Monday, August 25, 2014

Penyewa pindah keluar

Aduhai .. cabaran2 tuan rumah kadang tu mmg agak stress jugak. Bulan june lepas ada seorang ibu yg beria2 nak sewa rmh untuk anaknya dan kawan2 kuliah. Awal bulan ni beri notis nak pindah keluar dengan alasan ada orang kacau .. notis pula diberikan verbally oleh kawan anaknya. Dan bagi tahu lagi seminggu nak pindah keluar sbb dah dapat rmh. Amboinya cepatnya.. asben bagi tahu notis mestilah sebulan tapi kalau nak keluar awal terpulanglah. Tup2 mak student tu kol kenapa suruh anaknya keluar awal, asben bagi tahu kawannya kata nak pindah awal bukan asben yg suruh keluar awal..

Minggu lepas anaknya kol asben bagitahu dorang dah sepenuhnya pindah keluar dan nak serahkan kunci. Ok finelah.. kunci pun ditinggalkan di kaunter makanan segera sbb rushing nak ke rembau..

Hari ahad aku n asben gilah ke rumah tu, mmg menyirap darah aku, rmh di dalam keadaan tidak memuaskan, ada sampah sarap ditinggalakn, bilik air dan kawasan dapur kotor dan tinggalan rak rak pinggan, meja study, peti ais pulak dibiarkan kotor.dan di off pulak tu. Masa nak masuk rmh dulu siap maknya sound rmh kena mop, kena bersoh, kat dapur.pun minta tikar getah walaupun ada mozek. Kononnya anaknya pembersih.. tapi bila keluar rmh hmm yealah pembersih sungguh anaknya..

Nak tak nak kenalah aku n asben bersihkan rmh sbbnya penyewa baru akan masuk 1hb sept..

Pagi tadi maknya htr message tuntut deposit refund.  Sepatutnya deposit burn sbb contract sewa adalah setahun tapi aku pulangkan sebulan sahaja.. message di balas oleh maknya macam perli ajer bahasanya. TA di signed itulah janji yang kena pegang, itupun tak syukur lagi aku refund sebulan..kalau aku burn pun ok jugakkan.

Itulah kadang2 liase dgn ibu bapa ni lagi banyak masalah sbbnya dorang akan demand macam2.. masa tu dorang ni terdesak sbb semester baru nak bermula takde rmh jadi dorang gunakan rmh aku ni sbg singgahan.. tapi firasat aku mengatakan anak dan kawan2 nya berpindah masuk ke hostel pelajar.

Insyallah akan lebih berhati2 dalam pemilihab penyewa.  Kawasan rnh ni mmg mudah nak dapatkan penyewa tapi kalau penyewa shory term ni mmg buang masa sbb nyer kena ulang proses dari mula.. lately mmg weekend aku busy dengan hal2 rmh.. semoga allah mempermudahkan urusan aku dan berikan kesihatan yang baik demi mencari rezeki yang halal... Insyallah

14 comments:

  1. saya pun penyewa baru duduk sebulan dah nak keluar. sakit hati juga

    ReplyDelete
  2. kalau student sewakan(lumsum) ikut semester. Nak naik sem depan bayar lain.(lumsum jugak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang bagus. tapi kalau kadar sewa kena bagi diskaun tak ?

      Delete
  3. Blh ikut normal rate kt area tu.. mcm uni yg kampus kwsan outskirt mmg byk buat cara ni(lump sum pyment utk 1 sem byr pkai duit ptptn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga.sng nak managed tenant. Juz monitor utilities bil jer kan

      Delete
  4. diskaun terpulang pada tuan rumah. win win solution. Saya dapat idea ni pun dari student jugak.. hee hee..

    ReplyDelete
  5. Salam kak! Seronok n teruja baca blog akak ni, banyak cerita2 menarik sebagai palabur hartanah. saya belom pernah ada property sendiri lagi, baru nak belajar2. harap suatu ari nanti bole jadi otai macam akak. aminn. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam .. tq2 sudi baca blog akak. Insyaallah ada rezeki nnt tu utk 1st house.. lps tu blh tambah lg. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

      Delete
  6. InsyaAllah.. byk yg perlu saya belajar lagi. Sekarng saya tgh belajar macamana nak main rumah lelong.. Sbb seronok baca yang akak penah dapat rumah lelong jauh lagi rendah dari market value. Jeles sgt! hehe

    ReplyDelete
  7. Lps ni ada posting menarik akak akan sharekan ..

    ReplyDelete
  8. ty kak. semoga terus dilimpahi rezeki yg baik dari Allah. :)

    ReplyDelete