Friday, February 1, 2013

Lelongan Mahkamah Tinggi KL & Asben dah registered as Perunding Hartanah

Baru terasa nak update pasal leongan mahkamah tinggi  KL pada awal bulan Januari yang lepas.
Rumah ini adik aku punya bukan projek JV.

Dengan semangat yang berkobar aku dan adik meredah kesesakkan jalanraya naik motorsikal, takut kalau bawa kereta jalan jammed dan tak dapat deposit bank draft dan IC untuk masuk lelongan. Lelongan mahkamah ni mmg strict, kalau dorang lambat no problem kita yang tak boleh lambat yea.
 
Ini lelongan mahkamah yang ke 3 yang aku pernah atend. Mahkamah tinggi KL di jalan duta mmg tak jauh sangat dari opis aku, selalu jugak lunch di food court Jalan Duta .. nasi beriani dia mmg sedap .. cerita pasal makan pulak ....

Sampai di bilik menunggu lelongan pkl 9am, kami berdua di sapa oleh kerani mahkamah, nak bid rumah bukit mahkota ker .. adik jawab. Ya, kerani tu pun bagitau awak ni pembida ke 15 ! masa tu 3/4 bilik menunggu lelongan dah penuh dengan pembida dan agent. Adik letakkan additional 20K dari RP. Lepas tu ada beberapa orang yang datang masukkan dokumen dalam peti ..

Masa lelongan pun bermula ada 2,3 unit lain yang ada pembida di panggil masuk kedalam bilik lelongan. Kerani mahkamah bagitau ada 27 pembida untuk unit yang adik aku masuk.. .. tipis2. 

Aku tak masuk pun dalam bilik lelongan, hanya bidder sahaja di benarkan masuk. Dari RP76K, Pelelong menaikkan ke 85K, kata adik, masa tu dia dengar ramai dah mengeluh. Lepas tu ada bidder terus up ke 100K dan ada bidder lain terus up ke RM135K dan dimenangi oleh non bumi. rumah pun non-bumi lot

Takpalah banyak lagi unit2 lelong yang menarik lagi... 

Kalau sapa2 yang berminat nak tengok listing lelong bolehlah layari http://hartanahtou.blogspot.com/
Kalau ada area yang preferred boleh juga bagi tahu, yea. Asben dah mendaftar sebagai perunding hartanah di Novaland Realty, dan kalau ada yang nak jual atau rumah, kedai, pejabat, kilang  , jadi ejen marketing homestay pun boleh juga, kalau berminat boleh call my asben Fuad - 012-250 2824 atau emailkan ker  ahmadfuadsarib@gmail.com 

Okay, hari ini cuti Hari Wilayah, sorang2 di rumah ajer. Lepas ni nak jumpa kontraktor elektrik nak masukkan api untuk rumah lelong yang aku menang baru2 ni. Lepas masuk api dah boleh sewakan .. Bulanan bayar bank RM157 ikat 30 tahun.. Rate sewa rumah kat situ pun nak makin naik, almaklumlah 2 km ke TESCO dan ada highway menghubungkan ke Putrajaya/Cyberjaya, Shah Alam.. Kawasan  suam2 kuku .. 

Insyaallah akan masuk lagi, pada masa yang terdekat ini ..

No comments:

Post a Comment