Friday, August 7, 2015

Rezeki Bulan Raya - Landed 3r 2b

Alhamdulillah minggu ni dapat lagi sebuah rumah teres medium low cost yang di beli thru subsale. Kira rezeki jugak ni, sebab owner ada lantik agent jugak untuk jualkan rumah ni tapi dia tak sign apa2 dokumen dengan agent. Jadii dia bebas jual rumah ni pada sapa2 sahaja. Jadi agent tak leh nak charge dia apa2 kalau owner jualkan rumah ni. Rumah ni tidak tertakluk dengan LPHS sbb medium low cost, rumah sudah ada grill dan fully tiles... 

Macam mana aku dapat contact rumah ni, adalah ceritanya. Nego2 jugak dengan owner ni, bila aku bagi tau nak settled cash terus dia turunkan RM15K, bila aku nego2 lagi, bagi tahu sampah sarap dalam dan luar aku kasi clear, dia turunkan lagi RM3K... so rumah ni aku beli dengan harga RM117K jer.... Rumah ni dalam Selangor, yang pasti bukan di Rawang, puncak alam dan sekitarnya. Rumah di kawasan yang sama last year transacted ialah RM180K ...

Kawasan yang sedang mmembangun, banyak developer besar2 masuk bangunkan buat projek2 township diaorang. Kalau tak jammed, dalam masa 20-25min dah boleh sampai KL.... Tapi lagi jammed rumah makin mahal... nak murah2 cari tempat tak jammed..

Owner adalah seorang staff gomen dan rumah dibiayai oleh pinjaman kerajaan. Deposit dibayar RM1K  dan aku mintak lawyer aku contact owner dapatkan semua dokumen2 untuk penyediaan SPA. Kena cergas kalau lambat2 nanti kena kebas.. 

Rumah ni aku shared dengan kakak, lepas settled semua, baru aku nak refinance utk dapatkan modal balik... Simpan 2-3 tahun, lepas tu baru jual. 

Nak masuk lelong la ni bukan macam dulu2, susah nak menang. Boleh memcuba, kalau ada rezeki adalah. Btw, jangan kita ingat, beli lelong lebih murah, tapi ramai dah terbabas bid lebih dari market value... 







1 comment:

  1. Salam kak.
    Saya ada beli rumah lelong cash di damansara damai bawah 100k. Plan nak refinance. Boleh tak share banker yang still layan loan rendah ni. Kalo ada,boleh tak kenalkan pada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete