Friday, June 13, 2014

Loan LULUS

Alhamdulillah loan rumah lelong sudah diluluskan oleh pihak Bank. MOF 70% jer dengan kadar BLR -2% , Tak sangka pulak loan ciput hanya RM32K++ dapat rate -2%.. kata banker rate ini atas recomendation dan jugak track record.. Kebiasaanya loan bawah 100K dapat BLR -1.7%. 

Bulanan RM165 ikat 30tahun, rumah tu boleh disewakan dengan kadar RM650 kosong.. adalah dalam RM430 extra. modal berbelas ribu jugak.. 

Setakat ini tak pernah lagilah bank reject application since DSR aku masih rendah, almaklumlah loan2 aku semuanya kecik2, tak afford nak beli mahal2. CCRIS mestilah cantik jugak, kalau tak cantik bank pun ssh nak bagi approval. Dorang pun kalau boleh semua loan nak diluluskan sbb lagi banyak lulus lagi cepat dapat reach target.  Jangan salahkan banker kalau loan tak lulus..

Semoga Allah melembutkan hati owner rumah lelong tu keluar dengan redha, walaupun dah nampak dia semacam ajer, aku percaya dia akan terima hakikat bahawa rumah ini bukan miliknya lagi .. Jika tidak, terpaksalah aku keluarkan dengan kuasa undang2.. 



2 comments:

  1. Cimbeng ke? Rezki btl dpt rate mcm tu

    ReplyDelete
  2. As Salam...boss, mcm mana kalu owner lama tak nak keluar rmh. Apa tindakan yg bole kita ambil sebgi owner baru bagi rmh yg menang lelong. Tk.

    ReplyDelete