Monday, March 29, 2010

Angan-Angan 9 Tahun Yang Akan Datang .....

Insyallah dalam minggu ini aku akan dapat duit disbursement hasil jualan rumah di Cheras. Menurut lawyer bank tengah preparekan cheque, harap2 betullah. Ponet dah nak marah2 dan buat follow up, dah jenuh call sana dan sini. Perancangan aku nak suruh asben aku buat ASB OD sebagai duit standby kot2 ada unit2 yang menarik. Nak buat macam mana cita2 aku nak bersara awal pada umur 45tahun mestilah aku gerakkan dari sekarang. Kalau tak bila lagi kan. Insyaallah pada waktu itu aku dah lepak2 di kampung sambil menternak ayam2 ker, kambing ker, lembu ker .. memamg aku bercita2 nak jadi peternak yang berjaya .. masa tu sebagai mengisi masa lapang ajer .. wowow boring2 lepak di kampung boleh pula ke tepi pantai bersenang lenang menghirup udara laut.. harap2 jadi kenyataanlah yea ..


Asben aku pulak bercita2 nak jadi lecturer insyallah lepas habis degree ini tahun depan dia nak sambung master. Aku tak kisah lagipun dia ni suka sangat membaca, tak macam aku, agak malas sikit, baca sekejap dah mengantuk...

Sunday, March 28, 2010

Jalan-Jalan Survey Rumah ......

Semalam aku dan asben ke Subang Jaya survey dua buah rumah lelong di sana. Seperti selalunya aku akan buat carian google map bagi memudahkan aku nak cari lokasi rumah.Tak susah pun nak jumpa, asben aku minta kebenaran dari guard sebelum masuk. Alamak rupanya bukannya rumah yang nak di lelong rupanya office yang berada di bawah apartment tersebut. Aduhai .. terus cancel..tak pelah at least aku dah ada sedikit pengetahuan kedudukan kawasan ini.

Next aku ke Klang, tak susah pun nak cari sebab adik ipar tinggal di kawasan ini. Lepas parking aku dan asben ke peti surat tapi berkunci, dalam peti surat punya banyaknya surat, sah gerenti rumah kosong, ini yang aku suka ni...

Shot terus ke tingkat rumah lelong yang kebetulan ada dua buah rumah lelong disitu. Rumah yang pertama berkunci dan terus ke unit ke dua yang kebetulan berhadapann unit lelong itu ada empat orang di luar rumah yang berborak-borak sambil memasang tiles. Asben bagi salam dan bertanya rumah yang yang opposite ini lelongkan ? Ya, diorang pun cakap nak beli ker, asben aku cakap, saja2 nak tengok. Since unit lelong itu berkunci, owner unit berhadapan offer boleh tengok rumah dia. Asben aku masuklah. Beria-ria wife dia ajak aku masuk, aku pun masuklah .. ok, nampaknya very nice dan ada balkoni lagi. Aku bertanya rental rate kat sini berapa. Dia cakap between RM400-550, fuyoh tinggi. Menurut kakak ni, api dan air ada lagi, asben dia bagitau mana-mana unit kosong maintenance tidak di kenakan sebab apartment ini di bawah penyelenggaraan persatuan penduduk, walaupun unit itu adalah lelong. Tak pernah pulak aku dengar ini. Kalau macam ini baguslah.. Kakak tu beria2 suruh aku beli sebab boleh berjiran dengan dia.. alamak dia ingat aku dah duduk sini ker .. Lagi satu persatuan mensyaratkan tuan rumah tidak boleh menyewakan rumah kepada bangsa asing. Kakak tu bagi tahu dulu dia beli rumah dia dengan harga 89K.. mahal jugak ..

Since RP yang murah dan rental yg bagus, aku 90% confirm bid unit ini selepas aku siapkan siasatan outstanding unit ini .... pergi bidding lagi .. yeehaah

Dari Klang aku ke cheras ke rumah shop apartment jumpa tennant bagi tau yang kena bersiap-siap cari rumah lain. Sebelum naik aku check peti surat dan tengok ada bil letrik dan nampaknya dia bayar bil promptly takde langsung tunggakan. Aku dan asben masuk dalam rumah yang kelakarnya dia bagitau dia akan bid di PAH unit di Balakong pada 31st March. Mahal jugak RP dia 83K sedangkan block yang berlainan floor yang sama di lelong pada RM61K sebab aku dah survey rumah ini dahulu. Aku dan asben buat diam ajer, janji dia keluar cepat dari rumah aku. Dia cakap kalau loan dah disburse dia akan bayarkan sewa pada aku....nahaslah dia kalau dia tipu aku..

Saturday, March 27, 2010

Reimbursement dari EON & nak survey rumah lagi !!!

Dua tiga hari ini aku tak berapa sihat, kepala pun sakit sikit. Semalam aku gagahkan jua pergi kerja sebab pada paginya aku ada appoitment dengan lawyer pasal rumah lelong shah alam. Almost sejam aku di sana sebab tunggu diorang fill inkan form sebab majikan asben aku kena sign. Lepas dapat form tu aku ke tempat kerja asben aku di Sungai Way passkan form tu sebab hari isnin aku kena pulangkan balik. EON bank dah buat refund balik bayaran cukai pintu dan maintenance yang aku bayarkan. Oklah sebab cepat juga diorang refund, menurut lawyer inilah kes yang paling tercepat bankers buat refund, compared sebelum ini banyak kes ambil masa 6 bulan ke setahun.

So far lawyer ini boleh dikatakan cekap sebab diorang selalu buat follow up dan selalu update aku progres. Walaupun firm ini kecil hanya ada tiga staff termasuk lawyer tapi diorang memamg expert handle kes rumah lelong.

Malam semalam lepas dinner aku ke AMBANK bayarkan duit valuation pada valuer dan bayar Housing loan rumah kajang. Aku pun dah bank in cheque reimbursement ke asben account.

Hari ini aku plan nak ke rumah shop apartment di Cheras untuk jumpa tenant nak bagi tau pada dia yang dia kena keluar hujung bulan 4 ni. Okaylah aku bermurah hati bagi dia duduk FOC selama 3 bulan. Last time masa aku jumpa dia, orangnya okaylah, berbincang baik dengan asben aku dan faham yang rumah tu aku dah beli.

Hari ini aku baru terjumpa ada 4 unit yang bagus akan di lelong pada masa terdekat ini. Nampaknya ia sedikit terkeluar dari area yang aku familiar. Dari market value aku dapati difference dari market value dan RP adalah tinggi. Mengikut carian di internet rental rate pun bagus boleh dapat + CF.Hehehe, kebah demam aku sekejap .. Aku highlight pada asben aku so dia kata bolehlah buat onsite visit petang ini. Ni yang seronok ni, yealah almost 10 auction yang aku pergi lepas menang di JTR tak menang2. Bila aku masuk bilik auction ada saja bidder yang kena lawan. Walau bagaimanapun aku kena faham bahawa perception orang terhadap rumah auction ni dah berbeza. Jika dahulu orang anggap beli rumah lelong ini seperti menolong orang settlekan masalah orang dan sebaliknya menyusahkan kita. Sekarang ini rumah lelonglah pilihan ramai sebab harga jualan lebih rendah dari market value dan bank pun takda masalah beri loan. Nasihat aku murah2 juga tapi mesti betul2 ada duit baru beli rumah lelong sebab kena bersedia unexpected expenses yang tak dijangka.. So, kalau budget ciput dan ada perasaan takut2, aku syorkan baiklah beli rumah secara subsale, tak pening2 kepala. Rumah subsale pun kadang2 boleh dapat pada harga lelong macam rumah teres yang aku beli di Cheras, cuma berharga RM95K.

Tuesday, March 23, 2010

Lelongan Maybank di Ng Chan Mau

Har ini aku ambil 1/2 day off sebab nak bid unit apartment di Kajang. Tiba2 lebih kurang pukul 1:30noon hujan turun, alamak macam mana nak pergi ni. Dahlah aku lupa bawak selipar nasib baik olleagues aku ada selipar jadi aku pinjamlah dari dia. Pada masa tu lebih kurang 2:20pm macam tu aku keluar opis dgn tergesa dengan baju hujan ala2 digi man terus ke Amcorp Mall dan terus ke Leong Auctioneer office. Baru aku perasan yang auction di lakukan di NCM, Jln Yap Kwan Seng. hmmm tulah bila kelam kabut macam ni jadinya. Masa tu dah 2:5Opm, dalam hati aku berkata, kalau sempat, sempatlah kalau tak, anggap aje takde rezeki. Dalam perjalanan jalan punyalah jammed nak mencelah pun susah tambah2 lagi jalan pun licin. Nasib baik aku sampai di NCM pada 3:20pm, nasib baik registration masih di buka.

Masa aku isi bidding form ada agen lelaki cina menyapa aku " kak, selalu jumpa you pada hari auction " aku cakap " yea ke" takdelah " malas anku nak layan. Aku tengok ramai betul orang dalam bilik bidding. Masa aku tunggu sesi lelongan oleh Leong Auctioneer ada seorang lelaki cina berkata " you bid unit ini kan " sampai menunjukkan pamplet, aku pun heran macam mana pulak dia tahu ni.. aku rasa the 1st guys yang bagi tau sebab dia curi tengok masa aku filled in registration form.. Aku buat dunno sajer. The chinese guys tu nak compensate aku tiga ratus dan suruh aku tarik diri, aku cakap kita fightlah, I pun beli untuk myself bukan untuk orang, dia upkan lagi ke RM500, aku cakap kita fight ajer, at last dia cakap punya budget dia tinggiRM90K dan cakap kat aku outstanding untuk unit tersebut almost RM10K. Aku cakap pada dia " are sure the OS is that amount, I already checked everythinglah about the OS dan aku pun dah checkkan MV unit tersebut. Macamlah aku ni bodoh sangat, at last dia cakap pada aku " you mau berapa ? aku cakap saya mahu RM1K tapi aku cakap pada dia there is not only me yang bid the unit . Dia cakap OK, I will kawtim the rest .

Dalam hati aku senang ajer katakan ada bidders yang angkat paddle lawan, aku mesti lawan punya sebab compensation tu hanya valid jika the chinese guys tu dapat unit tersebut pada RP.

Bila unit ini di panggil terdapat lima bidders termasuk aku, hmmm aku dah agak dah. Setiap kenaikan adalah RM2K, one of the lady chinese nak fight jugak dengan the chinese guys, so aku biarlah diorang fight dulu sebab nak tengok sejauh mana harga naik.. Bila harga naik ke RM62K oooh that my maximum price yg aku sanggup, so diorang fighting sampai harga last ialah RM69K. Mungkin yang berbudget tinggi okaylah lepas campur dengan OS lebih kurang RM8K, harga tu masih bawah market value lagi. To me tak sanggup ambil risiko sebab incase tak dapat settle 90 days dan bank tak nak extension, pengsan juga nak bayar cash ..

Aku meletakkan harapan yg tinggi untuk unit ini sebab termasuk hari ini unit ini telah dilelong sebanyak 6X. Pada mulanya aku ingat takde competitor. Unit apartment ini adalah Freehold, ada 24hrs security, camera dan swimming pool , tu yang aku suka tu .. tambah2 anak2 aku suka berendam dalam swimming pool ..

So far aku belun ada lagi unit2 yang menarik perhatian. Tak tahulah esok lusa kot2 ada... Dalam sedih tu aku dapat berita gembira tentang kes jualan rumah di cheras yang tertangguh almost 2yrs dah settle. Hari ini purchaser lawyer advised RHB buat 2nd disbursement. Alhamdulillah akhirnya settle juga .. so far masih ada 4 rumah yang aku beli secara lelong dan subsale still in progress. Dan lagi satu berita baik asben aku dapat straight A dalam semua assignmentnya...

Monday, March 22, 2010

Aku benci Manusia yang Sombong

Terasa pula aku hendak berbicara mengenai segelintir umat manusia yang sombong, bongkak dan meninggi diri. Kadangkala mereka ini begitu angkuh dengan kelebihan mereka yang mereka dan takut berkongsi ilmu pengetahuan. Mempunyai sikap money 1st then we can talk .. Adakah pada mereka ini wang adalah segala-galanya.

Terus-terang aku katakan aku melihat orang yang sebegini adalah seorang yang mengakuinya dirinya sebagai perfect dan membiarkann orang yang berdamping dengannya seperti meminta sedekah. Aku sangat benci manusia yang sebegini rupa dan aku malu mengakuinya sebagai orang yang aku pernah kenali.

Terima kasih diatas kesombongan anda dan tidak akan aku menrendahkan maruah aku seperti peminta sedekah.

Ya, Allah, jauhilah aku dari sifat bongkak, sombong dan ego kerana hidup aku hanya sementara sahaja di dunia ini. Ingin aku bersama-sama menuju kejayaan dan berbakti sesama insan. Insyallah ..

Saturday, March 20, 2010

Cerita pasal rumah

Hari ini aku banyak menghabiskan masa di depan notebook buat carian tentang hartanah, berita pollitik semasa dan gosip artis. Aku jeguk2 juga listing terbaru unit lelong nampaknya tak lah menarik sangat, kalau ada yang menarik pun harga melebihi budget aku. Aku hanya main Reserve Price below RM60K ajer sebab any happen sekurangnya aku dapat meminimunkan risiko. Di buatnya loan tak lepas dan jika unit di beli tak dapat di sewa dan di jual, pening juga di buatnya nanti. Tahap2 aku yang masih baru ini biarlah main rendah2 dahulu tapi terpulang pada masing2 financial dan setinggi mana risiko yang berani di ambil.

Aku berkenan dengan unit Penara yang diiklankan di Mudah tapi setahu aku unit tersebut tak boleh pindah milik sewenang2nya sebab DBKL telah menetapkan beberapa syarat ketat dimana pendapatan isirumah mestilah kurang RM2000. Aku belumlah call lagi DBKL pasal restriction ini. Aku tengok di FLAT PPR pun ada orang pakai kereta mewah2 sampaikan ada juga yang ada beberapa buah kereta. Macam mana pula macam ini. Average market Penara adalah RM70K-85K dan setahu aku jika owner asal nak let go pada MV susah jugalah disebabkan syarat ketat DBKL.

Pada hari semalam aku ada juga ke satu kawasan di Cheras saja survey2 kawasan. Rumah kat sini aku tengok banyak juga di lelong dengan harga murah2. Menurut salah seorang peruncit disini, rental kawasan ini between RM300-RM400. Oklah jugakan, sebab selalunya unit di sini di lelong dalam RM29K-RM45K, memang okaylah. Penyewa rasanya takde masalah sebab berdekatan dengan kawasan perindustrian.

Pasal jualbeli rumah aku ada berita baik dan buruk, malas aku nak cerita sekarang ini, sebab sakit jiwa aku di buatnya tambah2 lagi dengan unit di Shah Alam. Once dah selesai aku akan ceritakan kes yang agak menyayat hati ini ..huhuhu ..apa2pun aku jadikan ia satu pengajaran sebagai pedoman di masa hadapan...

Friday, March 19, 2010

Jalan2 & Kena Komplen

Hari ini aku cuti bawa anak-anak jalan KL ajer. Bawa diorang jalan2 di Mines, lepas tu tengok wayang. At least diorang happylah sikit kalau tak kena terperuk di nursery.

Semalam aku punyalah down sebab ada director komplain pasal team pada boss aku. Geram betul, aku bertungkus lumus settlekan masalah-masalah user aku. Yang paling aku geramnya kata team aku ni delayedkan kerja sedangkan director tu orang bawahan yang buat field work yang malas buat kerja . Tension jugak aku.. kalau ada staff cuti aku kerja dari 8am sampai 8pm sebab nak seleasai kerja supaya tak pending. Nasib baik boss aku faham macam mana aku kerja, macam mana aku attend user, so dia cakap I know how my staff work and I know there are okay...

Kalaulah aku ada backup income yang kuat, hari ini jugak aku resign ... aku tengoklah macam mana nanti, nampaknya aku macam dah tak syok kerja kat sini. Apa2pun aku kena control aku punya emosi walaupun sedih, marah aku kena jaga juga financial aku ... nanti duit lagi susah beb..