Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Tuesday, January 3, 2012
Esok sekolah dah buka
Hari ini aku masih berholiday di rumah, actually aku tersilap ambil cuti sebabkan ingatkan sekolah mula hari ini rupanya bermula esok. BTW, since aku cuti dah approved dan boss dustbin aku pun berholiday sampai hujung minggu ni jadi malas aku nak buat leave cancellation. Lagipun semua buku2 dan bayaran tambahan aku dah bayarkan cuma bayaran bas sekolah belum bayar lagi. Selalunya aku bayar tambang bas sekaligus untuk 11 bulan. Insyaallah esok lepas balik kerja aku akan jumpa dengan kakak driver bas settlekan. Bayaran yuran KAFA pun aku bayar untuk tempoh 11 bulan minggu lepas. Menurut ustazah KAFA masih ada ibubapa yang masih belum jelaskan bayaran yuran sekolah tahun lepas anak mereka. Tak banyak pun cuma RM20 ajer bayaran bulanan.
Anak2 semuanya excited nak pergi sekolah esok, kasut sekolah pun dah ready di muka pintu rumah.Harapan aku tahun ini ialah anak sulong aku yang masuk form 1 menumpukan perhatian yang lebih pada pelajaran. Keputusan UPSR yang lalu tidak memberangsangkan. Walaupun begitu aku tetap berbangga dengan dia.
Btw, pada minggu lepas sepatutnya aku aku membida sebuah rumah di Cheras tapi called off sehari sebelum lelongan.. hmm takde rezeki. Kalau dapat mmg menjanjikan +CF almost RM300 selepas di tolak loan installment dan maintenance. Insyaallah aku akan membida sebuah landed property pada bulan March nnt itupun kalau tak called off.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment