Thursday, July 25, 2013

Berganti Penyewa, bertambah +CF

Penyewa rumah Cheras bertukar ganti setelah penyewa lama menyewa hampir 2 tahun. Sewa rumah mmg cantik  tak perlu nak remind dia, mmg masuk. Katanya dapat kerja gomen di negerinya.

Walaupun begitu yang bagusnya aku menaikkan sewa RM50 untuk penyewa baru yang mana menambahkan lagi +CF ke RM330 sebulan, Alhamdulillah .. Penyewa pun baru berkahwin dan seorang staff bank di KLCC dan suaminya pulak seorang engineer. Bab pemilihan penyewa ni aku mmg agak cerewet, mmg preferred pada pasangan yang baru berkahwin dan juga penyewa wanita. Sebabnya kebiasaannya mereka jarang buat hal dan prompt bayar sewa. Penyewa lama keluar pagi, penyewa baru masuk malam .. kiranya takdelah rumah tu kosong. 

Bab rumah di Klang pulak, asben dapat call dari kakak JMB pangsapuri menanyakan samada penyewa aku berpindah keluar ke. Asben cakap, penyewa tak cakap apa2 pun. Kakak tu bagitau yang ada lori ambil angkut keluar barang dari rumah aku... hmmmm.. contact penyewa tak berangkat pulak ...

Esoknya kakak tu confirmed bagitau yang penyewa aku dah LARI .. lari pun larilah aku pun suka .. sbbnya aku tak rugi apa2 sebab aku masih pegang duit deposit penyewa.. lagipun penyewa ni bayar sewa selalu lewat tapi tak tertunggak ..  

Malamya ke rumah tu, mmg rumah di tinggalkan bersama2 dengan perabut2  yang masih boleh di pakai...nasib baik juga aircond aku tak di kebasnya ..

Rumah perlu di kemaskan dan di cat semula ..

Since hari sabtu asben ada kelas d inspen jadi kerja2 mengemas dan mengecat di lakukan tengah malam sampai waktu sahur, tidur dan paginya meneruskan kerja2 sampai ke malam .. mmg penatlah ..

Minggu seterusnya macam tu jugak .. akhirnya disiapkan dalam 2 kali visit.. nampak berseri2 rumah ni ... 

Asben ni kalau rumah tak kemas dia takkan bagi potential penyewa tengok .. katanya malu .. 

Dapat  banyak kol bertanyakan rumah ni .. akhirnya finalised penyewa yang mempunyai anak dan mereka ni datang dari Pahang semata mencari2 rumah sewa sebabnya wifenya kena transfer ke klang.. rumah ni mmg dekat sangat dengan tempat kerja nnt ..rumah ni kosong selama 3 minggu jugak .. btw masih di cover dengan deposit penyewa lama

Penyewa baru juga minta asben carikan baby sitter, since asben kenal dengan Kakak JMB dia minta tolong carikan.. At last dapat juga baby sitter penyewa baru aku ..
Har ini aku akan serahkan kunci pada adik penyewa esoknya dorang datang bersama2 dengan lori membawa barangan dari Pahang ..

Apa2pun untuk rumah ni, ada penambahan CF sebanyak RM80.. yang best rumah ni aku sediakan aircond dan juga water pump... incase kalau air low pressure, dorang boleh on kan water pump ni .. 

Dah dapat penyewa baru, rumah di Balakong pula bagi notis keluar pada hujung bulan ogos .. Dah advertised , banyak dapat kol dan berjaya dapat penyewa seperti kriteria yang aku mahukan iaitu pasangan yang baru berkahwin .. ada  juga penambahan CF sebanyak RM50 dari rumah ni..

Terdapat penambahan CF sebanyak RM180 setelah bertukar penyewa... pertukaran penyewa bukanlah satu musibah tapi juga memberi kita sebagai tuan rumah mendapat sewa pada harga sewaan terkini .. btw, kalau tempat yang susah sangat nak dapatkan penyewa mmg satu musibah ... 

Aku dah serve notice pindah keluar pada kilang yang menyewa rumah teres di cheras .. dah 4 tahun dorang menyewa .. aku ni continue sewa dari owner lama sebenarnya .. Insyaallah nak renovate rumah ni .. buat porch, pasang tiles, tambah bilik air, buat table top dapur .. Takda masalah sangat nak monitor sebabnya rumah ni dekat sangat dengan tempat tinggal aku .. dalam 2 KM ajer ..target aku lepas penambahan sewa aku nak at least 10% dari kos renovate.. boleh kot .. 

Masuk lelong asyik kalah ajer .. lebih baik aku renovate rumah at least aku dapat jugak penambahan dari segi sewa.

Saturday, July 6, 2013

Apa2 aje

Sebulan lebih tak mengupdate blog ni. 
Banyak perkara berlaku...

Dua minggu anak sedara belah asben meninggal dunia di HTAR, Klang, umur baru 11bln, operate 3x di IJN dan satu paru2 kecut dan sepanjang hidupnya di IJN dan HTAR, hanyta seminggu saja merasa di bawa balik rumah. Aku n asben membawa arwah balik ke rumah adik ipar ke Shah Alam, menitis airmata ni, masa melihat arwah. Allah lebih menyayanginya..

Di opis pulak sibuk pulak, user asyik cari aku ajer, mcm2 projek ...masa bln puasa weekend ada system upgrade.. nak mengadap user2 cerewet...  lepas raya lg sibuk weekend pun kena kerja sbb opis akan berpindah ke bangunan baru yang areanya sesak .. tak boleh hint sbb nnt uols tahu kerja kat mana.. aku ni low profile .. even rami staff2 pun hanya tahu nama aku tapi tak tahu sapa aku..

Kebun di kampung pun dah selamat di paritkan dan telah di tanam dengan 800 pokok pisang... anak pokok pisang dan tanam sekali RM1.30 sepokok. murah .. kalau aku nak tanam mmg tak laratlah.. esok lepas kelas asben di INSPEN akan terus ke kampung sampai hari Isnin .. nak tanam serai, kunyit dan pokok limau nipis.. nak berjasa pada tanah pulak.. aku kan orang kampung jadi tua2 nnt aku mmg nak duduk di kampung, aman, damai, tenang. anak aku mmg tak suka kalau aku bagitau nak duduk di kampung ... siap bagitahu lagi "mummy mesti duduk dengan adik " ... 

Alhamdulillah aku tumpang gembira anak sedara kembar aku dapat posting cikgu nun di sarawak dan yang seorang lagi baru  habis law di UIA, dan start kerja di law firm.. 

Insyaallah esok akan turun membida sebuah flat murah2 ajer.. rumah okay lagi tp persekitarannya kureng sikit tapi market sewa mmg ada .. sewa pada kilang2 ... kalau mmg RP mmg kena settle cash .. asyik2 kalah ajer lately ...  rumah ni medium cost, developer dah bungkus tapi freehold .. sampah sarap mmg bertimbun2 .. 





Sunday, May 26, 2013

takde rezeki kakak dan kebun d kampung


Minggu lepas aku turun untuk membida sebuah landed  untuk kakak . Unit dilelong pada kali ke dua.jangkaan aku takde org sbb kawasan tak hot..

Masa register aku dapat tahu yg aku adalah org yg ke 15 yang daftar.. adohai
. Aku perhatikan ada beberapa unit yang mempunyai lebih dari satu pembida mereka kawtim untuk memberi laluan kepada seorang pembida sahaja. So that dapat RP..

Masa sesi lelongan aku dapati akulah heroin kerana semua pembida adalah lelaki
. Lawan2 harga dah lebih limit yang kakak tetapkan
.. takde rezeki.. abg ipar sedih sangat sbb tak dapat. Unit ini..sbb dia mmg nak sangat.

Insyaallah aku akan turun lg utk membida sebuah landed utk kakak yang mana unit ini satu kawasan perumahan dengan aku dan juga bersebelahan dengan rumah opis mate.. harap2   aadalah rezeki kakak kali ni..

Pada waktu terdekat ni juga aku akan turun lg untuk membida sebuah apartment yg jauh nun di sana .. tunggakkan melebihi 2 angka dan bank tak cover tunggakan.

Semalam balik kekampung tengok progress naikkan tanah dan ddalam parit.. kebun kelapa bukan kelapa sawit... naik sulam balik kelapa dan tanam semula pokok pisang... baru seekar siap .. ada lagi satu setengah lagi .. la ni harga tanah ni dah naik lebih satu kali ganda.  Insyaallah asben nak bina pondok kecil kat tanah ni ..

Dalam dua minggu siaplah kot tahun ni tahun sibuk sikit..insyallah semoga allah permudahkan segala urusan

Blh naik sampai ni .. jarak sampai hujung tanah lebih kurang 500 meter sbb buka tanah 90 kaki sahaja


Jentera jengkaut. Tanah ni lot no 1 .. jln kampung ..
Add caption

Sunday, May 12, 2013

Kekalahan kali ke2 dlm 1 bulan

Kekalahan kali kedua dalam tempoh 2 minggu. Kedua2 unit di terletak di area yang sama. Sengit sekarang ni nak dapatkan unit lelong.

Unit lelong aku masuk tempohari adalah unit medium cost, 5th Flr.. keadaan rumah mmg teruk gila.. yang teruk2 nilah aku suka dengan harapan takde saingan, tapi telah menarik ramai pembida.. Dua kali asben buat onsite visit... tapi apakan daya bajet aku tak tinggi cuma additional 5K dari RP... [ gambar rumah tu seperti di bawah ]





Insyaallah dalam bulan ini aku akan masuk lelongan mahkamah, rumah ini untuk kakak di australia.. Katanya saja beli kalau beli tiap2 tahun boleh balik bercuti. Awal tahun ini kakak sulung berjaya mendapatkan sebuah rumah landed di Ipoh ,, kali ini pulak kakak kedua aku pulak mencuba nasib medapatkan unit lelong.

Rumah sekarang ini didiami oleh penyewa.. menurut jiran sebelah rumah rumah ni dah dibuat minor renovation. Dalam minggu depan aku akan selesaikan semua siasatan ..

Hari ini juga aku membuat onsite visit keatas dua unit lelong di kawasan yang sama.. dua2 masih belum diduduki.. Cuma tunggakkan maintenancenya mencipta sejarah tertinggi dalam2 rumah yang aku survey.. Harap2 dengan tunggakan yang berlambak ni takdelah orang lain berminat ..

Tempat suam2 pun susah juga sekarang ni,. apa2pun kalau rezeki itu di tetapkan pada kita inshaallah kita dapat memilikinya ..

Siapa2 yang berminat nak beli rumah lelong atau nak jual atau sewakan rumah boleh calling2 atau sms ke my asben - 012-250 2824 ....

Sunday, April 28, 2013

Bawa potential buyer tengok rumah & berjaya closed deal sewa rumah

Agak lama jugak aku tak update .. ni entry ke 2 dalam bulan April, sibuk sesangat di opis dan hal2 di rumah. 

Tak tahu mana satu nak story tapi aku nak share cerita hari ini yang berlaku semasa asben bawa potential buyer tengok rumah. Owner rumah ni kawan asben, selalu jugak asben jumpa dia ni.  Owner dah bagitahu pada tennantnya yang ada orang nak tengok rumah pada pukul 3. Aku pun gi jugak saja nak menyibuk. Sesampai kami di rumah ni, salam di beri berkali2 tapi takda balasan dan ketuk2 pintu dan tingkap tapi takde response. Asben called owner bagitahu yang tenantnya tiada di rumah, owner pun calledm tenantnya tapi tak berangkat.

Lebih kurang 20 minit menunggu, jiran depan rumah memberitahu ada orang dalam rumah sebab sebelum kami sampai ada orang macam bergaduh dalam rumah.. No wonderlah dia tak nak buka pintu.. Potential buyer pun kata dia nampak kawasan apartment ni OK lagipun baru dicat dalam luar. Kami pun turun kebawah. 

Masa asben masuk kereta dan start enjin, perasan yang tenant tu terpacul di tingkap bilik, oo rumahnya ada rumah. Asben pun keluar dari rumah dan jerit pada tenant. Nasib baik potential buyer belum balik lagi.. Asben dan potential naik balik tengok rumah... masalah betul tenant ni..

Bila asben masuk, boleh bagitahu jangan beli rumah ni... sebab dia nak duduk.. Ada pulak tenant macam ni, apa2pun potential buyer akan beri keputusan esok. harapnya jadilah ..

Owner punyalah naik angin dengan tenant ni dahlah tertunggak 2 bulan sewa lagi nak buat hal.. Tenant pulak sewakan bilik pada pengkid [ info ni aku dapat dari jiran depan rumah ]. Barulah asben tahu yang sebelum ini tenant ni sewakan bilik pada couple yang berlainan agama [ kes murtad ni], owner dapat tahu dan dah warned pada tenantnya , hari ini pulak dia sewakan pada pengkid [ perempuan berperwatakan lelaki]. Rupanya lepas asben balik owner serang  tenantnya dan memberikan notis seminggu untuk pindah keluar katanya dia dah banyak bertolak ansur dengan tenant sebab kasihan anaknya yang berusia 2 tahun.

Apa2pun bukan alasan tenant owner nak jual rumah tapi sebab dia nak memerlukan duit untuk bisnes.. 

Alhamdulillah hari ni asben dapat closed deal sewa rumah. Tengok dan lepas tu terus confirmed dan bank in deposit sewa sebulan. Sebenarnya aku tahu yang rumah ni owner beli dari lelongan tapi aku takdalah bagitahu yang aku tahu pasal ni. Yang pastikan rumah ini di beli pada harga RM26K dan berjaya disewakan pada rate RM500.. fuyoo mmg best. Ramai yang terujakan...

Insyaallah akan turun dalam masa terdekat ini untuk membida sebuah unit flat yang jaraknya dekat sangat tempat kerja asben. Unit didiami oleh penyewa dan owner pulak adalah bekas staff pemaju yang membina flat tersebut .. Doakan aku dapat RP !!

Kalau takda rezeki  ada unit yang menarik ,tapi banyak kerja perlu dilakukan sbb unit hmmm dalam keadaan super teruk ... [ yang teruk2 ni aku suka sbb takda sapa yang inginkan]
Apa2pun wish me a luck, yea ... 

Sunday, April 7, 2013

Progress rumah di kampung

Rumah di kampung dah 99% completed cuma 3rd room kena order customize pintu bilik .. Aku ambil block leave masa cuti sekolah dan dapat pindahkan barang pada hari Rabu sebab aku minta Indon kontrek touch up mana2 yang menyakitkan mata .. ada juga yang aku buat sendiri .. 

Perabot ada juga yang aku beli dari nilai, kalau jenis pasang siap aku beli carrefour..  mmg aku taknak berhabis sangat dengan perabut, sebabnya rumah ni hanya untuk persinggahan menampung overflow rumah mak dan juga untuk sewaan harian. 

Perancangan di masa hadapan untuk mengembangkan ke pembinaan chalet untuk pelancong2 yang berkunjung untuk melawat tempat2 bersejarah dan riadah. 

Mak kata dia nak duduk puas2 baru bagi orang sewa.


TV lama kakak yg ditinggalkan di kampung masa dia migrated ke Australia



Lampu tu lampu lama dari rumah aku


Kerusi lama dah berusia 30 thn .. mak kasi bagi mengurangkan kesesakkan dirumahnya.. sudah di cat semula ,
langsir tak siap lagi temporarily pimjam mak punya

Bilik utama .. cuma part piping aircond tu aku tak berkenan.. asben akan redo balik



atas peti ais macam2 ada 

dua bilik tidur .. 

3rd room .. 

parking ... kena bayar add. charge sbb kedudukan aircond dgn compresser 30 kaki ..

Friday, March 8, 2013

Wajib Tukar Nama Syabas & TNB

Hari Sabtu lepas berpandukan GPS aku ke pejabat SYABAS untuk misi menukar nama bagi unit lelong yang aku menang dan dah selamat di sewakan. Kiranya 1st timelah aku ke pejabat Syabas kawasan ni, kalau ulu langat dan klang tu ada pernah pergi... Even pakai GPS pun aku boleh tersilap jalan jugak, dah lah gi dengan anak sulung aku, ikut jugaklah GPS ni,, masuk kampung2, masuk lorong kecil akhirnya sampai jugaklah aku ... bila sampai takde customer pun, kalau takde GPS rasanya tak sampai ... 

Terus isi borang dan bayar deposit, sekejap ajer dah siap.. dokumen nak tukar nama syabas ni perlukan salinan SNP atau POS, salinan IC dan juga duit untuk bayaran deposit.  Tak susah pun nak tukar nama ni cuma orang ramai malas nak gi buat dengan alasan takde masa. Katakanlah nama tak di tukar, lepas tu owner pergi tutup akaun, kasihan kat penyewa2 kita. dahlah rumah dia kena lelong kita pulak pakai nama dia .. begitu jugak dengan letrik, bagi unit2 yang kita menang tu masih ada bekalan, better tukar nama .. Untuk rumah ni aku apply bekalan baru terus masuk nama, tak boleh apply sendiri mesti go thru contractor sbb bekalan diputuskan melebihi 6 bulan. 

Kalau kita tersangatlah busy nyer boleh jugak upah runner yang dipercayai untuk buat on behalf. So far aku selalu buat on behalf asben, takde masalah. Of courselah kena bayar upahnya, kalau nak free buat sendiri

Cuba kita diletakkan ditempat owner, rumah dahlah terlelong dan ada orang ambil kesempatan gunakan nama untuk bekalan air/api. Of courselah sakit hati ..kalau IWK mungkin dia tak marahkan .. takkanlah dia nak minta IWK putuskan laluan dari rumah ke pusat kumbahan ..