Pagi tadi ini aku ke lelongan cimb membida unit apartment di klang. Syukur alhamdulillah aku menang dengan Reserve Price. Rezeki2 .. asyik2 dok kalah ajer .. baru rasa motivated sikit. Loan aku akan apply dari cimb sebab senang nak deal. Banyak juga orang dapat RP. Tapi yang menyakitkan hati dan ambil contract aku menunggu 2jam lebih.. bila aku tanya kena lambat sangat diorang cakap yang expert2 cover tempat lain .. hmmm
Hari ini colleagues opis aku turun sekali saja2 nak tengok macam mana auction di jalankan .. minat betul dia ni pasal hartanah ni .. aku cakap pada dia kalau minat memamg boleh buat duit kalau jadi ejen dan buat pelaburan hartanah.
Petang tadi aku dan asben buat ops gantikan tombol, since unit ini tak pernah diduduki habuk memamg tebal betul, bilik air mmg cun habis dan tak perlu di cat .. kalau nak cat cuma bahagian tertentu saja bagi menaikkan seri rumah .. fuyoh ... MV untuk unit ini 90K aku dapat pada RM53K.. okaylah rental value not bad jugak ... aku tak kisah unit ini Malay reserved sebab majoriti penduduk kawasan ini adalah melayu ...Aku sempat juga borak2 dengan jiran di sana . Ramah diorang ini dan siap tanya aku bila nak pindah sini ... aku cakap tengoklah nanti ... Cadangnya aku tak nak hold lama2 sebab nak rolling duit aku balik ...
Aku dapat tahu yang lawyer bank dah advise rhb buat disbursement, since bank pelelong adalah rhb the money going to the same bowl jugaklah .. Lawyer aku pun dah hantar surat pada lawyer bank loan untuk arahkan bank buat disbursement ..
Cadangnya aku nak survey rumah lagi, ini untuk adik aku pula.. umur pun muda lagi so aku galakkan dia beli rumah untuk tujuan pelaburan ...
Blog hartanah lelong aku dah ada orang masuk tengok dan ada a fews yang hantar email pada aku. Diorang tak beli pun takpa yang pastinya aku nak built up relationship dengan diorang, kerana dari situ aku tahu diorang punya preferred area .. Itu yang penting ...
So layanlah gambar2 aku snap masa lelongan dan ops tukar tombol
No comments:
Post a Comment