Thursday, October 22, 2015

Submit Loan dan Intai2 tambah rumah

Hari isnin yang lalu aku ke BNM checkkan rekod CCRIS, mana taukan kot ada timbul '1' ker kan. Alhamdulillah semua rekod semuanya '0', maknanya aku adalah pembayar hutang yang baik... Takde langsung timbul figure lain selai '0'.

Loan pun dah submitted, insyaallah takde masalah, lagi pun DSR okay lagi walaupun aku tak masukkan income sewaan rumah. DSR based pada makan gaji.  Loan kecik2, tu boleh masuk quota rumah lebih sikit... 

Semalam aku terpandang pulak, satu landed yang WOW, bawah market value. Keluasan tanah almost 4000sft, dah ada rumah, tapi kena repairlah, kasi cantik. Aku cuba nego2 dengan agent, hmmm katanya sesen pun owner tak nak kurangkan. Hari ni asben aku pulak nego, offer sekian2 harga... 

Rambang mata aku di buatnya, tggu agent bagi feedback camna, kalau okay, aku akan proceed. Agent pun setuju untuk markup loan.. 

Untuk rumah JV dengan kakak, BPP dah kasi consent dan sekarang tggu kelulusan PTG. 

Jom intai2 subsale pulak, ada juga peluang2 beli rumah bawah Market Value. Kena rajin study market kat situ dulu, rmh tak cantik takpe janji tiap2 bulan senyum lebar .. 

1 comment: