Monday, February 26, 2018

Bayar Deposit Guna Cek ?

Mggu lepas asben dapat call dari seorang staff outsourcing company yg berminat untuk menyewa rumah di Shah Alam. Verballay asben ada nyatakan terms and condition kalau nak sewa seperti permit staff yg akan di tempatkan, jangkamasa dan lain2. Seperti biasa aku pun draft TA dan emailkan kepada staff tersebut, dorang setujulah adalah syarat2 tambahan yg dinyatakan.

Onsite view dibuat oleh salah seorang kakitangan tersebutlah. Pada hari sabtu staff tersebut pun called bagitau yang dorang akan issuekan cheque kepada asben, mmg asben tak setuju pasal cheque sbb mmg fobia sangat pasal cek tendang oleh pakcik yang berbini dua dulu.

Asben sticked dengan rules kalau company u nak sewa rumah I uols kena ikut cara I. Bukan sampai RM3K pun yg company ni nak bayar pun lagipun owner company ni bertittlekan Dato. Even salah satu rumah yg disewakan pun deposit aku suruh dorang bayar cash masa serahan kunci. Jika dorang betul2 nakkan rumah tu boleh jer keluarkan petty syarikat untuk bayaran deposit dan sewa. Cek pun aku tak tengok lagi, valid ke tidak. Asben bagi pilihan company ni boleh issuekan cek, cek clear baru kunci di serahkan. Tak setuju jugak company, daripada pening di belakang hari, asben bagi tau company ni  kalau u tak boleh penuhi cara pembayaran yg ditetapkan, sila cari rumah lain..

So tak payahlah nak pening2 nak layan penyewa yg sebegini, perception aku adalah mmg tak sedap jer dengan company ni. 

La ni banyak betul owner yang terdesak yang menyewakan rumah/bilik  dorang tanpa deposit untuk menarik penyewa. Tahukah mereka bahawa ini amat bahaya jikalau penyewa cabut lari macam tu jer. mmg peninglah nanti .. 

No comments:

Post a Comment