Tak tahu mana satu nak story tapi aku nak share cerita hari ini yang berlaku semasa asben bawa potential buyer tengok rumah. Owner rumah ni kawan asben, selalu jugak asben jumpa dia ni. Owner dah bagitahu pada tennantnya yang ada orang nak tengok rumah pada pukul 3. Aku pun gi jugak saja nak menyibuk. Sesampai kami di rumah ni, salam di beri berkali2 tapi takda balasan dan ketuk2 pintu dan tingkap tapi takde response. Asben called owner bagitahu yang tenantnya tiada di rumah, owner pun calledm tenantnya tapi tak berangkat.
Lebih kurang 20 minit menunggu, jiran depan rumah memberitahu ada orang dalam rumah sebab sebelum kami sampai ada orang macam bergaduh dalam rumah.. No wonderlah dia tak nak buka pintu.. Potential buyer pun kata dia nampak kawasan apartment ni OK lagipun baru dicat dalam luar. Kami pun turun kebawah.
Masa asben masuk kereta dan start enjin, perasan yang tenant tu terpacul di tingkap bilik, oo rumahnya ada rumah. Asben pun keluar dari rumah dan jerit pada tenant. Nasib baik potential buyer belum balik lagi.. Asben dan potential naik balik tengok rumah... masalah betul tenant ni..
Bila asben masuk, boleh bagitahu jangan beli rumah ni... sebab dia nak duduk.. Ada pulak tenant macam ni, apa2pun potential buyer akan beri keputusan esok. harapnya jadilah ..
Owner punyalah naik angin dengan tenant ni dahlah tertunggak 2 bulan sewa lagi nak buat hal.. Tenant pulak sewakan bilik pada pengkid [ info ni aku dapat dari jiran depan rumah ]. Barulah asben tahu yang sebelum ini tenant ni sewakan bilik pada couple yang berlainan agama [ kes murtad ni], owner dapat tahu dan dah warned pada tenantnya , hari ini pulak dia sewakan pada pengkid [ perempuan berperwatakan lelaki]. Rupanya lepas asben balik owner serang tenantnya dan memberikan notis seminggu untuk pindah keluar katanya dia dah banyak bertolak ansur dengan tenant sebab kasihan anaknya yang berusia 2 tahun.
Apa2pun bukan alasan tenant owner nak jual rumah tapi sebab dia nak memerlukan duit untuk bisnes..
Alhamdulillah hari ni asben dapat closed deal sewa rumah. Tengok dan lepas tu terus confirmed dan bank in deposit sewa sebulan. Sebenarnya aku tahu yang rumah ni owner beli dari lelongan tapi aku takdalah bagitahu yang aku tahu pasal ni. Yang pastikan rumah ini di beli pada harga RM26K dan berjaya disewakan pada rate RM500.. fuyoo mmg best. Ramai yang terujakan...
Insyaallah akan turun dalam masa terdekat ini untuk membida sebuah unit flat yang jaraknya dekat sangat tempat kerja asben. Unit didiami oleh penyewa dan owner pulak adalah bekas staff pemaju yang membina flat tersebut .. Doakan aku dapat RP !!
Kalau takda rezeki ada unit yang menarik ,tapi banyak kerja perlu dilakukan sbb unit hmmm dalam keadaan super teruk ... [ yang teruk2 ni aku suka sbb takda sapa yang inginkan]
Apa2pun wish me a luck, yea ...
No comments:
Post a Comment