Saturday, March 20, 2010

Cerita pasal rumah

Hari ini aku banyak menghabiskan masa di depan notebook buat carian tentang hartanah, berita pollitik semasa dan gosip artis. Aku jeguk2 juga listing terbaru unit lelong nampaknya tak lah menarik sangat, kalau ada yang menarik pun harga melebihi budget aku. Aku hanya main Reserve Price below RM60K ajer sebab any happen sekurangnya aku dapat meminimunkan risiko. Di buatnya loan tak lepas dan jika unit di beli tak dapat di sewa dan di jual, pening juga di buatnya nanti. Tahap2 aku yang masih baru ini biarlah main rendah2 dahulu tapi terpulang pada masing2 financial dan setinggi mana risiko yang berani di ambil.

Aku berkenan dengan unit Penara yang diiklankan di Mudah tapi setahu aku unit tersebut tak boleh pindah milik sewenang2nya sebab DBKL telah menetapkan beberapa syarat ketat dimana pendapatan isirumah mestilah kurang RM2000. Aku belumlah call lagi DBKL pasal restriction ini. Aku tengok di FLAT PPR pun ada orang pakai kereta mewah2 sampaikan ada juga yang ada beberapa buah kereta. Macam mana pula macam ini. Average market Penara adalah RM70K-85K dan setahu aku jika owner asal nak let go pada MV susah jugalah disebabkan syarat ketat DBKL.

Pada hari semalam aku ada juga ke satu kawasan di Cheras saja survey2 kawasan. Rumah kat sini aku tengok banyak juga di lelong dengan harga murah2. Menurut salah seorang peruncit disini, rental kawasan ini between RM300-RM400. Oklah jugakan, sebab selalunya unit di sini di lelong dalam RM29K-RM45K, memang okaylah. Penyewa rasanya takde masalah sebab berdekatan dengan kawasan perindustrian.

Pasal jualbeli rumah aku ada berita baik dan buruk, malas aku nak cerita sekarang ini, sebab sakit jiwa aku di buatnya tambah2 lagi dengan unit di Shah Alam. Once dah selesai aku akan ceritakan kes yang agak menyayat hati ini ..huhuhu ..apa2pun aku jadikan ia satu pengajaran sebagai pedoman di masa hadapan...

Friday, March 19, 2010

Jalan2 & Kena Komplen

Hari ini aku cuti bawa anak-anak jalan KL ajer. Bawa diorang jalan2 di Mines, lepas tu tengok wayang. At least diorang happylah sikit kalau tak kena terperuk di nursery.

Semalam aku punyalah down sebab ada director komplain pasal team pada boss aku. Geram betul, aku bertungkus lumus settlekan masalah-masalah user aku. Yang paling aku geramnya kata team aku ni delayedkan kerja sedangkan director tu orang bawahan yang buat field work yang malas buat kerja . Tension jugak aku.. kalau ada staff cuti aku kerja dari 8am sampai 8pm sebab nak seleasai kerja supaya tak pending. Nasib baik boss aku faham macam mana aku kerja, macam mana aku attend user, so dia cakap I know how my staff work and I know there are okay...

Kalaulah aku ada backup income yang kuat, hari ini jugak aku resign ... aku tengoklah macam mana nanti, nampaknya aku macam dah tak syok kerja kat sini. Apa2pun aku kena control aku punya emosi walaupun sedih, marah aku kena jaga juga financial aku ... nanti duit lagi susah beb..

Saturday, March 13, 2010

Aktiviti Semasa

Sepatutnya hari ini aku turun ke Lelongan RHB, tapi di sebabkan unit called off dan ada reason yang lain aku tak jadi bid. Aku tengok banyak betul unit called last minutes. So tak kisahlah, banyak lagi unit yang menarik di lelongan yang akan datang. Walau bagaimana pun aku Akan ke lelongan maybank untuk membida unit di kajang..

Hari rabu lepas aku dah buat permohonan ASB OD, aku salah baca circular ingatkan blr -2.0 tapi -2.25%, since ini adalah staff rate jadi aku sapu ajer... pada aku yang mana staff benefit yang bagus why not gunakanlah peluang ini. Aku pun naik heran jugak ada kawan-kawan aku yang tak nak gunakan staff benefit. Pelik juga di buatnya.Harap-harap permohonan aku ini dapat disegerakan...Alliance bank dah disburse progressive payment ke developer.Syukur Alhamdullilah..

Hari ini aku ke MATTA Fair untuk percutian family aku. Sesak giler betul sampaikan nak jalan pun susah. Yealah kalau ada duit sikit why not kalau kita spend untuk diri kita dan keluarga. Aku tengok ada orang sanggup berhabis duit berhias kereta, rumah, beli baju dan handphone mahal-mahal tapi bila nak buat family outing cakap takde duit. Di Matta fair aku beli hotel package di JB dan PD. Untuk JB aku bercadang nak ke Singapore tapi bermalam di JB. Since anak-anak aku pun dah ada international pasport so senanglah sikit nak kesana. Saja nak bagi diorang makan angin over the sea sebab all this while kitaorang makan angin dalam negeri aje. Di PD aku pilih Avillion sebab banyak kawan-kawan bagi tau yang hotel ini bersih dan facilities yang bagus ..

Untuk esok aku nak kemana rasanya lagipun asben aku ada satu paper for his mid term exam. Harap-harap dia akan mendapat result yang bagus kali ini. Aku memamg tabik betul asben aku sebab tengok dia study dan buat assignment memamg 100% concerntrate. Sebab itulah pasal urusan jual beli ni aku yang buat follow up sebab tak nak kacau study dia.... Isteri mithali katakan .. takde orang nak puji aku .. jadi aku pujilah diri sendiri .. hehehe

Tuesday, March 9, 2010

Tunggu duit BESAR duit kecil yang DAPAT ...

Aku ingatkan dalam minggu ini aku dapat duit dari jualan rumah aku di Cheras. Yea2 ajer 2 minggu lalu lawyer tu cakap next week u will get the balance of selling price. Next week .. next week dah makan minggu, lepas bulan ... lepas tahun .. Hilang sabor jugak aku ni ...

Aku dapat call dari lawyer yang uruskan urusan belian rumah teres di cheras yan%g mengatakan asben aku dapat 50% discount stamp duty.. Esok..lusa aku akan ambilkan cheque ..

Lepas lunch aku called up JMB yang menyelennggara rumah di kajang yang aku survey pada sabtu lepas. Jumlahnya outstanding almost RM6K, aku rasa no problem sebab RP unit tersebut to me memamg berbaloi-baloi... harap2 adalah rezeki aku .. penat jugak asyik angkat paddle .. tapi tak menang-menang .. dugaan2 ..

Listing unit lelong tidak menarik bagi aku, harga agak mahal compared dengan MV. So aku slow2 monitor lagipun aku pun busy buat follow up dengan lawyers dan bankers kes jual beli rumah aku. Salah satu rumah aku yang di beli dari developer dah di kenakan interest sebab bank belum disburse progressive payment .. Menurut lawyer diorang dah advised bank buat pembayaran pada 25th Feb yang lalu ...

Next week school holiday, tak tahu lagi plan untuk anak2 aku. Rasanya tak kemana kot sebab my asben tengah stress siapkan assignment dan preparation mid term exam. Tak syoklah kalau kacau dia time tengah stress ni.. Aku bercadang nak bawa anak2 aku jalan makan angin di KL aje ..budak2 asalkan bawa diorang berjalan pun diorang dah seronok macam kita kecil2 dulu ...

Monday, March 8, 2010

Al-Fatihah

Pada hari Ahad dalam pukul 6:30 petang aku mendapat panggilan dari kakak aku mengatakan yang saudara aku yang tenat di IJN meninggal dunia. Jenazahnya akan di bawa pulang ke Perak untuk di kebumikan. Pada waktu itu aku sekeluarga berada di Mawarlis book store di Kompleks PKNS beli kamus untuk anak aku, buku jawi dan asben aku pula beli buku perakaunan. Aku bergegas dari Shah Alam ke IJN, setibanya aku di lobby IJN banyak saudara-saudara aku di sana. Aku, asben dan anak-anak ke bilik mayat di LG. Anak-anaknya kelihatan sedih dan aku pun menitis airmata sedih di atas pemergian saudara aku. Itulah kitaran hidup kita, lahir, membesar, , gembira, sakit dan kematian.

Semoga roh arwah tergolong di kalangan orang-orang yang beriman .. Al-Fatihah

Sunday, March 7, 2010

Survey Rumah dan Ziarah di IJN

Pagi semalam aku buat medical checkup untuk GMRTA di sebabkan pihak insurance tak berpuashati dengan medical declaration aku. Dia orang concerned pasal operation ENT yang aku buat 8 tahun yang lepas, actually operation minor ajer dan so far insurance company sebelum ini tak ambil kisah pun. Result dia OK dan BP aku pun cantik 130/80.

Di sebelah petangnya aku dan asben ke BTHO survey rumah yang akan di lelong pada 13/3. Kebiasaanya aku akan checkkan post box sebab kalau tak berkunci, boleh tengok kot-kot ada bil-bil yang boleh kita tengok outstanding bil. Disebabkan berkunci aku pun tengok notice board dan catatkan nombor telefon JMB. Kat situ juga ada nama-nama ketua blok, nombor rumah dan telefon. Terkejut badak aku di buatnya sebab ketua blok tersebut ada pemilik rumah yang akan di lelong hujung minggu depan. Heran jugak aku rumah ketua blok nak kena lelong.. Aku pun catatkan nombor telefon dia. Aku dan asben pun terus kerumah tersebut dan nampaknya ada orang mendiami rumah tersebut. Asben aku pun bagi salam beberapa kali dan tapi takde orang yang menjawab.. kira standardlah kalau macam ni. Lepas lima minit ada budak yang datang dan tanya kenapa, asben aku pun bertanya ni rumah awak ker ? budak tu cakap yea, tapi mak dan ayah takda di rumah.. Aku cakap pada asben aku call terus owner rumah tu untuk dapakan kepastian. Masa aku call, budak tu masuk rumah, tiba-tiba mak dia jenguk-jenguk keluar .. Hmmm rupanya ada mak dia dalam rumah.. Since owner tu jawab asben aku punya call, asben aku terus beritahu rumah ini akan di lelong minggu depan, owner tu jawab saya dah jumpa bank suruh cancel, nanti bank akan cancelkan.. hmm sampai rumah dah nak di lelong baru nak settle.

Lepas tu aku shot ker balakong pula, aku ingatkan ia adalah rumah apartment tapi hampa ia adalah shop apartment. Alang-alang aku ke sana aku pun ke unit tersebut, masih ada orang duduk rumah tersebut. Ini pentingnya buat onsite survey mengelakkan sesalan di kemudian hari ...

Lepas tu aku ke unit apartment di Kajang, aku memamg familiar kawasan ini sebabnya aku ada rumah flat di kawasan tersebut. Tak banyak soal pak guard sebab aku mengatakan aku nak survey rumah sewa.. Kawasan apartment ni bersih dan looks very cool.. wah.. wah .. sebabnya di atas bukit.. Aku tengok dalam post box banyak surat dan sah rumah ni kosong. Terus shot ke unit tersebut dan memang betul unit ini kosong dan aku tak dapat masuk sebab berkunci. Dari my observation unit ini belum pernah di duduki.. cantiklah ni .. aku 99% confimed bid rumah ni ...

Lepas tu aku ke rumah sewa aku sebab orang sewa tu call suruh aku tolong checkkan notebook dia. Aku sampai rumah tu nampaknya dalam rumah tu kemas dan bersih, lengkap segala-galanya. Aku dapati notebook operating system tak genuine dan masa boot up banyak error message. Hukum reformatlah nampaknya. Masa aku checkkan notebook tersebut kakak aku call bagi tau saudara aku tenat di ICU IJN. Aku pun terus ke IJN sampai di sana aku oku lepak di lobby sambil baca surat khabar dan asben aku dok layan dengan kerusi urut. Aku tunggu almost 1/2 jam baru kakak aku sampai dan terus ke ICU di tingkat 1. Memang tahap kritikal saudara aku ni, menurut anaknya peluang hanyalah 20%. Di sebabkan blood circulation tak baik kakinya sudah mereput dan tahap kena potong. Tapi di sebabkan jantungnya lemah dan di support oleh ventilator doktor tidak dapat memotong kakinya. Anak sulongnya berkata dia redha jika di takdirkan ibunya pergi.

Pengajaran pada aku ialah jaga kesihatan dengan baik, banyakkan senaman dan kawal nafsu makan. Kadangkala bila bab makan-makan ni kita jadi gila dan tidak endahkan pantang-larang. Kesedaran senaman ini dah ada sekali seminggu aku sekali pergi main badminton, ala-ala family day gitu ...

Layanlah gambar-gambar yang aku sempat shot semalam semasa survey rumah lelong ...






Wednesday, March 3, 2010

Sign Loan Agreement Shop Apartment

Hari ini asben aku dapat mencuri masa pergi ke pejabat lawyer untuk sign loan agreement. Sebenarnya pejabat lawyer dah called on last wednesday bagitau yang dokumen dah siap untuk sign tetapi memandankan asben aku ni sibuk sesangat terpaksa delayed beberapa hari. Hari ini kebetulan dia ada meeting di Bangi dan terus pergi pejabat lawyer di Kajang sign loan agreement. So far shop apartment progress nampaknya on track, so far takdelah masalah. Cuma rumah di Shah Alam timbul berbagai-bagai masalah. Peing jugak aku di buatnnya. Aku dah insructkan pejabat lawyer buat extension. Yang delayednya EON Bank sendiri yang tak boleh beri jawapan mengenai loan balance kepada developer. Malas aku nak ulas banyak-banyak. Lagi aku explain, banyak pula aku berfikir. So aku slow-slow aje. Esok cadangnya aku nak follow up dengan legal firm yang menguruskan kes shah alam ini.

Mengikut kata lawyer baki jualan rumah di hulu langat dapat dalam minggu depan. Almost 2 tahun kes ni selesai .. Penat aku follow up dan call sana-sini. Yealah inilah dugaannya membuat pelaburan hartanah. Urusan jual beli rumah tak semudah beli kereta dan beli tanah. Banyak pihak yang involved.

Aku masih finalised unit yang aku nak bida pada 13 Mac ni. So far dah ada 3 unit yang menarik minat aku. Tapi akan bid satu unit sahaja sebab aku takut ada masalah dengan bank loan. Apa yang menariknya company tempat kerja aku offer BLR -1.9 for whole tenure. WOWOW, peluang keemasan ini bagi aku buat pelaburan hartanah.

Minggu depan aku akan PNB converted kan bonus aku ke bentuk sijil untuk aku buat colleteral OD. Pasal OD ini aku akan applykan dari tempat kerja aku sebab dapat BLR -2.0.

Harap-Harap hari yang mendatang adalah hari kegembiraan untuk aku, keluarga dan sahabat-sahabatku. Menjadi insan yang bersyukur dengan rezeki yang di berikan menjauhkan aku dari sikap tamak haloba. Jika bala yang datang jadikan ia sebagai satu perangsang untuk aku meninsafi diri yang menjadi insan yang sabar dan tabah ....