Semalam ambil EL sbb anak perempuan aku tak sihat, sekarang ini cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan dan juga mendung.Taklah teruk sangat tapi takut juga sebab banyak sangat kes kuku, mulut, tangan, demam virus, denggi, selsema dan batuk. Anak ex-vendor company aku mati kerana kes kuku, mulut dan tangan, lepas tu pulak dia keguguran. Dahlah ada anak seorang sahaja yang dikandung pula gugur..
Anak adik aku yang berumur 40 hari pun, dah masuk 4 hari admitted di KPJ, kena lung infection.. mulanya dia pergi sebuah hospital swasta tapi dorang tak dapat detect sakitnya, bila pergi KPJ baru tahu yang anaknya kena lung infection.. kecik2 dah masuk hospital ..
Semalam ke pejabat TNB untuk permohonan bekalan elektrik untuk rumah yang di beli tempohari. Memandangkan bekalan tiada melebihi 6 bulan maka aku kena cari registered kontraktor untuk buat pemeriksaan .. aku cuba nego untuk exemption bagitau yang rumah tak pernah diduduki tapi kerani tu bertegas juga. Nak tak nak kena appoint kontraktor.. masa aku beli rumah lelong di shah alam dulu tak payah nak appoint kontraktor .. just buat surat menyatakan yang pendawaian dalam rumah dalam keadaan yang baik. ...
Call 2,3 kontraktor untuk bertanyakan cajnya.. dapat juga seorang kontraktor yang mengenakan caj RM400 ... murah ker mahal ker aku pun tak tahu.. janji cepat buat kerja.. oklah .. hari ini dia call beritahu yang permohonan bekalan sudah diluluskan dan dah boleh bayar deposit di kedai Tenaga. esok adik akan kesana buat pembayaran .. insyaallah esok lusa meter boleh di pasang..
Once dah ada elektrik bolehlah cari kontraktor buat grill dan pasang lampu, kipas.. Kadang-kadang beli rumah yang masih dara ada kebaikkan dan keburukanya. yang bagusnya rumah selalunya tak rosak, tak perlu nak mengecat balik, just touch up pun dah okay.. dan juga tak payah nak pening suruh owner/penyewa keluar... tak bagusnya kita kena keluar duit buat grill, lampu, kipas dan juga kos-kos masuk air dan elektrik..
Bagi rumah yang didiami pula ialah selalunya dah ada grill, kadang2 dapat barang tinggalan seperti lampu, kipas, almari.. tapi yang paling tak best nyer kalau rumah seribu satu masalah, rosak sana-sini, owner/penyewa tak nak keluar, tunggakan bil utiliti yang tinggi....
Pendekata dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya.. sebagai pembeli rumah lelong kena buat anggaran kos-kos yang terlibat .. memang beli rumah lelong ini murah dari hari harga pasaran tapi kena bersedia dengan kos-kos yang perlu di tanggung. Selalunya aku akan buat costing kasar dan catatkan setiap sen yang dikeluarkan untuk sesuatu rumah. So that kita dapat tahu the actual sebenar kos yang di keluarkan...
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Thursday, April 19, 2012
Friday, April 13, 2012
Loan rumah adik dah LULUS
Hari ini dapat call dari banker bagi tau yang loan rumah adik dah diluluskan ..syukur alhamdulillah .. Actually suspen jugak sebabnya staff HQ ada called up HR adik minggu lepas bertanyakan pasal employment status dia .. Employment adik still under contract basis dan akan tamat pada hujung bulan depan. Kadang-kadang bank tak nak approve loan kalau dorang tau yang applicant employment status under contract. dan juga dia takde credit history. Hari ini adik attend 2nd interview di salah sebuah GLC yang ada kaitan dengan course yang dia ambil masa di UNITEN dahulu. Katanya shortlisted yg datang tadi 15 orang yang nak ambil kerja hanya 6 orang... company mana .. hmmm ... harap2 ada rezeki untuk dia dapatkan permanent placement. MOF untuk rumah ni semestinya 90% since ini adalah loan pertama dia.
Rumah pun dah di bersihkan tunggu kontraktor buat checking sbb elektrik dah di potong melebihi setahun. Once api dah masuk dah boleh pasang lampu, kipas dan grill.. No petak parking dan sticker kereta pun dah dapat. Hanya Touch n Go card belum dapat dapat lagi, ok jugak, tak payah nak touch, pak guard yang akan tolong bukakan gate .. :)
Malam ini akan bertolak ke PD untuk berbbq malam esok, planningnya nak buat di tepi pantai, since baru ni gempa bumi lautan macam fobia pula nak buat kat sana. Selepas 3 gempa di acheh ada beberapa gempa susulan yang berlaku di beberapa negara. Takut juga tu ..ya Allah hindarkan negara kita dari malapetaka yang menakutkan ini ... amin ....

Wednesday, April 4, 2012
Rumah Baru Kakak di Geraldton, AU
Lepas balik dari Malaysia, kakak sekeluarga akan berpindah dari Melbourne ke Geraldton. Asben dia dapat offer kerja dari kerajaan australia. Katanya Geraldton adalah kawasan perlombongan arang batu dan terpencil, tapi sewa rumah mahal, lebih kurang AUD450 seminggu. Lepas diskus asben dia dorang decided refinance rumah di Melbourne untuk dapatkan cash untuk beli rumah di Geraldton. Rumah baru dia macam gambar di bawah, dari AUD385K dorang dapat nego ke AUD370K ..hmm nilai matawang dorang tinggi dan sudah tentunya kuasabeli tinggi.
Teruja aku tengok gambar rumah ni.. aku tumpang seronok ..insyaallah akan ziarah dorang tahun depan ..
Monday, April 2, 2012
1st JV : RP
Alhamdulillah syukur kepada Allah, akhirnya berjaya mendapatkan sebuah rumah apartment pada lelongan beberapa hari yang lepas. Inilah projek Joint Venture dengan adik . Dah beberapa kali mencuba dan called off, akhirnya dapat juga dan yang mengembirakan pada harga rizab ... Ngam2 sampai di pejabat pelelong 3:30pm, adik pula masih tak sampai-sampai lagi End up aku yang proceed bid on behalf dia,nasib baik aku dah sediakan authorised letter kalau tak mmg terlepas. Masa regsiter tu aku dah tahu yang adik aku adalah single bidder untuk unit tersebut ...Masa unit di panggil barulah adik aku sampai di dewan lelongan ..termengah-mengah .. tapi bila pelelong mengesahkan hanya single bidder .. wowow berseri2 muka dia ..
![]() |
| hall .. mmg tebal habuknya ... |
![]() |
| Pandan dari tingkap rumah [tkt 3] |
![]() |
| Anak saudara berlari-lari di taman .. ada tempat BBQ juga |
![]() |
| tukar tombol |
![]() |
| Bahagian dapur dan yard |
Keesokan harinya operasi tukar tombol pintu pun dilakukan yang disertai juga dengan adik aku, anak bongsu kakak aku yang berumur 3 1/2 tahun dan anak bongsu aku .. rumah tak pernah di duduki walaupun sudah handed pada owner 6 tahun yang lepas .. grill pun tak berpasang dan rumah mmg tak berusik langsung .. air masih ada, meter pun tak bergerak langsung , cuma meter api dah tiada .. mengikut notis TNB ..ia dipotong pada tahun 2008 .. btw .. tak perlu nak tanggung bil owner lama .dan terus boleh apply bekalan ...
Pagi-pagi tadi aku dah called banker beritahu yang aku nak jumpa dia esok submission loan rumah ni .. Insyaallah takde masalah sebabnya adik ni zero commitment .. cuba bayar loan belajar ajer .. Tapi kadang-kadang bank sengal juga .. sebab applicant takde takde credit history .. bila banyak hutang .. dorang conerned .. bila takde hutang langsung pun dorang concerned jugak ... Harap2 process pindahmilik dapat di selesaikan dalam masa 120 hari yang di tetapkan oleh bank pelelong .. sebabnya pemaju masih hidup lagi dan freehold ..
Tuesday, March 27, 2012
Accident, demam, bonus, progress rumah
Just nak shared kemalangan yang berlaku di depan mata aku sendiri pada hari isnin minggu lepas. Kemalangan berlaku around pukul 7:20pagi selepas plaza tol batu 11 menghala ke KL. Aku masa tu berada di laluan paling perlahan, tiba-tiba terdengar bunyi seperti benda yang bergesel di lorong sebelah kanan, lorong paling laju. Bila aku toleh ada seorang penunggang motosikal yang cuba mengawal motosikalnya. Dalam keadaan itu motosikalnya melantun dan beliau seolah-olah terbang ke hadapan dan beberapa kali bergolek ke bawah pembahagi jalan. Aku pada masa tu dalam keadaan terkejut menjerit. Aku perhatikan penunggang tersebut kaku dan tidak bergerak. Bila aku toleh kebelakang ada beberapa pemandu yang menghulurkan pertolongan kepada mangsa.
Bila sampai di opis kena migrain mungkin sebab terkejut kot, badan pun terasa semacam ajer. Kerja juga sampai hari rabu, hari khamis gagahkan juga pergi kerja .. tapi almost lunch time kepala aku dah tak boleh nak angkat, telan painkiller pun sakit lagi. End up aku balik rumah rehat, petangnya baru jumpa doktor ambil MC. Keesokkannya pun aku MC juga, masih tak kebah2 lagi ... Sabtu dan ahad pulak memerap di rumah ajer... Semalam baru masuk kerja .. Aku ni mudah kena selsema sebab aku ada resdung, kalau selsema tu kadang2 sampai sebulan baru baik ...
Masuk opis hari isnin dapat surat dari hr pasal bonus dan increment.. banyak sedihlah tahun ni, bonus berkurangan beberapa bulan dan increment pun kurang sesangat.mungkin tahun lepas aku dapat adjustment 30% kot , sebab tu tahun ni bagi ciput kot ... apa2pun increment tu boleh bayar loan sebuah rumah aku .. Contents surat dari hr pun macam nak cakap " tahun lepas company tak do well, share prices jatuh, dan bla..bla .. Yang peliknya keuntungan keseluruhan meningkat 30% tak pulak dia tulis.. dont compare with others .. ..apa2pun company aku ni bagus jugaklah masih boleh bagi bonus beberapa bulan pada staff ... better something than nothing ...Just to sharedlah my beloved boss " Dutsbin " been transfered to BCP aka DR unit ..hip2 horay .. tak boleh tulis lebih2 sebabnya ada reader blog aku ni kerja di company yang ada kaitan dengan DR ...Dapat pulak boss baru yang lembik semacam, takut nak tegur bila staff buat salah, dengan aku mmg aku sound direct ajer ...
Insyaallah akan turun dalam masa terdekat untuk membida sebuah apartment,masuk kali ini dah 4X lelong.. harap2 takde saingan sebab ia adalah bumi lot. Masih baru lagi dan dekat ajer dengan rumah. Mengenai progress rumah flat cheras tak settle2 lagi, extension lagi 2 bulan. Ni gara2 DeeBeeKayEl buat kerja slow sangat, sikap birokrasi pejabat tanah WP.. sebabnya rumah ini dah ada strata ... bila extend terus bank pelelong minta 2 bulan interest .. nasib baik rumah tu ada penyewa kalau tak rabak jugaklah poket ...
Pagi esok nak ke KLIA jemput kakak n anak2 dari melbourne balik bercuti ke malaysia. Dorang balik selama 3 minggu ajer. Katanya sampai around pukul 7am esok .. ok.nak tidur dulu .. sebelum subuh dah nak gerak ....

Tuesday, March 13, 2012
Kalah Lagi
Hari ini aku turun membida sebuah apartment yang jaraknya cuma 2km dari rumah aku. Last week called up lawyer bank pelelong, menurut PIC yang berkenaan rumah ini di diami oleh owner hmmmm ... sebab dah nak masuk 6 kali lelong takde bidder.. aku yeakan ajerlah ..
Malam kelmarinbaru buat onsite survey yang turut di sertai oleh anak2 dan adik aku .. rombongan sederhana besar.. Best nyer rumah ni ialah ada lif walaupun hanya 4 ada tingkat.. persekitaran yang bersih, guarded but tak berapa tight sangat sbb guard beri kitaorang masuk lepas asben angkat tangan ajer..tak yah nak regsiter pun .. unit ini takde orang tinggal, nampak macam baru pindah sebab habuk tak banyak lagi, meter api pun dah takde, kena potong dengan tunggakan RM1400 dan air masih ada lagi. Tunggakan maintenance RM6K +...Tapi takpe bank cover setakat auction date... yang bagusnya apartment ini nanti berdekatan dengan station MRT, jaraknya tak sampai 2km ajer. Kiranya walking distancelah ke MRT station... dan juga betul2 bersebelahan dengan shopping complex fasa ke dua yang 70% completed. Segalanya walking distance ajer .. macam mana aku terlepas pandang dulu ...
Since hari ini aku kena attend training " papar 1" pada sebelah petang, pening jugak dengan sapa aku nak wakilkan ... almost pkl 2, aku di beritahu yang training ini postponed ke esok .. yeahaaaa .... jadi aku pun berjaya " lesapkan " diri 1 jam untuk ke pejabat auctioneer..
Aku sampai arround 2:30pm, ramai nyer manusia di sini, wah2 .. berebut-rebut agent /bidder nak regsiter, pakai langgar ajer, hangin di buatnya . aku buat bodoh ajer lah .. sabar ajerlah.. yang dok potong queue tu aku curi2 tengok. ada yang bid unit yang sama dengan aku ... hehe2 ..
Bila auctioneer panggil unit ini, terdapat 24 bidders termasuk aku, wowow ... RP terus naik 80K sbb ramai bidders. ada lagi budget aku ... naik dan terus naik akhirnya ke 96K ... wowow... tahun lepas punya valuation rumah ini hanyalah 90K ajer, rasanya pembida tersebut yakin harga akan naik lagi ... ramai bidder yang lain geleng kepala....
Insyaallah akan turun lagi pada hujung bulan ini .. lately kawasan ini jadi tumpuan bidder mungkin sebab status tanahnya freehold kot ...

Thursday, March 8, 2012
LAP : Air oh Air !!!
Tersangat sibuk itu yang aku boleh katakan..... Just nak share updates semasa selama ke " bizian " ..
Lebih kurang 2 minggui lepas mak di kampung called bagi tahu yang tukang paip datang kerumah minta duit untuk bayaran masuk air untuk rumah yang di beli dari SUK. Terkejut di buatnya bila mak aku beritahu yang tukang paip mengenakan bayaran RM700 !! Sebagai orang tua yang tak berapa tahu mengenai bayaran, mak pun berikan dahulu RM300 pada tukang paip. Alasanya ialah kena beli banyak barang dan termasuk upah travelling dia dan rumah ini adalah rumah perumahan teres... Menyirap darah aku di buatnya dengan orang tua pun dia nak tipu, dahlah tinggal sekampung, jarak rumah dia pun tak sampai 100 meter dari rumah mak.
Pengiraan aku pun mmg tak sampai RM700 pun since paip dari saluran utama pun dah ada, just kena tambah stop off, masuk meter dah terus dapat air. Pagi ini aku pun called Lembaga Air Perak untuk bertanyakan bayaran-bayaran yang di kenakan. Menurut pegawai yang bertugas ialah bayaran cagaran ialah RM80 dan RM10 dan RM40 untuk meter. Kalau macam ni aku nak jadi plumber jugaklah, kalau seminngu dapat "makan" satu customer dah berapa aku dapat dalam sebulan. Then, weekend tu aku pun baliklah kekampung dengan untuk minta meter air dari tukang paip tu, masa tu dia takde di rumah hanya ada anaknya dan telah berikan meter air tu pada asben aku. tukang paip tu datang ke rumah minta balik meter, sorilah asben nak beri. At last kitaorang appointed another tukang paip yang pernah betulkan paip mak dia minta RM200 untuk pasang meter berserta dengan stand dan besi paip.
Tapi apa yang aku tak puas hatinya ialah bila aku call pejabat LAP tersebut, terus dorang beri no tel tukang paip penipu, katanya semua permohonan mesti melalui tukang paip tak boleh direct ke LAP..Bila aku tanya ada tak tukang paip lain katanya hanya ada seorang ajer yang aktif iaitu si penipu tu. Bila aku tanya berapakah harga yang di kenakan, LAP beritahu itu bergantung pada tukang paip berapa yang dia nak charge. Jawapan sama juga aku dapat dari SPAN HQ, tukang paip boleh ikut suka hati dorang .. WOWOW kalau macam nilah jawapan SPAN, mmg tukang paip di malaysia boleh kaya raya.. Aku akan buat hantar surat komplen pada kementerian pasal hal ni .. Agak2nya dorang akan tindakan ker ??
Aku pun ada dengar cerita yang tukang paip ini dah buat banyak kes, sampaikan ada orang nak pukul dia di pekan sebabnya, duit di bayar kerja tak di buat. Ada satu kes tu dia ambil RM1200 dari seorang ibu tunggal
yang beli rumah dari SUK untuk masukkan api dan air. Dah lebih 3 bulan hanya air saja yang di masukkan api belum lagi. Bila tanya si penipu ni penipu ni bagi tau yang TNB yang lambat bila makcik ni tanya TNB dorang beritahu yang dorang tak dapat permohonan makcik ini. So makcik ni pun bukanya ada duit sangat dia pun meminjam dari kawan dia.
Tak selamat hidup si penipu ni yang kerjanya tipu sana dan sini. Panjang pulak entri aku kali ini. Tapi ada sesuatu yang tidak kena proses permohonan api dan air, mengapa perlu melalui kontraktor ? Ada wujud unsur-unsur "komisyen" bagi referral ? Yang peliknya di KL dan Selangor tak pulak macam ini. WHY..WHY, WHY ..

Subscribe to:
Posts (Atom)