Monday, April 12, 2010

High Outstanding VS Low Reserve Price

Di sini aku nak share pendapat aku High Outstanding VS Low Reserve Price. Agak terkejut aku katakan ada rumah lelong yang di lelong 60% lebih murah dari market value. Katakan Market Value RM100K tapi di lelong dengan harga RM50K. Dari pengalaman aku yang seberapa ini aku mendapati reserve price akan menjadi terlalu rendah jik segala-gala outstanding tidak di tanggung oleh bank dan kena berhati2 dengan Conditions Of Sale. Jangan mudah terpedaya dengan reserve price yang rendah dan membuat anggaran yang tidak tepat mengenai tunggakkan. Ada juga pembida yang terlalu percayakan agen yang akhirnya menjerat diri sendiri. Kalau banyak duit no problemlah...tapi kena pastikan harga belian + outstanding masih rendah at least 30% dari market value.

Di sini aku nak highlight bahawa jika anda mempunyai duit yang mencukupi why not beli saja kerana tak ramai orang berminat dengan unit yang tinggi outstandingnya. Of couselah anda kena cari tempat yang hot2 sebab senang nak di jual bagi mendapatkan balik modal dan untung keatas pelaburan tersebut. Kalau tak untung tak payah2 susah2 sakit kepala beli rumah lelong dan lebih baik simpan dalam ASB yang semestinya selamat dan di tanggung oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment