Terpaksa menukar strategi dari sewa rumah ke sewa bilik itu yang aku lakukan walaupun cuak dan risau takde penyewa. Pada mulanya aku iklankan sewa untuk satu rumah tapi takde sambutan, ada sebuah rumah tu hampir 2 bulan diiklankan dan sebuah lagi hampir sebulan setengah.
Satu unit di Kajang dan satu unit di Bangi, alhamdulillah dalam masa 2 mggu di iklankan dalam portal dan facebook, kedua2 unit dah fully booked. Syukur alhamdulillah. Tak sangka pulak sambutan bilik sewa di Kajang dan Bangi sangat bagus. Kalau dari segi cash flow mmg dikatakan almost 3x lebih dibandingkan sewaan satu rumah. Kos setup untuk satu rumah dijimatkan dengan menggunakan perabot dan barangan eleterik yang masih elok tapi tidak digunakan lagi. Daripada dok menyemak di rumah dipindahkan utk kegunaan rumah sewa. Ada benda yang dapat free bila kawan asben yang sewakan rumahnya fully furnished suruh ambil mana2 barang2 yang dia tak nak... Duit yang keluar dari poket dalam 6K jugaklah.. Deposit sewaan dan sewa bulanan pertama dapatlah cober balik kos setup.
Yang kasihannya asbenlah lepas maghrib bawa potential tenants view rumah, anak yang sulung tengah break sekarang ini banyak membantu menyiapkan rumah dan bawa tenant masuk rumah. Esok pun dia akan ke shah alam serah kunci dan TA.
Insyaallah lepas ni ada lagi sebuah rumah lagi nak diselesaikan.. tertangguh lama sebab banyak masa di habiskan di kebun dan aktiviti jualan pokok... Sekarang ni sedikit demi sedikit minta anak yang buatkan, bagi dia belajar jaga rumah2 sewa. Walaupun dia masih belajar di kolej tapi aku nak di expose dengan apa yang aku buat almost 10 tahun ni.
Insyaallah lepas ni aku dan asben nak ambil seunit rumah untuk sublet di kawasan rumah aku ni, aku nak anak aku handlekan A-Z, aku dan asben hanya akan guide dia. Dari research yg aku buat sekarang ini permintaan terhadap bilik sewa di area rumah aku ni agak baik sbb tengah pesat membangun dan mall2 dan pusat perniagaan yang baru siap dibina.
Tak salah mencuba benda yang baru tapi kena lakukan research sendiri. Kalau nak ikut2 orang, kena tengok strength kita, bandingkan kita dengan orang tersebut. Apa risk yang kita nak ambil apa exit plan kita ...
Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Friday, March 2, 2018
Wednesday, February 28, 2018
Nak harga low cost tapi expectation condo..hmmm
Baru2 ni aku nampak satu iklan sebuah flat di lokasi yg menarik dan harga pun cantik. Penyewa mmg takde masalah sbb kawasan ini mmg sangat2 hot. Aku bagitaulah kat seorang ni yang berminat nak beli untuk disewakan. Aku pun brieflah pasal rumah ni sekian2. Jawapan dari makhluk ni, jauhlah, rumah tinggi sangat, takut lift rosak, Aku bagitau gi lah call ejen untuk onsite visit. Bukannya aku tahupun seller nya tak dapat apa2 pun, cuma ingin membantu beliau dapatkan rumah pelaburan..n Even lelong pun nak dapat harga ni pun susah ini pula yg dijual secara subsale. Kalau aku ada quota rumah low cost mmg aku rembat..
Hmm habis tu ko nak harga low cost tapi rumah tahap condo. Rajin mamat ni gi seminar sana sini tapi sampai sekarang pun tak beli rumah. Kalau nak onsite visit pun malas, nak research pun malas, malas nak cakaplah.
Hmm habis tu ko nak harga low cost tapi rumah tahap condo. Rajin mamat ni gi seminar sana sini tapi sampai sekarang pun tak beli rumah. Kalau nak onsite visit pun malas, nak research pun malas, malas nak cakaplah.
Monday, February 26, 2018
Bayar Deposit Guna Cek ?
Mggu lepas asben dapat call dari seorang staff outsourcing company yg berminat untuk menyewa rumah di Shah Alam. Verballay asben ada nyatakan terms and condition kalau nak sewa seperti permit staff yg akan di tempatkan, jangkamasa dan lain2. Seperti biasa aku pun draft TA dan emailkan kepada staff tersebut, dorang setujulah adalah syarat2 tambahan yg dinyatakan.
Onsite view dibuat oleh salah seorang kakitangan tersebutlah. Pada hari sabtu staff tersebut pun called bagitau yang dorang akan issuekan cheque kepada asben, mmg asben tak setuju pasal cheque sbb mmg fobia sangat pasal cek tendang oleh pakcik yang berbini dua dulu.
Asben sticked dengan rules kalau company u nak sewa rumah I uols kena ikut cara I. Bukan sampai RM3K pun yg company ni nak bayar pun lagipun owner company ni bertittlekan Dato. Even salah satu rumah yg disewakan pun deposit aku suruh dorang bayar cash masa serahan kunci. Jika dorang betul2 nakkan rumah tu boleh jer keluarkan petty syarikat untuk bayaran deposit dan sewa. Cek pun aku tak tengok lagi, valid ke tidak. Asben bagi pilihan company ni boleh issuekan cek, cek clear baru kunci di serahkan. Tak setuju jugak company, daripada pening di belakang hari, asben bagi tau company ni kalau u tak boleh penuhi cara pembayaran yg ditetapkan, sila cari rumah lain..
So tak payahlah nak pening2 nak layan penyewa yg sebegini, perception aku adalah mmg tak sedap jer dengan company ni.
La ni banyak betul owner yang terdesak yang menyewakan rumah/bilik dorang tanpa deposit untuk menarik penyewa. Tahukah mereka bahawa ini amat bahaya jikalau penyewa cabut lari macam tu jer. mmg peninglah nanti ..
Thursday, February 22, 2018
Market Hartanah Sekarang Ini
Pasaran hartanah yang tidak bagus sekarang dimana semakin banyak rumah2 yang baru siap terbina dilelong. Ini kerana pembeli tersebut tidak mempunyai " power holding " untuk membayar ansuran pinjaman. Percaturan dorang mungkin salah kerana tidak melakukan research sendiri yang hanya percayakan promosi2 hartanah oleh pemaju dan yakin dengan "nas2" oleh pelabur yg expert2, tanpa mengambil kira kekuatan dan kelemahan kewangan kita. Kalau sebelum kahwin, bajet kita lain, bila dah kawin bajet pun dah lain dan kalau dah ada anak lagilah bertambah. Unless pasangan mempunyai income yg agak luarbiasa atau pama orang berduit.
Aku pernah di tanya pendapat oleh readers yg personally email kat aku, aku mmg tak galakkan mereka2 yang baru nak berjinak2 beli rumah pertama 300k keatas sbbnya risiko adalah sangat tinggi. Pada aku lebih baik dimulakan dengan unit bawah 100k yg mana rumah boleh disewakan dengan mudah dan mampun bayar jika sekiranya unit tidak berpenyewa. Kena ambil pengalaman sebagai tuan rumah macam mana nak managed penyewa dan cash flow, once yakin baru boleh gi naik level.
Dikala gawat ni kalau rumah yg dilelong dapat dijual lebih harga beli nasib baiklah kalau di jual bawah harga beli dah jadi menanggung hutang di bank, tak bayar bankrap ..
Dikala ekonomi tak bagus nilah, pada mereka yg nak belajar boleh mencuba dapatkan rumah dari market subsale kerana boleh dapatkan pada harga yg terbaik, omputeh kata Buyer Market. Ramai seller yg terdesak sekarang ni. Cuba rumah bayar 100k lah, di lokasi yg senang dapat penyewa.
Lately ni pun nak dapatkan penyewa pun susah jugak, dulu senang jer dapat penyewa penyewa, iklan di mudah selepas sejam 2 dah bertalu2 call masuk. Kena iklan sana sini, kena usaha lebih dapatkan penyewa.
Macam aku pun terpaksa tukar strategi dari sewakan satu rumah kepada bilik ikut perhead. mmg aku tak suka sangat sewa bilik tapi terpaksa buat juga.
Btw, minyak turun lagi mggu ni, macam pertanda nak PRU14 jer, ura2nya 23/3 ni mengundi, betul ker...
![]() |
| Durian Musang King d kebun. |
Tuesday, February 20, 2018
Dilemma Seorang Petani
Semenjak-menjak jadi petani separuh masa ni banyak permasalahan yg dihadapi oleh golongan petani kita termasuklah aku. Alhamdulillah, setiap minggu sudah ada tuaian limau kasturi dan dijual secara terus kepada kedai2 runcit dan kedai makan, Pokok baru belajar berbuah hasilnya lepaslah duit minyak.
Cuma aku cukup ralat dengan segelintir peniaga yg sebangsa kita yg menekan harga kepada petani, sebagai contoh, nak ambil limau 4 5 kilo tapi nak ambil pada RM2 sahaja sedangkan harga jualan d pasar adalah sekitar RM6 atau RM7 sekilo, berapa lipat mahu untung. Para petani ni dengan kos baja, racun, dan tenaga, dorang mmg tak fikir. Ada juga yg menipu kata pemborong cina ni jual kat dorangpun sekilo RM2 .. Mmg sorrylah aku nak jual pada peniaga tamak ni, ingat aku ni tak sekolah kot. Mmg aku tolak kepada orang lainlah. Boleh bagitau limau kasturi susah nak dapat bekalan, tapi nak ambil limau pada sekilo RM2.. harga pun ada naik turun tapi taklah RM2 sekilo
Agensi kerajaan seperti Fama, MOA ni pada aku mmg takde fungsi pun di tempat aku. Bagi bantuan pun pilih kasih, bila di soal balik macam2 alasan ngok yg tak masuk akal. Agaknya bila kena serbu dgn SPRM baru tau...FAMA pun takde fungsi, yg kaya raya adalah pemborong cina yang tekan harga kepada petani.
Wednesday, January 24, 2018
Sewaan Rumah Masa Gawat
Mmg dah nampak sekarang ni permintaan terhadap rumah sewa menurun. Kalau dulu mmg senang cari penyewa, bila advertised jer mmg senang dapat penyewa. Apa2pun kenalah rajin iklan sana-sini, dalam FB ...Apa yg aku tengok sekarang ni rumah sewa di bawah RM600 mmg laris, maklumlah ramai yg kena survive di kala ekonomi gawat ni..
Untuk tahun ni aku dah melanggar sikit aku nyer rules, menyewakan rumah kepada company.. Sewa kosong tapi aku markup sewa dan ketatkan syarat2 penyewaan. Sewakan kepada company utk foreigner, rumah ni penyewa keluar awal jadi aku terus bagi kepada company ni..Aku sewakan setahun jer.. tggu bila ekonomi okay ambil baliklah...
Melihat kepada trend sekarang ni aku sewakan salah sebuah rumah aku mengikut perhead. Alhamdulillah so far dah ada 3 orang yg confirmed ada lagi 3 kosong. Ni 1st time aku sewakan bilik tapi mmg leceh jugak sbb nak cari sorang2 penyewa. onsite visit pun berkali2.. tapi return mmglah berbaloi2 tapi letih jugaklah..
Salah satu rumah aku akan kosong mulai Februari, penyewa dapat kuaters katanya. Dah ada confirmed tenant nak menyewa tapi kemasukkan bulan march, aku secured jugak, lagipun penyewa terdahulu aku hold deposit sebulan dia sbb sewa tak sampai 3 bulan dah pindah. So aku cober sebulan dari situ. Dalam perjanjian mmg tertera bab burn2 deposit ni.
Awal tahun pun dah terasa kepayahan, survival selaku tuan rumah ... la ni mmg buyer market, tenant pun dah pandai tekan tuan rumah, deposit nak bagi 1+1 tak nak bagi 2+1, tapi aku mmg sticked pd the rules 2+1 tapi kl utk family aku bagi kelonggaran deposit sebulan boleh ansur selama 6 bulan. Kena consider jugaklah kan, win-win situation.
Semoga ekonomi gawat ini berlalu pergi ...
Friday, January 12, 2018
Pasal Tanah
Just nak share pengalaman aku dalam proses beli tanah, mana tau kot2 boleh jadikan panduan kepada kawan2..
Bulan lepas aku mendapat info ada seller nak jual tanah ayahnya, 1st lot ditepi jalan besar, tapi kawasan ni banyak dijadikan dusun durian, kebun getah dan sawit..
Buat appointment dengan penjual untuk onsite survey d lokasi tanah tersebut. Didalam geran keluasan tanah tersebut adalah 4.79 ekar.. Tanahnya berbukiit dan terdapat cerun seperti gaung... Kata penjual cerun tersebut adalah sempadan dengan lot tersebut.. Asben mmg minat sangat dgn lokasi tanah ni.. yalah tepi main roadkan.. Tak perlu nak lintas tanah orang ..Minta tempoh utk buat decide samada nak beli atau tidak...
Aku buatlah research pasal tanah ini, guna google maps untuk tgk view dari atas kedudukan tanah ni.. Bila view dari atas baru aku perasan sesuatu yang tidak kena dengan tanah ni.. aku minta asben contact kawan surveyor dia untuk kepastian kedudukan tanah ni . Melalui surveyor ni rupa2nya keluasan tanah ni berkurangan hampir 1 1/2 ekar untuk pengambilan jalan.. Maksudnya penjual tak mengambil geran baru dari ptg dan geran yang ditunjukkan adalah geran lama ... Melalui sistem surveyor juga almost separuh tanah mempunyai kecerunan 75% ... Nasib baiklah ada kenal surveyor yang boleh checkkan.. kalau tak tepuk dahi ajerlah ...
Menurut SO di PTG katanya dia pun tau lokasi tanah ni, katanya lot sebelah dulunya ada kuari ambil tanah dan batu.. katanya tanah d lokasi aku nak beli ni agak berbatu tak sesuai utk tanaman kekal .. berhuhu2
Sebelum ni ada broker offer tanah .. lokasi okay tapi tanah di kawasan dipajakkan kepada kuari selama 60 tahun akan tetapi 10 tahun berlalu syarikat tersebut tidak mengusahakannya ...Broker bukan nak bagitau pun pasal pajakan ni . info ni pun aku dapat dari orang lain...
Adalah a fews kes jual tanah ni, macam2 hal, beli tanah ni bagus, capital appreciation pun tiggi.. tapi janji ada access road... Nasihat aku adalah bila nak beli tanah, siasat dulu, kedudukan tanah, buat carian d pejabat tanah, tanya surveyor. Kenal2 dgn orang pejabat tanah, So far pembelian tanah aku buat sendiri tak guna lawyer...
Subscribe to:
Posts (Atom)

