Saturday, July 6, 2013

Apa2 aje

Sebulan lebih tak mengupdate blog ni. 
Banyak perkara berlaku...

Dua minggu anak sedara belah asben meninggal dunia di HTAR, Klang, umur baru 11bln, operate 3x di IJN dan satu paru2 kecut dan sepanjang hidupnya di IJN dan HTAR, hanyta seminggu saja merasa di bawa balik rumah. Aku n asben membawa arwah balik ke rumah adik ipar ke Shah Alam, menitis airmata ni, masa melihat arwah. Allah lebih menyayanginya..

Di opis pulak sibuk pulak, user asyik cari aku ajer, mcm2 projek ...masa bln puasa weekend ada system upgrade.. nak mengadap user2 cerewet...  lepas raya lg sibuk weekend pun kena kerja sbb opis akan berpindah ke bangunan baru yang areanya sesak .. tak boleh hint sbb nnt uols tahu kerja kat mana.. aku ni low profile .. even rami staff2 pun hanya tahu nama aku tapi tak tahu sapa aku..

Kebun di kampung pun dah selamat di paritkan dan telah di tanam dengan 800 pokok pisang... anak pokok pisang dan tanam sekali RM1.30 sepokok. murah .. kalau aku nak tanam mmg tak laratlah.. esok lepas kelas asben di INSPEN akan terus ke kampung sampai hari Isnin .. nak tanam serai, kunyit dan pokok limau nipis.. nak berjasa pada tanah pulak.. aku kan orang kampung jadi tua2 nnt aku mmg nak duduk di kampung, aman, damai, tenang. anak aku mmg tak suka kalau aku bagitau nak duduk di kampung ... siap bagitahu lagi "mummy mesti duduk dengan adik " ... 

Alhamdulillah aku tumpang gembira anak sedara kembar aku dapat posting cikgu nun di sarawak dan yang seorang lagi baru  habis law di UIA, dan start kerja di law firm.. 

Insyaallah esok akan turun membida sebuah flat murah2 ajer.. rumah okay lagi tp persekitarannya kureng sikit tapi market sewa mmg ada .. sewa pada kilang2 ... kalau mmg RP mmg kena settle cash .. asyik2 kalah ajer lately ...  rumah ni medium cost, developer dah bungkus tapi freehold .. sampah sarap mmg bertimbun2 .. 





1 comment: