Tuesday, February 5, 2013

Operasi BERSIH

Dua minggu lepas kerja pembersihan di lakukan oleh kami anak beranak di unit lelong yang dimenangi. Asben dapat FOC mask dari kedai runcit dekat rumah since kata owner kedai masak ini dah lama sebagai persedian menghadapi bauan busuk. Siap bawa tali untuk turunkan barang2. Jimat tenaga dan masa kalau pakai tali turunkan barang2, ringan2 bolehlah .. kalau berat2 tu kena naik turun jugak

Pada mulanya adik lelaki nak tolong bersihkan tapi kena duty pulak. Masuk2 rumah anak aku komplen pasal  bau walaupun dah pakai mask.

Masukkan barang dalam beg plastik, buang apa yang patut .

Dalam 2 bilik tidur ada banyak bekas minuman yang mengandung air macam kuning jer .. untuk mengurangkan berat bila bawa turun sampah air dalam bekas kena di buang. Bila aku tuang air dari bekas tersebut terbau hancing, ingatkan air teh ker .. rupa2nya dorang kencing dalam BOTOL ..

Asben sampai termuntah2, anak dan aku pulak dok asyik erk2 ajer ..rasanya adalah lebih kurang 30 bekas yang berisi air kencing.. bau petai pun ada .. Inilah rumah lelong yang paling terkotor aku dapat ... agaknya dorang ni jual air kencing kot atau bawa balik kampung siram pokok kucai ..

Lepas kemas2, kitaorang mop lantai untuk mengurangkan bau .. adalah kurang .. jugak ... Kata asben tikar getah akan dibuka dan dibuang setelah kerja2 mengecat dilakukan.

Esok TNB akan pasang meter letrik, Since bekalan letrik di potong since 2011 jadi kena appointed kontraktor untuk apply supply. Upah kontraktor RM230 lebih murah  dibandingkan tahun lepas iaitu RM400. Dulu aku call mostly kontraktor nak charge min RM400 dan la ni pulak around RM200 ajer. Since kontraktor ni melayu jadi aku tak kisahlah bayar extra RM30, beri support pada orang kita.

Grill pun dah tempah, inshaallah hari sabtu ni dah boleh pasang.




my son ni mmg rajin, suka dia bila kemas2 rumah

beg pasar malam tu aku punya yer, senang bawa barang2  


tikar ni akan digantikan nanti.. at least nampak ok sikitlah 

botol2

sampah2
 

6 comments:

  1. Wow. bersih terus. terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh jugak tu.. btw tq kerana sudi masuk blog saya

      Delete
    2. kena banyak belajar dari blog ini. byk ilmu berguna

      Delete
    3. II, sama2 kita berkongsi ilmu itu sebaiknya .. II nyer blog pun menarik banyak info yang diperolehi .. apa2pun sharing is caring

      Delete
  2. sis,nak tanya sikit boleh.berbaloi tak saya nak beli rumah flat kos rendah di bandar tasik selatan dlm 90k.ingat nak buat longterm investment mcm passive income from penyewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk long term takde masalah, permintaan sewaan mmg tinggi di BTS..

      Delete