Baru Semalam lawyer ipoh bank in reimbursement claim bayaran maintenance dan cukai pintu untuk unit di Bukit Merah. Inilah rekod paling lama dapat balik duit dari bank pelelong. Pembelian di buat pada hujung bulan november 2010, pembayaran di buat pada bulan 2, 2011. Walaupun tak banyak tapi duit jugak kan.. Aku pun macam naik malas nak buat follow up dengan lawyer.. akhirnya dapat juga duit aku balik. Pindah milik semuanya dah completed.
So far unit di BM ni okay jugak dengan returnnya, bukan tiap-tiap hari ada orang nak sewa tapi masa cuti sekolah pada bulan 11 dan 12 sambutan pun amat mengalakkan.
Yang aku benggang sangat ada owner yang cilok gambar advertisement aku dan publish di tempat yang sama aku advertised. Ada juga guest yang call dan keliru, terpaksalah aku komplen pada syarikat iklan suruh dorang tarik balik gambar yang di cilok dari advertisement aku. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang untuk buat tempahan pada unit persendirian kalau dorang buat macam ni bukan aku saja yang tak dapat booking, dia pun sama juga. Almaklumlah sekarang ni banyak sangat penyangak-penyangak penipu yang kerjanya nak ambil duit orang.
Salam,
ReplyDeleteSekadar ingin tahu,bagaimana nak tahu urusan pindah milik dah selesai.Apa doc yg perlu ada bila pindah milik dah selesai terutama dalam urusan pembelian rumah lelong.Berapa lama slalunya urusan pindah milik tu leh siap.
Terima Kasih.
Riza
Waalaikumussalam ..
ReplyDeleteSenang ajer kalau rumah yang belum ada tittle, lawyer akan beri kita Deed Of Assignment. Kalau dah ada tittle kita akan dapat salinan geran. Geran asal bank yang simpan. MASA ni bergantung dgn kepantasan lawyer yang kita appointed buat kerja, tapi kalau response dari lawyer bank pelelong, bank dan developer slow, slow jadinya. So far 2 buah rumah yang sy beli thru lelong dapat diselesaikan dlm masa 90 dan 120 hari, 2 kes extended 2 bulan dan satu kes setahun lebih.