Tuesday, March 27, 2012

Accident, demam, bonus, progress rumah

Just nak shared kemalangan yang berlaku di depan mata aku sendiri pada hari isnin minggu lepas. Kemalangan berlaku around pukul 7:20pagi selepas  plaza tol batu 11 menghala ke KL. Aku masa tu berada di laluan paling perlahan, tiba-tiba terdengar bunyi seperti benda yang bergesel di lorong sebelah kanan, lorong paling laju. Bila aku toleh ada seorang penunggang motosikal yang cuba mengawal motosikalnya. Dalam keadaan itu motosikalnya  melantun dan beliau seolah-olah terbang ke hadapan dan beberapa kali bergolek ke bawah pembahagi jalan.  Aku pada masa tu dalam keadaan terkejut menjerit. Aku perhatikan penunggang tersebut kaku dan tidak bergerak. Bila aku toleh kebelakang ada beberapa pemandu yang menghulurkan pertolongan kepada mangsa.


Bila sampai di opis kena migrain mungkin sebab terkejut kot, badan pun terasa semacam ajer. Kerja juga sampai hari rabu, hari khamis gagahkan juga pergi kerja .. tapi almost lunch time kepala aku dah tak boleh nak angkat, telan painkiller pun sakit lagi. End up aku balik rumah rehat, petangnya baru jumpa doktor ambil MC. Keesokkannya pun aku MC juga, masih tak kebah2 lagi ... Sabtu dan ahad pulak memerap di rumah ajer... Semalam baru masuk kerja ..  Aku ni mudah kena selsema sebab aku ada resdung, kalau selsema tu kadang2 sampai sebulan baru baik ... 


Masuk opis hari isnin dapat surat dari hr pasal bonus dan increment.. banyak sedihlah tahun ni, bonus berkurangan beberapa bulan dan increment pun kurang sesangat.mungkin tahun lepas aku dapat adjustment 30% kot , sebab tu tahun ni bagi ciput kot ... apa2pun increment tu boleh bayar loan sebuah rumah aku .. Contents surat dari hr pun macam nak cakap " tahun lepas company tak do well, share prices jatuh, dan bla..bla .. Yang peliknya keuntungan keseluruhan meningkat 30% tak pulak dia tulis.. dont compare with others .. ..apa2pun company aku ni bagus jugaklah masih boleh bagi bonus beberapa bulan pada staff ... better something than nothing ...Just to sharedlah my beloved boss " Dutsbin " been transfered to BCP aka DR unit ..hip2 horay .. tak boleh tulis lebih2 sebabnya ada reader blog aku ni kerja di company yang ada kaitan dengan DR ...Dapat pulak boss baru yang lembik semacam, takut nak tegur bila staff buat salah, dengan aku mmg aku sound direct ajer ...


Insyaallah akan turun dalam masa terdekat untuk membida sebuah apartment,masuk kali ini dah 4X lelong.. harap2 takde saingan sebab ia adalah bumi lot. Masih baru lagi dan dekat ajer dengan rumah. Mengenai progress rumah flat cheras tak settle2 lagi, extension lagi 2 bulan. Ni gara2 DeeBeeKayEl buat kerja slow sangat, sikap birokrasi pejabat tanah WP.. sebabnya rumah ini dah ada strata ... bila extend terus bank pelelong minta 2 bulan interest .. nasib baik rumah tu ada penyewa kalau tak rabak jugaklah poket ...


Pagi esok nak ke KLIA jemput kakak n anak2 dari melbourne balik bercuti ke malaysia. Dorang balik selama 3 minggu ajer. Katanya sampai around pukul 7am esok .. ok.nak tidur dulu .. sebelum subuh dah nak gerak .... 



Tuesday, March 13, 2012

Kalah Lagi

Hari ini aku turun membida sebuah apartment yang jaraknya cuma 2km dari rumah aku. Last week called up lawyer bank pelelong, menurut PIC yang berkenaan rumah ini di diami oleh owner hmmmm ... sebab dah nak masuk 6 kali lelong takde bidder.. aku yeakan ajerlah ..

Malam kelmarinbaru buat onsite survey yang turut di sertai oleh anak2 dan adik aku .. rombongan sederhana besar.. Best nyer rumah ni ialah ada lif walaupun hanya 4 ada tingkat.. persekitaran yang bersih, guarded but tak berapa tight sangat sbb guard beri kitaorang masuk lepas asben angkat tangan ajer..tak yah nak regsiter pun .. unit ini takde orang tinggal, nampak macam baru pindah sebab habuk tak banyak lagi, meter api pun dah takde, kena potong dengan tunggakan RM1400 dan air masih ada lagi. Tunggakan maintenance RM6K +...Tapi takpe bank cover setakat auction date...  yang bagusnya apartment ini nanti berdekatan dengan station MRT, jaraknya tak sampai 2km ajer. Kiranya walking distancelah ke MRT station... dan juga betul2 bersebelahan dengan shopping complex fasa ke dua yang 70% completed. Segalanya walking distance ajer .. macam mana aku terlepas pandang dulu ...

Since hari ini aku kena attend training " papar 1" pada sebelah petang, pening jugak dengan sapa aku nak wakilkan ... almost pkl 2, aku di beritahu yang training ini postponed ke esok .. yeahaaaa .... jadi aku pun berjaya " lesapkan " diri  1 jam untuk ke pejabat auctioneer..

Aku sampai arround 2:30pm, ramai nyer manusia di sini, wah2 .. berebut-rebut agent /bidder nak regsiter, pakai langgar ajer, hangin di buatnya . aku buat bodoh ajer lah .. sabar ajerlah.. yang dok potong queue tu aku curi2 tengok.  ada yang bid unit yang sama dengan aku ... hehe2  ..

Bila auctioneer panggil unit ini, terdapat 24 bidders termasuk aku, wowow ... RP terus naik 80K sbb ramai bidders. ada lagi budget aku ... naik dan terus naik akhirnya ke 96K ... wowow... tahun lepas punya valuation rumah ini hanyalah 90K ajer, rasanya pembida tersebut yakin harga akan naik lagi ... ramai bidder yang lain geleng kepala....

Insyaallah akan turun lagi pada hujung bulan ini .. lately kawasan ini jadi tumpuan bidder mungkin sebab status tanahnya freehold kot ...



Thursday, March 8, 2012

LAP : Air oh Air !!!

Tersangat sibuk itu yang aku boleh katakan..... Just nak share updates semasa selama ke " bizian "  ..

Lebih kurang 2 minggui lepas mak di kampung called bagi tahu yang tukang paip datang kerumah minta duit untuk bayaran masuk air untuk rumah yang di beli dari SUK. Terkejut di buatnya bila mak aku beritahu yang tukang paip mengenakan bayaran RM700 !! Sebagai orang tua yang tak berapa tahu mengenai bayaran, mak pun berikan dahulu RM300 pada tukang paip. Alasanya ialah kena beli banyak barang dan termasuk upah travelling dia dan rumah ini adalah rumah perumahan teres... Menyirap darah aku di buatnya dengan orang tua pun dia nak tipu, dahlah tinggal sekampung, jarak rumah dia pun tak sampai 100 meter dari rumah mak.

Pengiraan aku pun mmg tak sampai RM700 pun since paip dari saluran utama pun dah ada, just kena tambah stop off, masuk meter dah terus dapat air. Pagi ini aku pun called Lembaga Air Perak untuk bertanyakan bayaran-bayaran yang di kenakan. Menurut pegawai yang bertugas ialah bayaran cagaran ialah RM80 dan RM10 dan RM40 untuk meter. Kalau macam ni aku nak jadi plumber jugaklah, kalau seminngu dapat "makan" satu customer dah berapa aku dapat dalam sebulan. Then, weekend tu aku pun baliklah kekampung dengan untuk minta meter air dari tukang paip tu, masa tu dia takde di rumah hanya ada anaknya dan telah berikan meter air tu pada asben aku. tukang paip tu datang ke rumah minta balik meter, sorilah asben nak beri. At last kitaorang appointed another tukang paip yang pernah betulkan paip mak dia minta RM200 untuk pasang meter berserta dengan stand dan besi paip.

Tapi apa yang aku tak puas hatinya ialah bila aku call pejabat LAP tersebut, terus dorang beri no tel tukang paip penipu, katanya semua permohonan mesti melalui tukang paip tak boleh direct ke LAP..Bila aku tanya ada tak tukang paip lain katanya hanya ada seorang ajer yang aktif iaitu si penipu tu.  Bila aku tanya berapakah harga yang di kenakan, LAP beritahu itu bergantung pada tukang paip berapa yang dia nak charge. Jawapan sama juga aku dapat dari SPAN HQ, tukang paip boleh  ikut suka hati dorang .. WOWOW kalau macam nilah jawapan SPAN, mmg tukang paip di malaysia boleh kaya raya.. Aku akan buat hantar surat komplen pada kementerian pasal hal ni .. Agak2nya dorang akan tindakan ker ??

Aku pun ada dengar cerita yang tukang paip ini dah buat banyak kes, sampaikan ada orang nak pukul dia di pekan sebabnya, duit di bayar kerja tak di buat. Ada satu kes tu dia ambil RM1200 dari seorang ibu tunggal  
yang beli rumah dari SUK untuk masukkan api dan air. Dah lebih 3 bulan hanya air saja yang di masukkan api belum lagi. Bila tanya si penipu ni penipu ni bagi tau yang TNB yang lambat bila makcik ni tanya TNB dorang beritahu yang dorang tak dapat permohonan makcik ini. So makcik ni pun bukanya ada duit sangat dia pun meminjam dari kawan dia.

Tak selamat hidup si penipu ni yang kerjanya tipu sana dan sini. Panjang pulak entri aku kali ini. Tapi ada sesuatu yang tidak kena proses permohonan api dan air, mengapa perlu melalui  kontraktor ? Ada wujud unsur-unsur "komisyen" bagi referral ? Yang peliknya di KL dan Selangor tak pulak macam ini.  WHY..WHY, WHY ..

Monday, February 13, 2012

Updates Semasa

Agak sibuk kebelangkangan ini, sibuk di rumah, di opis dan di luar. Cuti awal muharam dan thaipusam yang lalu aku sekeluarga balik kekampung meraikan perkahwinan anak sepupu. Meriah betul majlisnya yang besh nyer masa inilah dapat bersua muka dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa tu banyak yang diborakkan. 

Sambil itu asben dan aku buat survey harga bahan binaan di pekan. Akmaklumlah kawasan luar bandar harga agak mahal jika dibandingkan dengan KL. Nak buat costing renovate rumah yang di beli tempohari. Tukang rumah rasanya akan di import dari KL. Bukan takde tukang di kampung tapi aku tak puashati sangat hasil kerja dorang. Lagipun kalau nak komplen banyak-banyak tab boleh sebab sedara-mara, nak minta diskaun pun macam takut jugak. Kalau orang luar ini kita bolehlah komplen dan nego harga. 

Insyaallah bila pihak kontraktor yang di lantik oleh SUK menyiapkan pembaikkan, kerja-kerja ubahsuai boleh di mulakan. Rumah pun sudah di kunci dan rasanya proses pembaikan akan di lakukan dalam masa yang terdekat ini. 

Hari Jumaat lepas aku ke pejabat lawyer hantar surat dari JMB kepada PTGWP  untuk urusan MOT. Sekarang ini dalam tempoh lanjutan dua bulan yang akan luput pada 27/2.. Menurut lawyer harapan untuk siapkan dalam tempoh lanjutan pun mmg2 slim, dan dia akan minta lagi lanjutan 2 bulan. Nasib baik rumah ini aku dah sewakan sejak bulan Disember 2011 yang lalu dan  duit sewa dapat covered interest yang di kenakan oleh bank pelelong iaitu BLR + 4% !!! . Menunggu dan sabar menantilah aku ..

Asben pulak beritahu kemungkinan dia kena posting selama 3 bulan samada di Agentina atau Tunisia sebab ada masalah yang memerlukan dia memantau di sana. .. selalunya dia mengelat tak nak pergi buat onsite survey dan audit .. nampaknya kali ini susahlah sebab semua orang kena involved.  Harap2 tak jadilah 

What next is kemungkinan akan turun lagi ke gelanggang lelongan untuk membida sebuah apartment. Ini projek JV dengan adik. Asyik2 kalah atau unit called off. Harapan menang mmg tipis, tapi mana tau kot ada rezeki kami .. insyaallah


Thursday, February 2, 2012

Kalau ada rezeki tidak kemana ... syukran2

Semalam hari yang memenatkan sebab drive sorang-sorang dan balik sorang2 ke kampubng. Actually adik aku nak temankan tapi sebab dia ada urusan di Kuala Trengganu yang tak dapat di selesaikan pada hari selasa jadi hari rabu kena extend. Asben pula sibuk sesangat, banyak issue yang nak kena settle lagipun bossnyer cuti bersalin. Since aku dah berjanji dengan mak aku, jadi kena balik jugaklah. Wife yang berdikari tu yang asben tak kisah sangat aku balik sorang kot ... hmmmm

Bertolak dari rumah around pukul 6am sampai kampung pukul 9:30am. Jarak pergi balik +-700km jugaklah.. Balik inipun ada sebabnya sebab nak ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk membuat bayaran rumah teres perumahan awam yang di tawarkan kepada mak aku. Dulunya SUK tidak luluskan jadi takdelah mengharap langsung. Rumah ini atas nama mak sebab SUK ada meletakkan beberapa syarat jadi di sebabkan aku terlebih layak jadi tak layaklah. Harga rumah ini RM20501.70 ajer, teres low cost, 3 bilik, 1 bilik air dan 1 tandas. Rumah ini kiranya unit lelong yang mana pemilik terdahulu gagal menyelesaikan pinjaman pada SUK. Keadaan rumah standardlah, rosak sana sini tapi SUK akan hantar kontraktor  untuk membuat baikpulih. Tunggakkan cukai, tanah, pintu, api dan air SUK tanggung. Untuk proses masuk nama dalam geran hanya di kenakan bayaran RM75 ajer... [dah jimat dah]. Rate sewa bagi unit standard adalah RM200 dan kalau yang dah renovated around RM300. Perumahan ini betul-betul di jalan besar dan 50m ajer dari surau.

Mak dah pesan jangan di jual rumah ini sebabnya lepas ini confirmed tak akan dapat dah rumah dengan harga yang macam ni. Insyaallah aku akan kept rumah ini sebab ini janji aku pada mak.. Insyaallah selepas dapat geran rumah nanti, plan nak buat ubahsuai yang perlu sahaja. Masa di Pejabat Daerah ada beberapa unit yang kosong di beberapa daerah, kalau mana-mana yang berminat boleh emailkan personally pada aku, nnt aku akan beri no telefon person in charge. Mana tau kot2 masih ada kosong lagi.

Kiranya kekecewaan dua minggu lepas terubat minggu ini. Allah itu maha adil, maha mengetahui, kita sebagai hambanya kadang2 terlupa pada ketentuanNYA.

Insyaallah weekend ini aku sekeluarga akan balik semula ke kampung untuk meraikan anak sepupu aku kahwin. Kalau tak balik tak sedap pula rasanya sebabnya dia yang selalu temankan mak kalau nak kemana-mana. Almaklumlah aku adik beradik semuanya out of negeri n country..

Tuesday, January 24, 2012

Pelaburan Hartanah : Berhati2

Sekarang ini dah ramai yang buka mata untuk membuat pelaburan hartanah, emas, perak dan tanah. Sebelum ini ramai yang terarah pada pasaran saham, bila keluar IPO baru ramai yang apply sampaikan oversubscribed berpuluh-puluh kali. Teringat pada tahun 1994 [kalau tak silaplah] tolong hantar application form  untuk arwah ayah apply share HICOM. Sampaikan terlalu banyak yang pohon MIDF buka kaunter di Stadium Merdeka. Kerana teruja dengan shares aku kerja di Securties Firm, dua tahun jugak tu. Bahayanya main shares ini bila kita beli ikut orang beli dan buat short sales [ Contra]. Bila nak jual kena call Remisier sebab dahulu kalau kita beli shares kita akan dapat sijil [ scripts] dan sekarang ini semuanya di hujung jari anda. Bila buat shares trading di mana-mana sahaja...Sekarang ini langsung tak ambil tahu pasal shares trading walaupun aku kerja di salah sebuah Investment Bank, sbbnya malas nak citer ..

Ok, aku just nak cerita pasal pelaburan hartanah iaitu rumah sebab benda ini yang aku buat sekarang ini. Emas dan Perak masih tengah peringkat kajian lagi :). Sebelum kita decide beli rumah ada beberapa perkara yang kita mesti faham bukan ikut suka hati. Kalau ada kelapangan aku akan tengok listing hartanah lelong dan juga subsale. Apa yang aku tengokkan ada juga listing yang memberi maklumat tidak benar seperti pegangan tanah, sebagai contoh ada agent yang meletakkan  iklan bahawa pegangan tanah adalah FREEHOLD yang sebenarnya tanah tersebut adalah LEASEHOLD dan sebaliknya, ada juga Proclamation Of Sales yang memberi maklumat tidak betul. Ada juga yang memberi maklumat salah mengenai luas rumah / luas tanah dan juga tempoh pajakan tanah. Bila aku telefon agent bertanyakan dorang macam blurr2.

Semenjak-menjak aku menjinakkan diri dengan pelaburan hartanah ini banyak yang aku belajar dan tahu "tipu daya" iklan dan maklumat hartanah yang di iklankan. Ya, tidak semua kena tipu tapi kalau kita yang kena amacam ? mesti frustkan. Ada kes bila beli rumah tak boleh pindah milik sebab pemaju dah bungkus dan tak dapat cari receiver. Pemaju tak jelaskan cukai tanah dan tertunggak berjutaan pun satu hal juga. Walaupun kita appointed lawyer tapi kalau ada kes-kes macam ini pun dorang pun tak boleh buat apa-apa. 

Ada kes dimana keghairahan untuk memiliki rumah mereka bersetongokol dengan pemaju untuk mendapatkan pinjaman sedangkan mereka tidak layak. Bila bayaran loan kena di jelaskan banyak yang merungut tak boleh nak bayar end up rumah kena lelong sedangkan pemaju tengah menikmati hasil yang mana rumah yg dibina 100% berjaya di jual. Bila rumah kena lelong  owner yang terlolong-lolong. Ada juga yang "mark up" harga rumah dan lebihan duit kononnya nak melabur dalam ASB tapi akhirnya terlebur entah dimana... 

Jadi rajin2kanlah membuat carian di internet, blog, buku dan kalau malas sangat silalah menghadiri seminar-seminar pelaburan hartanah yang dianjurkan oleh sifu-sifu hartanah kita. 






Friday, January 20, 2012

Percubaan Pertama di Tahun Baru Gagal

Pagi semalam aku n adik turun ke lelongan untuk membida sebuah unit flat low cost. Mmg dah menduga rumah ini semestinya ada saingan sebab location agak menarik juga. Dulu orang pun tak berapa nak pandang pun, kawasan persekitran yang tidak memuaskan, tersorok dan terlindung. Yuran penyelenggaraan pun tak mahal sangat siap ada pak guard lagi. Sekarang ni market Value dan sewa pun dah naik. Siapa sangkakan dulu sejuk sekarang ni dah jadi hot cake pula...

Untuk kali ini aku berJV dengan adik.. Untuk unit ni ada 4 orang pembida termasuk adik aku .. he2. Dah diskus dgn adik harga maksimum yang kita orang akan bid, dan juga aku sanggup bayar jika ada orang nak kawtim .. Nasib tak menyelebahi kali ini sebab harga naik melebihi budget kitaorang, naik RM17K dari Reserve Price. Masih bawah market value tapi kalau beli untuk duduk mmg2 bagus. Rumah pun  kosong dah ditinggalkan, lampu2 semuanya ada dan dah siap pasang fully grill, air masih ada dan elektrik ajer owner dah potong.

Dah ada beberapa unit yang dah dishortlistedkan, insyaallah lepas cuti CNY ni akan buat onsite survey dan check tunggakkan. Malas nak buat awal2 sebabnya kalau called off frust pulak di buatnya. Sekarang ini aku buat seminggu sebelum tarikh lelongan.

Semalam dah kalah masa lelongan, hari ini pula frust jugak sebab dah arranged dengan agent nak tengok rumah pada pukul 9pm tadi. Agent bawa someone tengok rumah tu pada pukul 8:30pm dan orang tu terus confirmed beli dan bayar initial deposit. Kecewa2 .. Takpelah esok akan ke PD berbbq di tepi laut dengan adik2, kakak n my mum.. Tak payah risau pasal penginapan sebab adik baru ajer ambil kunci rumah barunya disana. Harap2 jalan tak sesak ...