Thursday, August 8, 2019

MSS

Tengah memikirkan samada nak ambil tidak MSS yang company buka untuk staff. Dengar citer nak kurangkan banyak jugaklah, almaklumlah banyak branches dah tutup dan akan ditutup dan juga banyak transaksi boleh di buat thru online. Termasuklah banyak kerja yang hendak di outsourcekan..

Pakej yang ditawarkan tak menarik langsung, pada akulah. Tapi kalau yang ada aim nak jadi full time housewives atau houseman bolehlah apply, fokus pada family.

Pada aku sekarang ni tengah explore satu pelaburan baru, tgh dok belajar pasal chart, setahun lebih juga involve, 2x kali gagal dan bangun semula kali ke 3 dengan involvement asben. Attend class2 yang dianjurkan dalam bidang tersebut Alhamdulillah dengan rezeki yang dapat ini melebihi apa yang aku target.

Dah diskus dengan asben untuk beri masa dalam 6 bulan lagi samada mahu ambil mss dan fokus kepada trade, jualan pokok online, kebun limau dan hartanah. Lagipun ada orang tawarkan tanah di hulu langat untuk projek pertanian.

Bukan satu keputusan yang mudah hendak dibuat, macam2 ada dalam kepala ni..

No comments:

Post a Comment