Wednesday, February 4, 2015

tanah di kampung

Alhamdulillah pembelian tanah di kampung selepas, geran baru pun sudah dikeluarkan. Tanah ni betul2 bersempadan dengan rumah mak. Betul2 main road. Tak lah banyak sangat luasnya hanya satu ekar saja. Tanah ni dusun rambutan, ada 3 batang pokok durian, pokok kelapa, cempedak. Dulu2 masa kecik2 abah Dan mak pernah tanam padi huma kat tanah ni. Tak silap masa tu aku darjah 4, ingat lagi masa buat padi tu aku hantar ke sekolah agama sultan Azlan di Ipoh. Kiranya 1st time tulah jejak kaki ke Ipoh. Bagaimana terujanya aku sebelum ke ipoh siap olok2 naik kereta. Ingat juga masa padi huma ni, tanam bayam merah Dan mamn. Pagi ahad ambil dan ikat secekak2. Abah bawa ke kedai kawannya untuk dijual. Mmg seronok mengimbau nostalgia lama.

Dah lama aim akhirnya pak sedara setuju nak jual tanah nie. Mak mmg suka sangatlah sbb bolehlah meluaskan lagi tanamamnya. Katanya tanam suka2 jer. Kalau Ada kenduri kat kampung dia lah supplier serai, kunyit dan lengkuas.

Ada satu lagi tanah yang belum selesai, lewat sbb tanah ni takde geran sbb is tanah teroka. Kelulusan dari majlis mesyuarat kerajaan Negeri dah diberikan. Insyaallah boleh selesai dalam masa yang terdekat ini.

Insyaallah cuti raya cina ni nak balik ke bagan Datoh tengok kebun pisang Dan kelapa. Apa khabarnya kebun ni. Pisang pun dah berbuah dan pun start berjual. Cuma yang geramnya pokok kelapa sulaman di ganggu oleh kaki empat. Pokok asalnya masih ada lagi dan masih berbuah.

Tidak dinafikan beli tanah, kadang tak mendatangkan hasil tapi appreciation mmg tinggi. Tanah di bagan Datoh ni aku beli rm43k la ni dah 90k... Luas Tanah ni 2 1/2 ekar.




No comments:

Post a Comment