Thursday, February 22, 2018

Market Hartanah Sekarang Ini

Pasaran hartanah yang tidak bagus sekarang dimana semakin banyak rumah2 yang baru siap terbina dilelong. Ini kerana pembeli tersebut tidak mempunyai " power holding " untuk membayar ansuran pinjaman. Percaturan dorang mungkin salah kerana tidak melakukan research sendiri  yang hanya percayakan promosi2 hartanah oleh pemaju dan yakin dengan "nas2" oleh pelabur yg expert2, tanpa mengambil kira kekuatan dan kelemahan kewangan kita. Kalau sebelum kahwin, bajet kita lain, bila dah kawin bajet pun dah lain dan kalau dah ada anak lagilah bertambah. Unless pasangan mempunyai income yg agak luarbiasa atau pama orang berduit. 

Aku pernah di tanya pendapat oleh readers yg personally email kat aku, aku mmg tak galakkan mereka2 yang baru nak berjinak2 beli rumah pertama 300k keatas sbbnya risiko adalah sangat tinggi. Pada aku lebih baik dimulakan dengan unit bawah 100k yg mana rumah boleh disewakan dengan mudah dan mampun bayar jika sekiranya unit tidak berpenyewa. Kena ambil pengalaman sebagai tuan rumah macam mana nak managed penyewa dan cash flow, once yakin baru boleh gi naik level.

Dikala gawat ni kalau rumah yg dilelong dapat dijual lebih harga beli nasib baiklah kalau di jual bawah harga beli dah jadi  menanggung hutang di bank, tak bayar bankrap .. 

Dikala ekonomi tak bagus nilah, pada mereka yg nak belajar boleh mencuba dapatkan rumah dari market subsale kerana boleh dapatkan pada harga yg terbaik, omputeh kata Buyer Market. Ramai seller yg terdesak sekarang ni. Cuba rumah bayar 100k lah, di lokasi yg senang dapat penyewa.

Lately ni pun nak dapatkan penyewa pun susah jugak, dulu senang jer dapat penyewa penyewa, iklan di mudah selepas sejam 2 dah bertalu2 call masuk. Kena iklan sana sini, kena usaha lebih dapatkan penyewa. 

Macam aku pun terpaksa tukar strategi dari sewakan satu rumah kepada bilik ikut perhead. mmg aku tak suka sangat sewa bilik tapi terpaksa buat juga.

Btw, minyak turun lagi mggu ni, macam pertanda nak PRU14 jer, ura2nya 23/3 ni mengundi, betul ker... 

Durian Musang King d kebun.  


No comments:

Post a Comment