Monday, March 28, 2016

Tiada lagi -CF

Rumah yang 1st aku beli adalah 16 tahun yg lalu yang mana aku 0 dari segi pengetahuan apa yang harus dilakukan, harus diambil kira sebelum beli. Alasan masa tu gaji aku dan asben kecil, nak bayar sewa rumah RM450 pun dah rasa tinggi dah. Masa tu ingat kalau beli rumah ni dapat jimat dalam RM200 sebulan. RM200 tu banyak tu, banyak benda boleh beli.

Endup atas faktor pengangukutan aku menyewakan rumah ini, penyewa 1st dan 2nd okaylah, takde masalah. yg masuk ke 3 dah ada masalah, sampai tertunggak berbulan, endup dia keluar dengan tak bayar, yang ke4 pun problem jugak, Yang ke 5 pun sama jugak, berbulan2 tak bayar. kita biarkan rumah ni kosong selama 2 tahun sbb dah give up melayan karenah penyewa. 

Ada staff tempat kerja yang kena pindah dari hostel sbb company minta dia keluar sbb dah resign dari syarikat. Ada kawan dia bagi tau yg asben ada rumah kosong, minta kasihan supaya sewakan pada dia, masa masuk 0 deposit dan asben minta dia bayar ansuran deposit berserta sewa setiap bulan. Lepas tu dia ddk rumah tu berdua dengan kawannya. Oklah, bayar ada yang sangkut tapi bulan depannya dia bayar. Kawan2 kata asben lebih kurang ajerlah. Lagipun gaji dorang kecil RM700-800 sebulan jer. Lepas setahun dia berkahwin dengan staff asben, bila dah berkahwin mulalah buat hal, tertunggak sewa bulanan. Rupanya sengaja tak nak bayar sebab aim nak pindah dan balik negeri. Walaupun berkahwin kawannya yang namanya mat duduk disitu jugak.. 

Satu malam si Mat ni datang bagitau yang kawannya dan isterinya sudah balik negeri dapat keja gomen sebagai driver di Hospital Gua Musang. Katanya dia nak menyewa rumah tu dan bagitau dapat notis pemotongan letrik sebab kawannya tidak membayar bil. Minta tolong asben bayarkan separuh dari jumlah total bil. Si Mat ni pun driver jugak, gaji kecik katanya. 0 deposit sewa 0 deposit api/air asben bagi rumah ni ..

Ada pernah 3 bulan tak bayar sewa rumah, bila asben tanya kenapa, jawapannya ialah nak kumpul duit kahwin.. lepas kahwin mula buat hal. 2 bulan sekali bayar sewa. Asben kol dan message jarang nak balas.  Bulan Jan aku dan asben gilah rumah ni bertanyakan pasal duit sewa, jawapannya ialah sewa yang nak dibayat sikit sangat, malas nak ke bank... masa datang tu dia bagilah sebulan sewa.. nnt nak bank in lagi .. tunggu2 tak masuk2

Bulan Febnya sama jugak tak bayar2. Asben dah panas hati, terus ke rumah dan bagi tau rumah dalam proses jual minta dia kosongkan rumah. Esoknya isterinya text asben tanyakan betul ke rumah sudah di jual. Asben malas nak melayan sbb dah penat nak melayan karenah macam ni. Hari selasa lepas asben gi rumah tu dan dapati rumah dah kosong dan terdapat unsur2 khianat kepada rumah tu dengan sengaja merosakkan pintu, menconteng dinding dan pintu... 

Walaupun aku tahu kadar sewa di sini agak tinggi tapi sebab kasihan dengan mereka ini, sewa aku tak naikkan selama 8 tahun. Niat baik aku untuk menolong golongan " kawan2" inilah setiap bulan aku kena top up RM150 untuk bayaran bank.. 

Hari Rabu ak advertised dan banyak pontential tenant nak datang tengok da ada nak terus bayar booking. Aku setkan sapa2 nak tengok datang hari sabtu dan ahad. Alhamdulillah ada group ladies datang 1st terus bayar deposit.. Kadar sewa ni adalah 3X ganda dari rate yang aku sewakan pada Mat.. 

Mulai hari ini sudah tiada lagi istilah -CF untuk semua rumah sewa aku . 

No comments:

Post a Comment