Monday, October 28, 2019

Coretan di Vietnam

Baru2 ni family trip ke Ho Chi Minh selepas anak exam PT3. Majoriti yang gi sana bagitau barang2 murah gila katanya. Ya murah giler tapi teknik tawar menawar ko pun kena tahap dewa. Aku ni bukan jenis melancong membel belah.

Cuma aku nak share sedikit pemgalaman pahit manis di sana.

Sampai di airport ambil bas ke Ben Tanh Market, terus google War Remnant Museum, namanya war kan muzium perang.. Aku leadinglah .. aku jalan2 toleh belakang asben aku dengan tukang kasut. Aku tanyakan kena nak cuci kasut sedangakan kasut pun baru 2x guna. Kata asben,tukang kasut tangkap ambil sebelah kasut dan cuci. Lepas cuci tukang kasut mintak 200K Dong = RM36. Apa kejadahnya tak sampai 5 minit mahal. Mulalah aku naik angin, bagitau yang kita tak suruh pun dia cuci kasut, dia yang tangkap ambil kasut masa berjalan. Aku nak bagi equipvalent RM5 kat si pencuci tu. Tak nak pulak, end up si pencuci tu blah ..

Hilang mood nak gi muesum, terus jalan ke Hotel untuk check in. Sampai di Hotel, reception bagi tau supaya berhati2 semasa di Ho Chi Minh, banyak peragut, banyak penipu dan utk teksi guna grab yang lebih murah dan selamat. Jadi kemana2 aku naik grab, mmg murah dan takde kena tipu.

Untk makan malam aku ke Malaysian Street ada a fews kedai makan muslim, harga makan mmg agak mahal tapi dah takde pilihankan. Kedai Hjh Basiroh dan Kedai Osman mmg recommended. Ada kedai makan termurah kat situ iaitu Halal Amin tapi kalau ko bawak air luar masuk kedai dia charge RM4 okay. Depan kedai tulis harga makan murah2 tapi ada sebaliknya dia buat untung, Tak recommendedlah Halal Amin.  So hati2 lah, sedap2 ko beli kopi tepi jalan masuk kedai makan Halal Amin lepas tu kena charge RM4 sebekas. Kedai Osman makanan sedap dan banyak, boleh share sepinggan 2 orang.


Di Malaysia street majoriti pandai cakap melayu ya, siap boleh dialek kelantan lagi. Kalau ko nak mengutuk  silalah cakap omputeh. Harga banyak yang fixed price dan tak perlulah ko nak sakit kepala nak menawar. Boleh bayar dalan RM ya. Kadang2 untung bayar dalam RM kadang2 rugu bayar dalam Dong. 

Bab penjual roti daging yang guna motosikal, aku takde belilah, tapi aku terjumpa posting pasal si penjual.Yang mana berkopiah bagai tapi bukan islam, dalam posting tersebut beliau menanyakan samaada si penjual tu mualaf ke, si penjual berkata di non muslim dan dapat melariskan jualan roti dagingnya bila memakai kopiah dan ramai orang malaysia beli. Daging yang digunakan pun tak halal ...

Bab penjual buah-buahan pula, tengah dok sembang2 di situ di datangi si penjual buah yang promote longan, sambil menawarkan aku pada 70K dong aku bagitau nak 50K dong jer. Selepas tawar2 dia kata nak timbang dan menunjukkan timbangan 2KG, sorilah ya nak beli sbb mula2 katanya 50K dong ni timbang2 pulak, Dahlah tipu berat.. berhati2lah ya

Si penjual kopi yang tertudung adalah aku beli kopi disini, asben tanyakan kopi 3 in 1 yang sangat popular di vietnam 1 pack besar ada 50 sachet nak di jualnya 200k dong Aku bagitau asben takkan mahal bebenar...

Esoknya aku ke Lotte Mart di situ aku borong kopi, yang si penjual kopi nak jual 200k dong to lotte mart baru jer 100k dong. Di sini mall nyer sangat besar boleh beli baju2 dan tak payah sakit kepala tawar menawar. Kualiti recommeded.


Kesimpulan banyak2 negara yang aku pernah jejak inilah sejarah termasam aku lalui..












No comments:

Post a Comment