Monday, January 12, 2015

CIMB Mega Auction 10 Jan 2015

Minggu lepas turun ke CIMB Mega Auction di hotel Istana yang penuh sesak. Dewan auction besau tapi organiser sediakan kerusi tak sampai suku dewan pun. Yang aku hanginnya ialah suruh samada aku or asben bangun sebab sangkaaan kitaorang ni "penonton" auction. Come on lah kalau setakat nak jadi penonton lebih baik aku kemas rumah, banyak lagi kerja nak d buat.

Unit terHOT ialah rumah flat 2 bilik berkeluasan 576sft d lembah maju dengan RP45k telah dibida dengan harga RM134K dengan jumlah 60 orang pembida. Apa yang menariknya unit ini yea ??

Ada 3 unit yang di bida, 2 di Bangi dan 1 unit di Shah Alam, budget yang agak tinggi yang diberikan tapi pengakhirannya KALAH jugak. Unit2 yang dibida mmg startegik dan bagus untuk menjana Cash Flow. Limit yang di set agak tinggi, mungkin takde rezeki.

Di lelongan ini juga menyaksikan rumah Umie Aida, di lelong dengan harga rizab RM2.1j dengan berkeluasan 5000sft dibida oleh seorang perempuan India. Mungkin inilah salah satu sebab kot dewan dipenuhi dengan penonton2 :)

Aku ada dapat email dan comments pasal loan bawah 50K....kalau korang beli rumah lelong di bawah 50K boleh ajer apply loan dari bank pelelong, confirmed takde masalah. 

Tapi kalau bank pelelong bagi rate yang tak berapa bagus boleh try apply dari Public Bank dan CIMB.  Untuk loan dari CIMB, keluasan  rumah mestilah melebihi 600sft. Public Bank, Alliance masih lagi melayan rumah yang berkeluasan kurang 600sft.

CIMB hanya melayan rumah yang berkeluasan 600sft jikalau unit tersebut di beli melaluinya lelongannya. 

Jangan pening kepala, pasal nak dapatkan loan, pastikan rekod CCRIS cantik, insyaallah approve. Tapi ada juga banker yang nak loan besau2 jer, almaklumlah nak cepat achieve target. Tapi yang mana2 dah terdesak tu, bolehlah aku referkan pada banker aku yang jauh nun d sana.




No comments:

Post a Comment