun cakap aku dah ada rights pada rumah tu … lepas aku bising2 baru KERAni maintenance opis kasi sambungan batang paip untuk ambil gambar .. dah aku mengamuk sakan baru nak kasi.. siap cakap pada aku, akak tak boleh marah saya, aku jawab balik, saya marah U, U pergilah marah developer sebab tak tahu law …

Lepas tu KERAni developer called aku kata boss dia tak kasi masuk air dan api .. hmmm aku cakap takpe nanti aku check dengan lawyer bank pelelong .. buang karan betul ..aku Tanya lawyer aku pasal refund disbursement pada asben aku, dia cakap bank pelelong belum bagi confirmation letter dan due to that bank tak leh advise.. Fuyoh ni pun satu punya hal. Aku minta location bank pelelong yang sengal nak sign.. Bila aku dapat terus aku pergi bising2 di credit recovery.. dah lah dapat payment, lepas tu buat bodoh ajer taknak kasi confirmation sedangkan cheque cleared pada 21st May 2010.. Tak logic ker kalau aku nak mengamuk …Boleh dia kata I don’t know and please don’t ask me … please talk with your lawyer .. aku mmg blacklisted bank ni … mmg masalah betul, no wonderlah bank lain nak take over diorang .. pikir2 bank mana tu ….

Aku dan asben ke Setialam survey aircond .. at last dapat jugaklah since bakal penyewa aku nak aircond dan dia pun agreed untuk top-up monthly installment…rumah aku pun tak de aircond … beli cash malas nak hutang2 ..

Sampai rumah pukul 6pm

Hari Rabu

Badan pun terasa macam nak demam dan migraine, keluar rumah lewat sikit pergi tolong adik aku renew insurance dan road tax kereta dia. Since dia ni tersangat lurus selalu kena ketuk dan beli insurance coverage tinggi sedangkan MV rendah. Lepas tu aku tukar tayar motor sebab terasa semacam ajer.. takut juga, apa2 jadi tengah jalan lagi rugi ..

Aku ke Pandan jumpa lawyer acknowledged a fews letter dan makan tengahari di sana. Aku terus balik rumah dalam pukul 4:00pm

Malam aku dan asben pergi ke Cheras gantikan tombol main door since tenant aku dah keluar.

Hari Khamis

Pkl 11am aku dan anak2 pergi Gleaneagles appointment dgn doctor pakar. Menurut doctor progress anak aku di tahap yg terbaik since lepas discharge dia okay , takde masalah..

Dari Gleaneagles, aku ke UM ambil module asben aku… susah betul cari parking kereta .. Then aku ke Hartamas jumpa bank pelelong ambil document since bank pelelong yang sengal tu dah issue confirmation letter dan issue mengatakan aku dah berhak keatas rumah tu… lawyer pun dah faxkan surat tu kepada developer “ PURE SERVICE “ .. korang translate lah company tu dalam BM .. Lepas aku pergi mengamuk sakan, baru semua orang buat kerja … tak bising .. tak buat .. bila bising.. baru terhegeh2 buat kerja …

Next aku ke TTDI pergi serang developer sengal, aku bawak surat dari bank pelelong dan kata diorang dah faxed to you on earlier on .. mangkuk berayun ni buat bodoh ajer … Aku warned pada dia, esok aku akan ke SYABAS dan TNB untuk apply api dan air. Jika maintenance tak benarkan aku akan buat polis report. Dia cabar aku kata go ahead … Fuyoh mana law dia pakai aku pun tak tahulah … sedangkan lawyer aku, bank pelelong dan lawyer bank pelelong kata developer no rights to stop aku enter the house …

Aku ke opis lawyer aku di old klang road dan kajang hantar document. Paling kelakarnya sebelum aku sampai mangkuk dari developer called loan opis loan lawyer tanyakan pasal loan disbursement .. kerani loan opis lawyer cakap yang aku dah bayar cash dan now waiting refund dari bank.. kalau dia betul kenapa dia terhegeh2 call loan opis lawyer …

Dari Kajang aku ke Klang pulak sebab kedai aircon nak buat installation … aku cakap aku akan sampai di sana pukul 5:30pm.. bila aku sampai tol batu tiga dia call kata barang2 dia kena curi masa dia minum petang dan due to that dia takde tools nak install aircond .. ponet2 aku rushing dari kajang … apa aku nak kata .. installation reschedule ke hari Jumaat at 12noon


Malamnya aku jumpa adik aku dan dinner makan ikan baker di jalan bellamy. Asben aku pulak lepas kerja terus ke Sg Petani sebab kena attend emergency meeting di opis client … Nak buat camna dah kerja dia macam tu …

Hari Jumaat

Aku ke kedai tenaga buat pertukaran nama untuk rumah teres di Cheras ..aku pun silap sebab lupa nak beli setem hasil, terpaksalah aku bergegas ke post office dan balik semula ke kedai tenaga.. Nombor giliran aku pula dah lepas ..aku call kedai aircond reconfirm dengan dia balik .. dia kata reschedule ke pkl 1noon… takpalah since akupun stucked di kedai tenaga .. lembab gilos .. ada dua orang, tiba2 seorang blah tinggal seorang ajer PIC .. Aku tunggu 1 jam 10 minit baru sampai giliran … dah selesai aku ke Klang standby untuk aircond installation…

Sakit hati juga di buatnya 2:30pm baru terhegeh2 dtg pasangkan… installation siap pukul 4ptg .. aku terus gerak ke TNB Klang, berpusing2 aku di buatnya cari kedai tenaga .. at the end jumpa jugaklah … lepas tekan nombor.. terus nombor giliran naik … bayar RM143 untuk service charges dan deposit .. settled ..

Jam lagi 10 min ke 5pm, aku cuba try ke Syabas , jalan di klang ni almost one way, aku perpusing2 lagi sekali baru jumpa office SYABAS .. tapi counter dah closed .. lambat 4 min ajer …hmmm .. esok pagi kena dating lagilah …

2 comments:

  1. dating ke datang? ahahah..

    good one. keep up the good work...

    utk ROI, ada yg kata tak ambil kira maintenance fee....ada yg kira...berbeza pendapat...

    apapun, tepuk dada tanya selera

    tuanbri.com

    ReplyDelete
  2. Datang, he3

    Terima kasih Tuanbri kerana sudi singgah di blog saya. Selalu jumpa tuan di auction room, last sekali di Ehsan ...

    ReplyDelete