Friday, March 2, 2018

Terpaksa Sewakan Ikut Bilik

Terpaksa menukar strategi dari sewa rumah ke sewa bilik itu yang aku lakukan walaupun cuak dan risau takde penyewa. Pada mulanya aku iklankan sewa untuk satu rumah tapi takde sambutan, ada sebuah rumah tu hampir 2 bulan diiklankan dan sebuah lagi hampir sebulan setengah.

Satu unit di Kajang dan satu unit di Bangi, alhamdulillah dalam masa 2 mggu di iklankan dalam portal dan facebook, kedua2 unit dah fully booked. Syukur alhamdulillah. Tak sangka pulak sambutan bilik sewa di Kajang dan Bangi sangat bagus. Kalau dari segi cash flow mmg dikatakan almost 3x lebih dibandingkan sewaan satu rumah. Kos setup untuk satu rumah dijimatkan dengan menggunakan perabot dan barangan eleterik yang masih elok tapi tidak digunakan lagi. Daripada dok menyemak di rumah dipindahkan utk kegunaan rumah sewa. Ada benda yang dapat free bila kawan asben yang sewakan rumahnya fully furnished suruh ambil mana2 barang2 yang dia tak nak... Duit yang keluar dari poket dalam 6K jugaklah.. Deposit sewaan dan sewa bulanan pertama dapatlah cober balik kos setup.

Yang kasihannya asbenlah lepas maghrib bawa potential tenants view rumah, anak yang sulung tengah break sekarang ini banyak membantu menyiapkan rumah dan bawa tenant masuk rumah. Esok pun dia akan ke shah alam serah kunci dan TA.

Insyaallah lepas ni ada lagi sebuah rumah lagi nak diselesaikan.. tertangguh lama sebab banyak masa di habiskan di kebun dan aktiviti jualan pokok... Sekarang ni sedikit demi sedikit minta anak yang buatkan, bagi dia belajar jaga rumah2 sewa. Walaupun dia masih belajar di kolej tapi aku nak di expose dengan apa yang aku buat almost 10 tahun ni.

Insyaallah lepas ni aku dan asben nak ambil seunit rumah untuk sublet di kawasan rumah aku ni, aku nak anak aku handlekan A-Z, aku dan asben hanya akan guide dia. Dari research yg aku buat sekarang ini permintaan terhadap bilik sewa di area rumah aku ni agak baik sbb tengah pesat membangun dan mall2 dan pusat perniagaan yang baru siap dibina.

Tak salah mencuba benda yang baru tapi kena lakukan research sendiri. Kalau nak ikut2 orang, kena tengok strength kita, bandingkan kita dengan orang tersebut. Apa risk yang kita nak ambil apa exit plan kita ...




No comments:

Post a Comment