Tuesday, January 24, 2012

Pelaburan Hartanah : Berhati2

Sekarang ini dah ramai yang buka mata untuk membuat pelaburan hartanah, emas, perak dan tanah. Sebelum ini ramai yang terarah pada pasaran saham, bila keluar IPO baru ramai yang apply sampaikan oversubscribed berpuluh-puluh kali. Teringat pada tahun 1994 [kalau tak silaplah] tolong hantar application form  untuk arwah ayah apply share HICOM. Sampaikan terlalu banyak yang pohon MIDF buka kaunter di Stadium Merdeka. Kerana teruja dengan shares aku kerja di Securties Firm, dua tahun jugak tu. Bahayanya main shares ini bila kita beli ikut orang beli dan buat short sales [ Contra]. Bila nak jual kena call Remisier sebab dahulu kalau kita beli shares kita akan dapat sijil [ scripts] dan sekarang ini semuanya di hujung jari anda. Bila buat shares trading di mana-mana sahaja...Sekarang ini langsung tak ambil tahu pasal shares trading walaupun aku kerja di salah sebuah Investment Bank, sbbnya malas nak citer ..

Ok, aku just nak cerita pasal pelaburan hartanah iaitu rumah sebab benda ini yang aku buat sekarang ini. Emas dan Perak masih tengah peringkat kajian lagi :). Sebelum kita decide beli rumah ada beberapa perkara yang kita mesti faham bukan ikut suka hati. Kalau ada kelapangan aku akan tengok listing hartanah lelong dan juga subsale. Apa yang aku tengokkan ada juga listing yang memberi maklumat tidak benar seperti pegangan tanah, sebagai contoh ada agent yang meletakkan  iklan bahawa pegangan tanah adalah FREEHOLD yang sebenarnya tanah tersebut adalah LEASEHOLD dan sebaliknya, ada juga Proclamation Of Sales yang memberi maklumat tidak betul. Ada juga yang memberi maklumat salah mengenai luas rumah / luas tanah dan juga tempoh pajakan tanah. Bila aku telefon agent bertanyakan dorang macam blurr2.

Semenjak-menjak aku menjinakkan diri dengan pelaburan hartanah ini banyak yang aku belajar dan tahu "tipu daya" iklan dan maklumat hartanah yang di iklankan. Ya, tidak semua kena tipu tapi kalau kita yang kena amacam ? mesti frustkan. Ada kes bila beli rumah tak boleh pindah milik sebab pemaju dah bungkus dan tak dapat cari receiver. Pemaju tak jelaskan cukai tanah dan tertunggak berjutaan pun satu hal juga. Walaupun kita appointed lawyer tapi kalau ada kes-kes macam ini pun dorang pun tak boleh buat apa-apa. 

Ada kes dimana keghairahan untuk memiliki rumah mereka bersetongokol dengan pemaju untuk mendapatkan pinjaman sedangkan mereka tidak layak. Bila bayaran loan kena di jelaskan banyak yang merungut tak boleh nak bayar end up rumah kena lelong sedangkan pemaju tengah menikmati hasil yang mana rumah yg dibina 100% berjaya di jual. Bila rumah kena lelong  owner yang terlolong-lolong. Ada juga yang "mark up" harga rumah dan lebihan duit kononnya nak melabur dalam ASB tapi akhirnya terlebur entah dimana... 

Jadi rajin2kanlah membuat carian di internet, blog, buku dan kalau malas sangat silalah menghadiri seminar-seminar pelaburan hartanah yang dianjurkan oleh sifu-sifu hartanah kita. 






2 comments:

  1. betul betul... kena rajin turun sendiri buat research..

    ReplyDelete
  2. Lately banyak advertisement yang berikan maklumat tak tepat menyatakan yg rumah sekian2 berhampiran just walking distance dengan stesen MRT sedangkan yang sebenarnya lokasi stesen tersebut akan di bina agak jauh berkilometer jaraknya ..

    Thanks RN sudi menjengah blog sy.. TQTQ

    ReplyDelete