Semalam hari yang memenatkan sebab drive sorang-sorang dan balik sorang2 ke kampubng. Actually adik aku nak temankan tapi sebab dia ada urusan di Kuala Trengganu yang tak dapat di selesaikan pada hari selasa jadi hari rabu kena extend. Asben pula sibuk sesangat, banyak issue yang nak kena settle lagipun bossnyer cuti bersalin. Since aku dah berjanji dengan mak aku, jadi kena balik jugaklah. Wife yang berdikari tu yang asben tak kisah sangat aku balik sorang kot ... hmmmm
Bertolak dari rumah around pukul 6am sampai kampung pukul 9:30am. Jarak pergi balik +-700km jugaklah.. Balik inipun ada sebabnya sebab nak ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk membuat bayaran rumah teres perumahan awam yang di tawarkan kepada mak aku. Dulunya SUK tidak luluskan jadi takdelah mengharap langsung. Rumah ini atas nama mak sebab SUK ada meletakkan beberapa syarat jadi di sebabkan aku terlebih layak jadi tak layaklah. Harga rumah ini RM20501.70 ajer, teres low cost, 3 bilik, 1 bilik air dan 1 tandas. Rumah ini kiranya unit lelong yang mana pemilik terdahulu gagal menyelesaikan pinjaman pada SUK. Keadaan rumah standardlah, rosak sana sini tapi SUK akan hantar kontraktor untuk membuat baikpulih. Tunggakkan cukai, tanah, pintu, api dan air SUK tanggung. Untuk proses masuk nama dalam geran hanya di kenakan bayaran RM75 ajer... [dah jimat dah]. Rate sewa bagi unit standard adalah RM200 dan kalau yang dah renovated around RM300. Perumahan ini betul-betul di jalan besar dan 50m ajer dari surau.
Mak dah pesan jangan di jual rumah ini sebabnya lepas ini confirmed tak akan dapat dah rumah dengan harga yang macam ni. Insyaallah aku akan kept rumah ini sebab ini janji aku pada mak.. Insyaallah selepas dapat geran rumah nanti, plan nak buat ubahsuai yang perlu sahaja. Masa di Pejabat Daerah ada beberapa unit yang kosong di beberapa daerah, kalau mana-mana yang berminat boleh emailkan personally pada aku, nnt aku akan beri no telefon person in charge. Mana tau kot2 masih ada kosong lagi.
Kiranya kekecewaan dua minggu lepas terubat minggu ini. Allah itu maha adil, maha mengetahui, kita sebagai hambanya kadang2 terlupa pada ketentuanNYA.
Insyaallah weekend ini aku sekeluarga akan balik semula ke kampung untuk meraikan anak sepupu aku kahwin. Kalau tak balik tak sedap pula rasanya sebabnya dia yang selalu temankan mak kalau nak kemana-mana. Almaklumlah aku adik beradik semuanya out of negeri n country..
No comments:
Post a Comment