Wednesday, November 23, 2016

Cerita Pasal Kebun Lagi

Ada yang bertanya ada potensi tanam pokok limau ni ? Aku mengambil kata mak, tanamlah insyaallah ada pasaranya :)) Lagipun daerah kampung aku sudah di isytiharkan daerah tanaman herba, dengan adanya IPT yang khusus untuk research terhadap potensi herba. 

Majoriti pekebun berbangsa cina yang menaman limau nipis di daerah aku, la ni dah ramai orang kita yang berjinak2 tanam limau. Harga ikut pasaran cumanya di musim panas harga limau boleh mencanak ke RM5 untuk jualan ladang. 

Modal tanam limau ni taklah besar sangat tapi kena ada modal dan minat bertani.  Alhamdulillah tanaman selingan cili bara dan cili kampung dlm 100 pokok sudah memberikan hasil. Di jual kepada kedai2 makan, kedai runcit dan penjual sayur d kampung. Mmg leceh kutip cili padi ni, tapi setiap biji yang di petik tu ada nilainya. Bolehlah belanja pasar semasa di kampung.

Insyaallah pada awal bulan depan, penanaman fasa kedua limau nipis dan kasturi akan dimulakan. Tiap2 minggu shopping pokok limau, pergi sana-sini utk carikan anak pokok yg terbaik. Aku mmg takkan beli pokok yang baru di pindahkan ke dalam poly sbb pokok akan cepat layu dan kena siram hari2. 

Aku anggarkan tanah seluas 2 ekar ni boleh tanam dalam 400 pokok atau mungkin lebih sbb tanah ni agak berbukit di kepala jadi tanah dapat luas..

Pertanian ni mmg kena banyak sabar, macam 2 bulan lepas, banyak pokok yang terkena serangan hamama. Ingatkan kena serangan ulat, semburlah racun serangga tapi tak kurang2, bila naik pucuk baru jadi kerekot, daun tua jadi kuning2... Mmg down, takde mood.. Yalah pokok segar bugar jadi mcm tu kan. Alhamdulillah google2lah cari info pasal sympton2 sebegini, rupanya serangan hamama dan racun serangga Mitac digunakan, dengan sekali semburan jer serangan hamama dapat di atasi... 
Aku ni petani google2 .. mcm tulah jugak aku beli rumah berbelas biji... pelabur google

Insyaallah jika semuanya berjalan dengan baik, dengan tanaman 3 ekar ni ada perancangan luaskan tanaman limau ni dan kalau ada rezeki nak juga ternak ayam kampung

Pandangan dari tengah tanah kebun


Kacang botol, sejuk jugak tangan aku nih


Kacang bendi, aku semai aku tanam dan mak yang membelainya, gemuk sungguh
Belimbing buluh... baru2 belajar berbunga

Limau nipis seedless

No comments:

Post a Comment