Tuesday, February 20, 2018

Dilemma Seorang Petani

Semenjak-menjak jadi petani separuh masa ni banyak permasalahan yg  dihadapi oleh golongan petani kita termasuklah aku. Alhamdulillah, setiap minggu sudah ada tuaian limau kasturi dan dijual secara terus kepada kedai2 runcit dan kedai makan, Pokok baru belajar berbuah hasilnya lepaslah duit minyak.

Cuma aku cukup ralat dengan segelintir peniaga yg sebangsa kita yg menekan harga kepada petani, sebagai contoh, nak ambil limau 4 5 kilo tapi nak ambil pada RM2 sahaja sedangkan harga jualan d pasar adalah sekitar RM6 atau RM7 sekilo, berapa lipat mahu untung. Para petani ni dengan kos baja, racun, dan tenaga, dorang mmg tak fikir. Ada juga yg menipu kata pemborong cina ni jual kat dorangpun sekilo RM2 .. Mmg sorrylah aku nak jual pada peniaga tamak ni, ingat aku ni tak sekolah kot. Mmg aku tolak kepada orang lainlah. Boleh bagitau limau kasturi susah nak dapat bekalan, tapi nak ambil limau pada sekilo RM2.. harga pun ada naik turun tapi taklah RM2 sekilo 

Agensi kerajaan seperti Fama, MOA ni pada aku mmg takde fungsi pun di tempat aku. Bagi bantuan pun pilih kasih, bila di soal balik macam2 alasan ngok yg tak masuk akal. Agaknya bila kena serbu dgn SPRM baru tau...FAMA pun takde fungsi, yg kaya raya adalah pemborong cina yang tekan harga kepada petani.


No comments:

Post a Comment