Saturday, October 17, 2015

Jalan2 Survey Rumah

Hari ni aku jalan2 survey rumah bertemankan anak lelaki. Asben tak dapat join sebab kena jaga indon renovate rumah kakak dan juga beli barang2 kontrek.

Buat appointment dengan agent, kot2 dapat beli harga below market, rumah okaylah, sebelum aku nak tekan harga dia dah sound awal2 lagi yang dia takleh kurang lebih sekian2 harga .. hmmm

No problemlah janji sekurangnya aku dah survey. Aku dah shortlisted rumah2 lelong di kawasan sekitarnya. Berpandukan Waze.. tersesat jugak pun ada... alhamdulillah dapat survey beberapa rumah lelong.. Insyaallah akan masuk kot .,. Kadar sewa pun menarik juga, semakin naik.

Insyaallah esok aku akan survey satu rumah lagi, harga yang ditawarkan pun dah okay, katanya boleh nego lagi..

Cuba aku ingatkan diri aku, masuk lelong bukan utk menang tapi mencuba dapatkan harga terbaik. Kalau nak menang itu yang terjadi pada orang yang mempunyai emosi untuk menang tak kiralah apa2 jadi nak Menang.

Mggu lepas ada pakcik sorang ni  yang ddk sebelah aku dok bakar2, suruh aku lawan2 kononnya harga masih rendah lagi .. kebetulan ada seorang pakcik berdiri sebelah dia, dia dok bakar2 lagi, ayoyo rumah dah hancus, berderai, last price pun almost Market Value dah.. berbaloi ker.. Kasihan2..

Biar menang tak bergaya tapi ada untung jangan menang bergaya, lawan ketitisan terakhir tapi at last rugi ...

1 comment:

  1. betul sis nama pun rumah lelong kalau mahal better beli rumah yang betul kita puas hati dapat tengok luar dan dalam kan...kadang-kadang perasaan nak menang tu tak dikawal kerana kurangnya ilmu...good luck salam kenal sy blogwalking sini =)

    ReplyDelete