Tersangat sibuk itu yang aku boleh katakan..... Just nak share updates semasa selama ke " bizian " ..
Lebih kurang 2 minggui lepas mak di kampung called bagi tahu yang tukang paip datang kerumah minta duit untuk bayaran masuk air untuk rumah yang di beli dari SUK. Terkejut di buatnya bila mak aku beritahu yang tukang paip mengenakan bayaran RM700 !! Sebagai orang tua yang tak berapa tahu mengenai bayaran, mak pun berikan dahulu RM300 pada tukang paip. Alasanya ialah kena beli banyak barang dan termasuk upah travelling dia dan rumah ini adalah rumah perumahan teres... Menyirap darah aku di buatnya dengan orang tua pun dia nak tipu, dahlah tinggal sekampung, jarak rumah dia pun tak sampai 100 meter dari rumah mak.
Pengiraan aku pun mmg tak sampai RM700 pun since paip dari saluran utama pun dah ada, just kena tambah stop off, masuk meter dah terus dapat air. Pagi ini aku pun called Lembaga Air Perak untuk bertanyakan bayaran-bayaran yang di kenakan. Menurut pegawai yang bertugas ialah bayaran cagaran ialah RM80 dan RM10 dan RM40 untuk meter. Kalau macam ni aku nak jadi plumber jugaklah, kalau seminngu dapat "makan" satu customer dah berapa aku dapat dalam sebulan. Then, weekend tu aku pun baliklah kekampung dengan untuk minta meter air dari tukang paip tu, masa tu dia takde di rumah hanya ada anaknya dan telah berikan meter air tu pada asben aku. tukang paip tu datang ke rumah minta balik meter, sorilah asben nak beri. At last kitaorang appointed another tukang paip yang pernah betulkan paip mak dia minta RM200 untuk pasang meter berserta dengan stand dan besi paip.
Tapi apa yang aku tak puas hatinya ialah bila aku call pejabat LAP tersebut, terus dorang beri no tel tukang paip penipu, katanya semua permohonan mesti melalui tukang paip tak boleh direct ke LAP..Bila aku tanya ada tak tukang paip lain katanya hanya ada seorang ajer yang aktif iaitu si penipu tu. Bila aku tanya berapakah harga yang di kenakan, LAP beritahu itu bergantung pada tukang paip berapa yang dia nak charge. Jawapan sama juga aku dapat dari SPAN HQ, tukang paip boleh ikut suka hati dorang .. WOWOW kalau macam nilah jawapan SPAN, mmg tukang paip di malaysia boleh kaya raya.. Aku akan buat hantar surat komplen pada kementerian pasal hal ni .. Agak2nya dorang akan tindakan ker ??
Aku pun ada dengar cerita yang tukang paip ini dah buat banyak kes, sampaikan ada orang nak pukul dia di pekan sebabnya, duit di bayar kerja tak di buat. Ada satu kes tu dia ambil RM1200 dari seorang ibu tunggal
yang beli rumah dari SUK untuk masukkan api dan air. Dah lebih 3 bulan hanya air saja yang di masukkan api belum lagi. Bila tanya si penipu ni penipu ni bagi tau yang TNB yang lambat bila makcik ni tanya TNB dorang beritahu yang dorang tak dapat permohonan makcik ini. So makcik ni pun bukanya ada duit sangat dia pun meminjam dari kawan dia.
Tak selamat hidup si penipu ni yang kerjanya tipu sana dan sini. Panjang pulak entri aku kali ini. Tapi ada sesuatu yang tidak kena proses permohonan api dan air, mengapa perlu melalui kontraktor ? Ada wujud unsur-unsur "komisyen" bagi referral ? Yang peliknya di KL dan Selangor tak pulak macam ini. WHY..WHY, WHY ..
huh..kak kalo menipu tuh mmg kaya la tp di dunia ajerla..
ReplyDeletebetul ke ni...kena tipu...mak saya nak pasang paip jgk next week...rm 1600.00...kna tipu ke ni...sy heran jgk...knape mahal sgt...
Deletex senang mana kalo menipu nih...
ReplyDeletebtul ke awak....area mn...sy ada mohon nk masuk air jgk and kena rm 1600.00...btul ke...
ReplyDelete