Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Tuesday, January 10, 2012
Cerita pasal rumah
Sessi persekolahan anak2 dah bermula dan bermulalah kesibukan di pagi hari. Yang beshnya anak yang sulung dah pandai sterika baju sendiri, so jadi kalau aku tak sterika dia akan sterikakan.. walaupun masih tak setanding dengan quality ironing aku tapi bolehllah .. masih ingat lagi masa aku sekolah dulu, every weekend kena bakar kayu jadikan arang, lepas tu masukkan arang dalam iron arang.. nak masuk form 4 baru elektrik masuk ke kampung ... malam pakai lampu bateri kereta, kalau bateri habis pakai gasolin, kalau lampu gasolin buat hal, pakai pelita, TV hitam putih ajer pakai bateri kereta, itupun pasang waktu malam ajer ... pergi sekolah naik kereta tambang, satu kereta masuk almost 20 orang, riba2 sampai 2 layer .. once dah pandai bawa basikal, pergi sekolah kayuh basikal pulak, kalau hujan masa tulah dapat OFF day .. Sekarang ini zaman anak2 kita semuanya dah senang ...
Harga rumah sekarang naik mengila2 macam tak masuk akal. Rumah teres di kawasan rumah aku pun naik more than 250K tu without renovation. Tapi bukan semua kawasan yea, ada juga kawasan yang menjunam2 harga turun dan ada juga yang dulu takde orang minat nak beli sekarang ni orang dah minat seperti puncak alam, sungai buloh, putra perdana, semenyih. Mcm menyesal ajer tak beli rumah di puncak alam dulu.. la ni susah nak dapat good buy .. Harga rumah baru developer lagilah melampau2 mahalnya ..
Selak2 lelongtips ada satu dua yang aku shortlisted, ada yang aku rasa bagus untuk flipping.. petang tadi call banker katanya sekarang ni banknya mengetatkan syarat2 kelulusan pinjaman, banyak application yang tak lepas sbb bank megambil kira netting income selepas di tolak segala hutang dan EPF .. alhamdulillah aku boleh buat loan lagi tapi MOF 70% ajerlah. So yang rasa2 berhajat nak tambah rumah tu better check dengan banker dahulu terutamanya sebelum beli rumah dari lelongan. Kalau HL tak lulus boleh cuba buat PL, tapi dua2 tak lulus tak ke haru namanya [pinjam kata2 AE :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment