Monday, March 28, 2016

Tiada lagi -CF

Rumah yang 1st aku beli adalah 16 tahun yg lalu yang mana aku 0 dari segi pengetahuan apa yang harus dilakukan, harus diambil kira sebelum beli. Alasan masa tu gaji aku dan asben kecil, nak bayar sewa rumah RM450 pun dah rasa tinggi dah. Masa tu ingat kalau beli rumah ni dapat jimat dalam RM200 sebulan. RM200 tu banyak tu, banyak benda boleh beli.

Endup atas faktor pengangukutan aku menyewakan rumah ini, penyewa 1st dan 2nd okaylah, takde masalah. yg masuk ke 3 dah ada masalah, sampai tertunggak berbulan, endup dia keluar dengan tak bayar, yang ke4 pun problem jugak, Yang ke 5 pun sama jugak, berbulan2 tak bayar. kita biarkan rumah ni kosong selama 2 tahun sbb dah give up melayan karenah penyewa. 

Ada staff tempat kerja yang kena pindah dari hostel sbb company minta dia keluar sbb dah resign dari syarikat. Ada kawan dia bagi tau yg asben ada rumah kosong, minta kasihan supaya sewakan pada dia, masa masuk 0 deposit dan asben minta dia bayar ansuran deposit berserta sewa setiap bulan. Lepas tu dia ddk rumah tu berdua dengan kawannya. Oklah, bayar ada yang sangkut tapi bulan depannya dia bayar. Kawan2 kata asben lebih kurang ajerlah. Lagipun gaji dorang kecil RM700-800 sebulan jer. Lepas setahun dia berkahwin dengan staff asben, bila dah berkahwin mulalah buat hal, tertunggak sewa bulanan. Rupanya sengaja tak nak bayar sebab aim nak pindah dan balik negeri. Walaupun berkahwin kawannya yang namanya mat duduk disitu jugak.. 

Satu malam si Mat ni datang bagitau yang kawannya dan isterinya sudah balik negeri dapat keja gomen sebagai driver di Hospital Gua Musang. Katanya dia nak menyewa rumah tu dan bagitau dapat notis pemotongan letrik sebab kawannya tidak membayar bil. Minta tolong asben bayarkan separuh dari jumlah total bil. Si Mat ni pun driver jugak, gaji kecik katanya. 0 deposit sewa 0 deposit api/air asben bagi rumah ni ..

Ada pernah 3 bulan tak bayar sewa rumah, bila asben tanya kenapa, jawapannya ialah nak kumpul duit kahwin.. lepas kahwin mula buat hal. 2 bulan sekali bayar sewa. Asben kol dan message jarang nak balas.  Bulan Jan aku dan asben gilah rumah ni bertanyakan pasal duit sewa, jawapannya ialah sewa yang nak dibayat sikit sangat, malas nak ke bank... masa datang tu dia bagilah sebulan sewa.. nnt nak bank in lagi .. tunggu2 tak masuk2

Bulan Febnya sama jugak tak bayar2. Asben dah panas hati, terus ke rumah dan bagi tau rumah dalam proses jual minta dia kosongkan rumah. Esoknya isterinya text asben tanyakan betul ke rumah sudah di jual. Asben malas nak melayan sbb dah penat nak melayan karenah macam ni. Hari selasa lepas asben gi rumah tu dan dapati rumah dah kosong dan terdapat unsur2 khianat kepada rumah tu dengan sengaja merosakkan pintu, menconteng dinding dan pintu... 

Walaupun aku tahu kadar sewa di sini agak tinggi tapi sebab kasihan dengan mereka ini, sewa aku tak naikkan selama 8 tahun. Niat baik aku untuk menolong golongan " kawan2" inilah setiap bulan aku kena top up RM150 untuk bayaran bank.. 

Hari Rabu ak advertised dan banyak pontential tenant nak datang tengok da ada nak terus bayar booking. Aku setkan sapa2 nak tengok datang hari sabtu dan ahad. Alhamdulillah ada group ladies datang 1st terus bayar deposit.. Kadar sewa ni adalah 3X ganda dari rate yang aku sewakan pada Mat.. 

Mulai hari ini sudah tiada lagi istilah -CF untuk semua rumah sewa aku . 

Friday, March 25, 2016

MC, Bonus dan Projek Limau Nipis

Sudah melepasi 2 bulan aku hospitalization leave, duduk di rumah. Minggu depan ada appointment dengan doctor, harapnya tulang yg patah bercantum semula. So far tangan aku dah 85% berfungsi seperti sediakala cuma tak leh nak angkat barang berat2lah. Tak pasal2 tercabut pulak skru2 nyer, seriuh jugakkan. Berita bonus tahunan dan increment keluar isnin lepas.. Bonus okaylah lebih sikit kot dari tahun lps, bab increment kurang. Company aku NI pelik sikit, kalau Bonus lebih, increment kurang, kalau bonus sikit increment bagus.. Apa2pun syukur alhamdulillah kalau dibandingkan dengan mereka2 yang tidak bernasib baik, kena potong gaji, takde increment, takde bonus.. Kerja selagi boleh... he2

Minggu lepas aku dan anak2 pulang ke kampung. Aku drivelah.. slow2 perjalanan mengambil masa 3jam lebih jugak.. Balik ni sebab menjenguk kebun limau nipis aku dan jugak nak monitor kontraktor buat store barang. Hall rumah mak aku dah jadi macam store pulak, dengan pam racun, paip2 kebun, alatan kebun.  Kebun limau aku ni betul2 sebelah rumah jer... 

Alhamdulillah pilot projek limau nipis 50 pokok hidup dan ada juga yang mati sbb aku gatal2 tangan pakai taram letak baja lebih, akibatnya ada 2 pokok yg mati.. dapatlah ceramah free dari mak aku... dan mak aku beli dan ganti pokok limau nipis :)

Ada juga yg lambat membesar sebab naung di bawah pokok rambutan. Sebelum balik mak dah suruh orang tebang pokok rambutan. Lagipun pokok rambutan ni pun dah lama, banyak yang rosak. Sekarang ni semua 50 pokok di bawah sinar matahari, terus nampak perubahan.. 

Untuk fasa kedua penamanan limau nipis seedless ni kenalah tebang pokok2 .Asben balik hari jumaat dan minta harga borong tebang semua pokok2 yang tidak perlu. Dalam 20 pokok jugak nak di tebang. Pakej tebang termasuklah mengerat dan mengumpul supaya senang untuk di bakar. Upahnya RM600 jer .. harga kampung. Dua hari dah siap.

Anak2 pokok limau nipis pun aku dah beli 156 pokok. Insyallah pada awal april aku akan balik ke kampung untuk proses pembakaran dan penamaman mungkin di lakukan selepas 2 minggu. Kena tunggu musim hujan, sbb senang pokok nak hidup.

Pokok limau ni takde musuh, penjagaan yg mudah dan memberi pulangan yang baik. Harapnya projek limau di tanah seekar ini berjaya. Jika berjaya insyaallah aku akan tanam lagi di tanah 2 ekar yang aku beli tahun lalu pun berdekatan dengan rumah mak aku. 

Harga ladang limau nipis ni boleh tahan jugak RM4-5 sekilo, econsave sekilo RM9.50, NSK RM8.99 .. 

Balik ke kampung aku ada juga survey tanah getah yang hendak di jual, dalam 15 minit jugak kalau dari rumah aku, kalau dari rumah mak dalam 25 minit jugak. Tanah pusaka ni, peliknya owner tak tahu yang tanah ni di toreh... sbb owner tak duduk di sini. Tanah pusaka ini dipindahmilik tahun lepas bulan october.. aku rasakan ada sesuatu yg tidak kena. Aku offer harga yang aku rasakan patut dan owner tengah dok pikir2 dengan tawaran aku ... 

pokok limau purut... pokok kelapa tu dah tebang..

store belakang 15x10,, awning depan 15 x8 

tiang depan.. kalau perasan tin2 susu diikat utk takutkan kaki 4 yang jadikan tanah aku ni highway dorang. lepas ni naik pagar sekolah .. 



Sunday, February 14, 2016

2016 Tahun Cabaran dan Dugaan

Entry pertama tahun 2016 ... tahun 2015 tahun yang sibuk, banyak kerja dengan hal ehwal keluarga dan hartanah.

Bulan lepas aku ditimpa kemalangan d rumah, patah di pergelangan tangan, masuk besi dan kena 20 jahitan d lengan. La ni tangan kanan tengah dalam pemulihan, aku  . MC sampai 31st March.. MC juga d rumah dari segala tugas .. La ni asben n anak2 yg buat semua keja rumah

Tahun 2016 tahun yg mencabar untuk kita semua, banyak cerita yg tak sedap... semua orang terasa bahangnya.

Hampir sebulan aku berehat d rumah ni, hari2 aku godek info2.. sambil2 usha listing lelong dan subsale..

Akhirnya dapatlah  satu deal subsale yg menarik apartment di lokasi yang HOT iaitu di Shah Alam, 3 bilik 1 bilik air yang berkeluasan 700sft.. tkt 3 berharga RM95K sahaja dengan min rentalnya ialah RM800 basic. Keluar pintu rumah dah nampak bus stop ke UITM, ke PJ, ke KL, Bank, Pejabat POS, kedai mamak, 7E, KK semua kedai ada.. owner bersetuju signed SPA jer rumah akan d serahkan, almaklumlah owner dah habis hutang bank.

Actually aku penah masuk bid rumah d kawasan yang sama tapi unit nya 2 bilik, last price 90K.. itupun tahun lepas. Setelah pengiraan d buat dan aku n asben decided beli rumah ni. Insyaallah semoga d permudahkan.

La ni banyak jugak unit2 lelong yg menarik, tapi persaingannya pun hebat. Insyallah akan turun mencuba nasib dalam masa terdekat ini.

Port Gregory

Kalbarri .. Lautan Hindi 

Pink Lake.. Tasik Garam, BASF

Allendale Pool

Friday, November 6, 2015

Buyer Market ?

Pada pandangan aku ni, lately sektor hartanah mengalami sedikit penurunan.Kalau projek baru2 tu tak dalah, meingkat tu adalah. 
Kalau aku perhatikan sekarang ni, semacam ada trend dimana owner2 seolah2 terdesak menjual hartanah mereka. Kalau dulu kita lihat hartanah yang dijual " overpriced " lebih dari market value.

"Buyer market" yang mana pembeli boleh nego2 price yang dirasakan munasabah. Oh ya, bagi mereka yang membeli projek baru2 untuk tujuan Flip tu agak terasalah sikit sbb, harga tidak " begitu cantik untuk di lepaskan.. Dulu beli guna DIBS, dah siap dah kena bayar monthly installment. Bagi mereka yang ada power holding, takde yang masalahlah. Kadar sewaan pun mengalami sedikit penurunan.

Cuma aku takutkan kalau ini berlaku pada negara kita, harga makanan meningkat, kadar beli rakyat mengecil,nilai RM semakin mengecil, akan tetapi asset tetap, hartanah mengalami kejatuhan harga. Takut untuk aku nyatakan disini kesannya pada kita. 

Sebagai pelabur hartanah, inilah masanya untuk kita bersiap2 sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tentunya peluang2 terbaik. 


Saturday, October 24, 2015

Takut Nak Berhutang

Banyak aku dengar, rumah sekarang ni mahal2 belaka, harga tak masuk akal. Hanya mampu menyewa, tak mampu nak beli rumah .. Orang yang berduit jer boleh beli rumah. Inilah keluhan2 biasa yang kita dengar disekeliling kita kan.

Kadang2 aku jadi sakit telinga dan sakit hati. Masalah golongan ini adalah EGO, nak beli rumah idaman dorang lebih dari kemampuan. Bila ada rumah yang dijual dalam range kemampuan tak nak pulak. Nak tunggu yang lebih baik, lebih mahal dan dah di luar kemampuan. 

Mampu beli Flat,  tak nak sebab nak jaga standard, nak beli apartment, bila loan reject, sbb DSR atau rekod CCRIS\CTOS tak cantik, salahkan bank, susah nak bagi loan.

Mampu beli Apartmemt, nak beli condo, nak rumah yang ada tanahlah dan macam2 lagi.

Ada jugak tu beli rumah di kampung sebab sana lebih murah dan menyewa di KL. Sedangkan rumah di kampung tu di biarkan kosong, bulan2 bayar bank, bulan2 bayar sewa rumah... Lagi rugi.. Tapi mentaliti ini ialah takpa nanti tua2 boleh duduk, betul tu, kalau sekarang ini umur 35 nak tunggu lagi 20 tahun baru boleh fully duduk rumah di kampung ..

Ada yang asyik dok kata tahun depan rega rumah turun, tahun depan nak belilah. Macam2lah alasan dorang. Tapi kalau nak tukar kereta lagi besau, tak payah nak fikir banyak kali, esok terus booking, minggu depan sudah dapat .. 

Ada jugak tu yang kononnya pinjam personal loan untuk tutup lubang, okaylah lubang sudah kasi tutup, yang lebih tu untuk simpanan, endup melebur ajer. Bulan2 still kena bayar pada bank. Ini kononnya pusing2 duit, dah banyak pusing, lama2 pitam ..

Jadi kalau kita 'tak takut' berhutang kereta yang tak menjana pendapatan tambahan kenapa pula 'takut' berhutang rumah..



Thursday, October 22, 2015

Submit Loan dan Intai2 tambah rumah

Hari isnin yang lalu aku ke BNM checkkan rekod CCRIS, mana taukan kot ada timbul '1' ker kan. Alhamdulillah semua rekod semuanya '0', maknanya aku adalah pembayar hutang yang baik... Takde langsung timbul figure lain selai '0'.

Loan pun dah submitted, insyaallah takde masalah, lagi pun DSR okay lagi walaupun aku tak masukkan income sewaan rumah. DSR based pada makan gaji.  Loan kecik2, tu boleh masuk quota rumah lebih sikit... 

Semalam aku terpandang pulak, satu landed yang WOW, bawah market value. Keluasan tanah almost 4000sft, dah ada rumah, tapi kena repairlah, kasi cantik. Aku cuba nego2 dengan agent, hmmm katanya sesen pun owner tak nak kurangkan. Hari ni asben aku pulak nego, offer sekian2 harga... 

Rambang mata aku di buatnya, tggu agent bagi feedback camna, kalau okay, aku akan proceed. Agent pun setuju untuk markup loan.. 

Untuk rumah JV dengan kakak, BPP dah kasi consent dan sekarang tggu kelulusan PTG. 

Jom intai2 subsale pulak, ada juga peluang2 beli rumah bawah Market Value. Kena rajin study market kat situ dulu, rmh tak cantik takpe janji tiap2 bulan senyum lebar .. 

Sunday, October 18, 2015

Satu Lagi Landed Diperolehi

Alhamdulillah, hari ni berjaya beli sebuah lagi landed, double storey, medium kos dan ianya FREEHOLD... Majoriti penduduk adalah melayu.

Sebelum ini ada tengok advertisement, bila kol agent katanya rumah dah ada buyer. Sebelum gi survey aku bersms dengan agent, tapi rupanya dia ni adalah owner. mg aku suka sangat deal dengan direct owner sebab dorang boleh bagi good discount..  Dari sudut rental boleh cecah RM600-750 sebulan. Boleh cober monthly installment dan juga possitive cash flow. Cukup masa boleh tuai secara lumpsum ... Masa meet up tadi, owner dah bagi salinan IC dan copy SNP. 

Banyak projek2 baru naik kat sini, untuk landed harganya at least RM1/2 juta keatas. Kalau nak jual balik agaknya berapa pulak nak dijual. Kasihan pada mid range income, tak dapat beli rumah nanti. Jadi dengan trend pembangunan sebegini aku jangkakan golongan ini akan tertumpu pada secondary market yang mampu milik.. 

Golongan ini ada pilihan untuk membeli rumah dari range harga yang bersesuaian. Pendapat aku kenapa tidak kita sebagai pelabur hartanah kecil ini membeli rumah pada harga sekian2 dari secondary market, peram sekejap, habis tempoh RPGT dan menjualkan semula untuk kumpulan sasaran tadi.

Aku selalu ingatkan pada diri aku, buat yang realistik bukan saja2 nak ikut orang...