Sunday, May 26, 2013

takde rezeki kakak dan kebun d kampung


Minggu lepas aku turun untuk membida sebuah landed  untuk kakak . Unit dilelong pada kali ke dua.jangkaan aku takde org sbb kawasan tak hot..

Masa register aku dapat tahu yg aku adalah org yg ke 15 yang daftar.. adohai
. Aku perhatikan ada beberapa unit yang mempunyai lebih dari satu pembida mereka kawtim untuk memberi laluan kepada seorang pembida sahaja. So that dapat RP..

Masa sesi lelongan aku dapati akulah heroin kerana semua pembida adalah lelaki
. Lawan2 harga dah lebih limit yang kakak tetapkan
.. takde rezeki.. abg ipar sedih sangat sbb tak dapat. Unit ini..sbb dia mmg nak sangat.

Insyaallah aku akan turun lg utk membida sebuah landed utk kakak yang mana unit ini satu kawasan perumahan dengan aku dan juga bersebelahan dengan rumah opis mate.. harap2   aadalah rezeki kakak kali ni..

Pada waktu terdekat ni juga aku akan turun lg untuk membida sebuah apartment yg jauh nun di sana .. tunggakkan melebihi 2 angka dan bank tak cover tunggakan.

Semalam balik kekampung tengok progress naikkan tanah dan ddalam parit.. kebun kelapa bukan kelapa sawit... naik sulam balik kelapa dan tanam semula pokok pisang... baru seekar siap .. ada lagi satu setengah lagi .. la ni harga tanah ni dah naik lebih satu kali ganda.  Insyaallah asben nak bina pondok kecil kat tanah ni ..

Dalam dua minggu siaplah kot tahun ni tahun sibuk sikit..insyallah semoga allah permudahkan segala urusan

Blh naik sampai ni .. jarak sampai hujung tanah lebih kurang 500 meter sbb buka tanah 90 kaki sahaja


Jentera jengkaut. Tanah ni lot no 1 .. jln kampung ..
Add caption

1 comment: