Friday, March 25, 2016

MC, Bonus dan Projek Limau Nipis

Sudah melepasi 2 bulan aku hospitalization leave, duduk di rumah. Minggu depan ada appointment dengan doctor, harapnya tulang yg patah bercantum semula. So far tangan aku dah 85% berfungsi seperti sediakala cuma tak leh nak angkat barang berat2lah. Tak pasal2 tercabut pulak skru2 nyer, seriuh jugakkan. Berita bonus tahunan dan increment keluar isnin lepas.. Bonus okaylah lebih sikit kot dari tahun lps, bab increment kurang. Company aku NI pelik sikit, kalau Bonus lebih, increment kurang, kalau bonus sikit increment bagus.. Apa2pun syukur alhamdulillah kalau dibandingkan dengan mereka2 yang tidak bernasib baik, kena potong gaji, takde increment, takde bonus.. Kerja selagi boleh... he2

Minggu lepas aku dan anak2 pulang ke kampung. Aku drivelah.. slow2 perjalanan mengambil masa 3jam lebih jugak.. Balik ni sebab menjenguk kebun limau nipis aku dan jugak nak monitor kontraktor buat store barang. Hall rumah mak aku dah jadi macam store pulak, dengan pam racun, paip2 kebun, alatan kebun.  Kebun limau aku ni betul2 sebelah rumah jer... 

Alhamdulillah pilot projek limau nipis 50 pokok hidup dan ada juga yang mati sbb aku gatal2 tangan pakai taram letak baja lebih, akibatnya ada 2 pokok yg mati.. dapatlah ceramah free dari mak aku... dan mak aku beli dan ganti pokok limau nipis :)

Ada juga yg lambat membesar sebab naung di bawah pokok rambutan. Sebelum balik mak dah suruh orang tebang pokok rambutan. Lagipun pokok rambutan ni pun dah lama, banyak yang rosak. Sekarang ni semua 50 pokok di bawah sinar matahari, terus nampak perubahan.. 

Untuk fasa kedua penamanan limau nipis seedless ni kenalah tebang pokok2 .Asben balik hari jumaat dan minta harga borong tebang semua pokok2 yang tidak perlu. Dalam 20 pokok jugak nak di tebang. Pakej tebang termasuklah mengerat dan mengumpul supaya senang untuk di bakar. Upahnya RM600 jer .. harga kampung. Dua hari dah siap.

Anak2 pokok limau nipis pun aku dah beli 156 pokok. Insyallah pada awal april aku akan balik ke kampung untuk proses pembakaran dan penamaman mungkin di lakukan selepas 2 minggu. Kena tunggu musim hujan, sbb senang pokok nak hidup.

Pokok limau ni takde musuh, penjagaan yg mudah dan memberi pulangan yang baik. Harapnya projek limau di tanah seekar ini berjaya. Jika berjaya insyaallah aku akan tanam lagi di tanah 2 ekar yang aku beli tahun lalu pun berdekatan dengan rumah mak aku. 

Harga ladang limau nipis ni boleh tahan jugak RM4-5 sekilo, econsave sekilo RM9.50, NSK RM8.99 .. 

Balik ke kampung aku ada juga survey tanah getah yang hendak di jual, dalam 15 minit jugak kalau dari rumah aku, kalau dari rumah mak dalam 25 minit jugak. Tanah pusaka ni, peliknya owner tak tahu yang tanah ni di toreh... sbb owner tak duduk di sini. Tanah pusaka ini dipindahmilik tahun lepas bulan october.. aku rasakan ada sesuatu yg tidak kena. Aku offer harga yang aku rasakan patut dan owner tengah dok pikir2 dengan tawaran aku ... 

pokok limau purut... pokok kelapa tu dah tebang..

store belakang 15x10,, awning depan 15 x8 

tiang depan.. kalau perasan tin2 susu diikat utk takutkan kaki 4 yang jadikan tanah aku ni highway dorang. lepas ni naik pagar sekolah .. 



No comments:

Post a Comment