Thursday, August 20, 2015

Rumah lelong kos rendah dan signed SPA utk rumah subsale

Aku dapat pertanyaan dari seorang rakan kita yang berminat membida rumah lelong kos rendah. Menurutnya POS ada menyatakan bahawa terdapat sekatan2 pemilikan. Aku pernah ajukan pertanyaan ini kepada bahagian undang2 LPHS dan jawapan yang diterima, JIKA didalam POS dinyatakan syarat2 pemilikan MAKA pembida yang berminat mestilah mematuhi syarat2 tersebut DAN JIKA tidak di nyatakan, maka sapa2 boleh membida unit tersebut  dengan andaian pembida tersebut tidak mengetahui syarat2 pemilikan rumah kos rendah.

Katanya terdapat unit di kawasan yang sama dilelong sebelum ini tidak dinyatakan pun syarat2 tersebut dalam POS. Dan katanya agen yang beliau hubungi menyatakan dorang boleh kaw tim dengan LPHS ..

Mmg aku tak berani nak masuk jika POS tertera dengan syarat2 pemilikan. Katakan LPHS tidak luluskan maka duit deposit akan hilan. Mmg agen boleh kata, boleh kaw tim, boleh percaya ker ? Kalau percaya, yes go ahead, Sebabnya kalau tak lulus dengan LPHS, duit awak akan hilang tapi agen dah dapat komisyen samada dari Bank atau dari awak ..

Nasihat akulah janganlah risau sebab banyak lagi rumah2 lain. Insyaallah ada rezeki bid rumah lain. Aku pun macam tu jugak dulu, teruja nak bid, tapi apakah daya kalau mmg kita terover layak...

SPA untuk rumah terbaru dah signed pada hari Khamis lepas. Semalam owner rumah kol bagi tahu nak jumpa, nak hand over rumah... Aku bagi tahu yang baki bayaran belum di lunaskan. Katanya dia tak kisah sebab la ni dia berpindah ke JB dan sebab itu dia nak hand over rumah ni awal... Kiranya aku dapat rumah ni awallah...

Pada 28hb ni akan berjumpa untuk ambil kunci, rumah ni perlu di cat, dan nak pasang awning di parking, lepas tu dah bolehlah cari penyewa.  Dapatlah cober duit legal fees...

Ada landed nak di jual di area yang aku jangkakan akan naik dalam masa 3 tahun lagi, tapi pembelian tak dapat di beli sebab under low cost.. Kalau beli mmg kena reject dengan LPHS. Just nak shared baru2 ni kawan opis beli rumah mertuanya pun kena reject sebab atas alasan gaji melebihi 5K, rayuan di buat pun LPHS tak layan.

Lelong pun nasib2 ajer boleh menang pada harga yang berbaloi2, yang suam2 pun naik mencanak2. Tak faham jugak aku melihatnya.. 

No comments:

Post a Comment