Alhamdulillah syukur kepada Allah, akhirnya berjaya mendapatkan sebuah rumah apartment pada lelongan beberapa hari yang lepas. Inilah projek Joint Venture dengan adik . Dah beberapa kali mencuba dan called off, akhirnya dapat juga dan yang mengembirakan pada harga rizab ... Ngam2 sampai di pejabat pelelong 3:30pm, adik pula masih tak sampai-sampai lagi End up aku yang proceed bid on behalf dia,nasib baik aku dah sediakan authorised letter kalau tak mmg terlepas. Masa regsiter tu aku dah tahu yang adik aku adalah single bidder untuk unit tersebut ...Masa unit di panggil barulah adik aku sampai di dewan lelongan ..termengah-mengah .. tapi bila pelelong mengesahkan hanya single bidder .. wowow berseri2 muka dia ..
|
hall .. mmg tebal habuknya ... |
|
Pandan dari tingkap rumah [tkt 3] |
|
Anak saudara berlari-lari di taman .. ada tempat BBQ juga |
|
tukar tombol |
|
Bahagian dapur dan yard |
Keesokan harinya operasi tukar tombol pintu pun dilakukan yang disertai juga dengan adik aku, anak bongsu kakak aku yang berumur 3 1/2 tahun dan anak bongsu aku .. rumah tak pernah di duduki walaupun sudah handed pada owner 6 tahun yang lepas .. grill pun tak berpasang dan rumah mmg tak berusik langsung .. air masih ada, meter pun tak bergerak langsung , cuma meter api dah tiada .. mengikut notis TNB ..ia dipotong pada tahun 2008 .. btw .. tak perlu nak tanggung bil owner lama .dan terus boleh apply bekalan ...
Pagi-pagi tadi aku dah called banker beritahu yang aku nak jumpa dia esok submission loan rumah ni .. Insyaallah takde masalah sebabnya adik ni zero commitment .. cuba bayar loan belajar ajer .. Tapi kadang-kadang bank sengal juga .. sebab applicant takde takde credit history .. bila banyak hutang .. dorang conerned .. bila takde hutang langsung pun dorang concerned jugak ... Harap2 process pindahmilik dapat di selesaikan dalam masa 120 hari yang di tetapkan oleh bank pelelong .. sebabnya pemaju masih hidup lagi dan freehold ..
Tahniah! :)
ReplyDeleteFara : Thanks. Syukur alhamdulillah.
Deletexde hutang pon masalah jgk
ReplyDeletekatanya bank nak tahu samada applicant good or bad payor .. hrp2 loan adik lulus ..
DeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah ade rumah baru :)
Lokasi dekat puncak alam kan, or bukan?
Tengah cari2 jugak rumah area sana
Tapi kebanyakannya leasehold
Kalau2 bole tunjuk ajar, sy ni setahun jagung lg, takut je kena tipu bagai
Setakat ni just blogwalking kat blog2 macam ni
Waalaikumusalam, tq, rumah tu bkn di Puncak Alam. Tak silap most property di puncak alam adalah leasehold. pd sy leasehold takde masalah janji lokasi rumah menjanjikan pulangan baik samada dari +CF dan flipping. suggest,redlala attend seminar2 yg dianjurkan oleh sifu2 lelong kita. once dah ada knowledge mmg kita rasa lebih confident dan tanpa was-was :)
Delete