Just nak shared kemalangan yang berlaku di depan mata aku sendiri pada hari isnin minggu lepas. Kemalangan berlaku around pukul 7:20pagi selepas plaza tol batu 11 menghala ke KL. Aku masa tu berada di laluan paling perlahan, tiba-tiba terdengar bunyi seperti benda yang bergesel di lorong sebelah kanan, lorong paling laju. Bila aku toleh ada seorang penunggang motosikal yang cuba mengawal motosikalnya. Dalam keadaan itu motosikalnya melantun dan beliau seolah-olah terbang ke hadapan dan beberapa kali bergolek ke bawah pembahagi jalan. Aku pada masa tu dalam keadaan terkejut menjerit. Aku perhatikan penunggang tersebut kaku dan tidak bergerak. Bila aku toleh kebelakang ada beberapa pemandu yang menghulurkan pertolongan kepada mangsa.
Bila sampai di opis kena migrain mungkin sebab terkejut kot, badan pun terasa semacam ajer. Kerja juga sampai hari rabu, hari khamis gagahkan juga pergi kerja .. tapi almost lunch time kepala aku dah tak boleh nak angkat, telan painkiller pun sakit lagi. End up aku balik rumah rehat, petangnya baru jumpa doktor ambil MC. Keesokkannya pun aku MC juga, masih tak kebah2 lagi ... Sabtu dan ahad pulak memerap di rumah ajer... Semalam baru masuk kerja .. Aku ni mudah kena selsema sebab aku ada resdung, kalau selsema tu kadang2 sampai sebulan baru baik ...
Masuk opis hari isnin dapat surat dari hr pasal bonus dan increment.. banyak sedihlah tahun ni, bonus berkurangan beberapa bulan dan increment pun kurang sesangat.mungkin tahun lepas aku dapat adjustment 30% kot , sebab tu tahun ni bagi ciput kot ... apa2pun increment tu boleh bayar loan sebuah rumah aku .. Contents surat dari hr pun macam nak cakap " tahun lepas company tak do well, share prices jatuh, dan bla..bla .. Yang peliknya keuntungan keseluruhan meningkat 30% tak pulak dia tulis.. dont compare with others .. ..apa2pun company aku ni bagus jugaklah masih boleh bagi bonus beberapa bulan pada staff ... better something than nothing ...Just to sharedlah my beloved boss " Dutsbin " been transfered to BCP aka DR unit ..hip2 horay .. tak boleh tulis lebih2 sebabnya ada reader blog aku ni kerja di company yang ada kaitan dengan DR ...Dapat pulak boss baru yang lembik semacam, takut nak tegur bila staff buat salah, dengan aku mmg aku sound direct ajer ...
Insyaallah akan turun dalam masa terdekat untuk membida sebuah apartment,masuk kali ini dah 4X lelong.. harap2 takde saingan sebab ia adalah bumi lot. Masih baru lagi dan dekat ajer dengan rumah. Mengenai progress rumah flat cheras tak settle2 lagi, extension lagi 2 bulan. Ni gara2 DeeBeeKayEl buat kerja slow sangat, sikap birokrasi pejabat tanah WP.. sebabnya rumah ini dah ada strata ... bila extend terus bank pelelong minta 2 bulan interest .. nasib baik rumah tu ada penyewa kalau tak rabak jugaklah poket ...
Pagi esok nak ke KLIA jemput kakak n anak2 dari melbourne balik bercuti ke malaysia. Dorang balik selama 3 minggu ajer. Katanya sampai around pukul 7am esok .. ok.nak tidur dulu .. sebelum subuh dah nak gerak ....
No comments:
Post a Comment