Wednesday, January 28, 2015

Pelaburan hartanah, lambat tapi selamat

Masih lagi menenami anak di hospital, demam dah takde dah, tapi patlet masih lagi mode menurun. Kiranya mggu ni aku ambil CL dan ambil AL sampai hari jumaat ni. Harapnya patlet akan naik. Walaupun  umurnya 16 tahun tapi nak tinggalkan dia sorang2 di wad rasa sedih juga.

Misi memburu rumah2 bawah market value untuk saudara Mara. Tak kisahlah lelong atau subsale. Ini untuk tujuan dapatkan cash flow tiap2 bulan.  Budget dah diberikan, tapi tak lah tinggi sangat sbb belian secara cash. Yea lah kalau simpan duit dalam bank, dengan peningkatan inflasi, kejatuhan ringgit, duit yang disimpan pun susut nilainya. Berbeza dengan hartanah, peningkatan nilainya seiring  dengan keadaan semasa.  Tapi ada jugak hartanah yang di beli mengalami kejatuhan nilainya. Kena buat research juga lokasinya. Btw janganlah pula semua duit yang disimpan dilaburkan pula. Kata orang tua2 duit dalam Tangan mesti ada.

Peliknya ada segelintir kita yang obses nak jadi cepat kaya, masuk rm5k bulan ni, selepas 3 bulan dapat return sekali Ganda. Menarik kan. Pada aku ni skim aku pijak kau, kau pijak orang lain Dan seterusnya. Bila tak dapat sapa nak di pijak maka selepas tulah timbulnya unsur penipuan.

Ada jugak kawan2 yang dah lama tak hubungi tiba2 Kol aku. Bila jumpa, barulah tahu rupanya nak promote skim pelaburan emas. Best partnya syarikat tersebut tidak didaftarkan di malaysia. Syarikat yang didaftarkan di malaysia pun buat hal dan duit pelabur hilang begitu saja.

Beli rumah betul2 bawah market value, beli thru lelong or subsale. Lepas semua proses pindahmilik selepas, terus  cari buyer.  Dapat duit modal dan profit, terus ulang dan ulang. Lambat sikit  untung tapi confirm untung. Biar lambat janji selamat. Pada aku, tak nak jadi kaya sangat, cukup lah bersederhana dalam kehidupan seharian dan tak perlu nak bersusah payah di hari tua.


No comments:

Post a Comment