Agak sibuk kebelangkangan ini, sibuk di rumah, di opis dan di luar. Cuti awal muharam dan thaipusam yang lalu aku sekeluarga balik kekampung meraikan perkahwinan anak sepupu. Meriah betul majlisnya yang besh nyer masa inilah dapat bersua muka dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa tu banyak yang diborakkan.
Sambil itu asben dan aku buat survey harga bahan binaan di pekan. Akmaklumlah kawasan luar bandar harga agak mahal jika dibandingkan dengan KL. Nak buat costing renovate rumah yang di beli tempohari. Tukang rumah rasanya akan di import dari KL. Bukan takde tukang di kampung tapi aku tak puashati sangat hasil kerja dorang. Lagipun kalau nak komplen banyak-banyak tab boleh sebab sedara-mara, nak minta diskaun pun macam takut jugak. Kalau orang luar ini kita bolehlah komplen dan nego harga.
Insyaallah bila pihak kontraktor yang di lantik oleh SUK menyiapkan pembaikkan, kerja-kerja ubahsuai boleh di mulakan. Rumah pun sudah di kunci dan rasanya proses pembaikan akan di lakukan dalam masa yang terdekat ini.
Hari Jumaat lepas aku ke pejabat lawyer hantar surat dari JMB kepada PTGWP untuk urusan MOT. Sekarang ini dalam tempoh lanjutan dua bulan yang akan luput pada 27/2.. Menurut lawyer harapan untuk siapkan dalam tempoh lanjutan pun mmg2 slim, dan dia akan minta lagi lanjutan 2 bulan. Nasib baik rumah ini aku dah sewakan sejak bulan Disember 2011 yang lalu dan duit sewa dapat covered interest yang di kenakan oleh bank pelelong iaitu BLR + 4% !!! . Menunggu dan sabar menantilah aku ..
Asben pulak beritahu kemungkinan dia kena posting selama 3 bulan samada di Agentina atau Tunisia sebab ada masalah yang memerlukan dia memantau di sana. .. selalunya dia mengelat tak nak pergi buat onsite survey dan audit .. nampaknya kali ini susahlah sebab semua orang kena involved. Harap2 tak jadilah
What next is kemungkinan akan turun lagi ke gelanggang lelongan untuk membida sebuah apartment. Ini projek JV dengan adik. Asyik2 kalah atau unit called off. Harapan menang mmg tipis, tapi mana tau kot ada rezeki kami .. insyaallah
No comments:
Post a Comment