Friday, January 12, 2018

Pasal Tanah

Just nak share pengalaman aku dalam proses beli tanah, mana tau kot2 boleh jadikan panduan kepada kawan2..

Bulan lepas aku mendapat info ada seller nak jual tanah ayahnya, 1st lot ditepi jalan besar, tapi kawasan ni banyak dijadikan dusun durian, kebun getah dan sawit.. 

Buat appointment dengan penjual untuk onsite survey d lokasi tanah tersebut. Didalam geran keluasan tanah tersebut adalah 4.79 ekar.. Tanahnya berbukiit dan terdapat cerun seperti gaung... Kata penjual cerun tersebut adalah sempadan dengan lot tersebut.. Asben mmg minat sangat dgn lokasi tanah ni.. yalah tepi main roadkan.. Tak perlu nak lintas tanah orang ..Minta tempoh utk buat decide samada nak beli atau tidak...

Aku buatlah research pasal tanah ini, guna google maps untuk tgk view dari atas kedudukan tanah ni.. Bila view dari atas baru aku perasan sesuatu yang tidak kena dengan tanah ni.. aku minta asben contact kawan surveyor dia untuk kepastian kedudukan tanah ni . Melalui surveyor ni rupa2nya keluasan tanah ni berkurangan hampir 1 1/2 ekar untuk pengambilan jalan.. Maksudnya penjual tak mengambil geran baru dari ptg dan geran yang ditunjukkan adalah geran lama ... Melalui sistem surveyor juga almost separuh tanah mempunyai kecerunan 75% ... Nasib baiklah ada kenal surveyor yang boleh checkkan.. kalau tak tepuk dahi ajerlah ...

Menurut SO di PTG katanya dia pun tau lokasi tanah ni, katanya lot sebelah dulunya ada kuari  ambil tanah dan batu.. katanya tanah d lokasi aku nak beli ni agak berbatu tak sesuai utk tanaman kekal .. berhuhu2 

Sebelum ni ada broker offer tanah .. lokasi okay tapi tanah di kawasan dipajakkan kepada kuari selama 60 tahun akan tetapi 10 tahun berlalu syarikat tersebut tidak mengusahakannya ...Broker bukan nak bagitau pun pasal pajakan ni .  info ni pun aku dapat dari orang lain...

Adalah a fews kes jual tanah ni, macam2 hal, beli tanah ni bagus, capital appreciation pun tiggi.. tapi janji ada access road... Nasihat aku adalah bila nak beli tanah, siasat dulu, kedudukan tanah, buat carian d pejabat tanah, tanya surveyor. Kenal2 dgn orang pejabat tanah, So far pembelian tanah aku buat sendiri tak guna lawyer... 


No comments:

Post a Comment