Sudah beberapa hari kita melangkah tahun 2013, Adakah apa yang kita impikan dan rancangkan untuk tahun 2012 tercapai ?
Pada tahun lepas impian untuk mengenapkan 2 angka jumlah rumah tercapai, dua unit dari lelongan, satu unit dari lelongan kerajaan negeri, satu unit diret dari developer. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rezeki yang di berikan. Tahun lepas aku tak let go satu rumah pun sebab menjangkakan harga akan meningkat seiring dengan pelaksanaan gaji minimum dan inflasi. Gaji meningkat, kos akan meningkat, harga akan meningkat. Kalau dulu orang gomen gaji naik semua harga naik, ini pulak sektor swasta terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kalau syarikat tak naik harga barangan macam mana nak bayar peningkatan gaji. Kalau company banyak bungkus, pengangguran meningkat, banyak orang yang menderita. Kalau gomen bagi insentif, tax payor mmg kena kejar sampai lubang cacing. Kata kakak kebanyakkan transaction di AUD takde resit untuk ngelat tax. My ex-boss bagitahu ada negara jiran kita setiap loan application kena bagi rasuah baru approved. My ex officemate dari SATXXX INXXX pun bagitahu, di sana kalau nak minta kerja apa2pun kena hulur. ...macam ceramah pulak aku ini ..
BTW, kita yang kena manage sendiri apa yang kita hendak, jangan pulak asyik kata ini naik, itu naik tapi bila spending tak ingat langsung. Kalau kita tak tolong diri kita sendiri sapa nak tolong kan ..
Inshaallah dalam masa terdekat ini aku akan turun ke high court untuk membida sebuah rumah teres untuk kakak aku. Actually rumah sepupu aku sebaris dengan unit ini.. Aku pun dah minta lawyer buat carian di pejabat untuk mengetahui samada unit tersebut ada kaveat atau tidak .. Kakak mmg nak sangat rumah ini, katanya untuk di jadiakn rumah persinggahan bukan untuk tujuan pelaburan...Rumah ini didiami oleh penyewa.
Pada hari yang sama juga ada unit lelong yang aku masuk, tak tahulah lagi sapa yang nak aku wakilkan. Masa survey rumah sekali pandang takde orang duduk, rumah tak berkunci, sampah sarap bertebaruan dalam rumah, mmg rumah tinggal tapi salah sebuah biliknya aku merasakan ada orang duduk dan perasan ada baju perempuan berjemur di yard ... tak beranilah pulak nak tolak pintu tu takut jugak ada penagih dadah tengah " high", apa2 boleh jadikan .. Yang paling selamat kitaorang keluar dari rumah tu. Asben bertanyakan jiran yang tinggal berhadapan rumah tersebut samada ada orang ada duduk tak rumah tu ? kakak tu jawab saya tak nak ambil tahu !! macam marah ajer ... hmmm takpalah kak nanti kita berkenalan, jikalau saya menang unit tu ...
Next fews day pulak adik akan turun untuk membida sebuah unit. RP macam okay jugak versus dengan MV.. Unit kosong pulak tu, siap bergrill lagi. kalau ada rezeki adalah ..Tunggakkan taklah banyak sangatlah lagi pun bank akan tanggung setakat tarikh lelongan. Adik berharap sangat nak dapatkan unit ini.
Kemungkinan juga pada awal bulan 2 aku akan turun lagi untuk bidaan sebuah apartment..itupun kalau tak called off ...
Apa2pun tahun ini aku n asben targeted untuk beli dan flip untuk dapatkan modal pusingan. Aku mmg tak prefer untuk buat refinancing sebab aku kena tambah bayaran bulanan dan juga loan aku tak boleh pinjam banyak. Tapi untuk mereka2 yang nak dapat modal tambahan, refinance adalah yang terbaik, tapi kena ingat. kena tengok pay slip juga.
Nampaknya dalam masa terdekat kakak, adik dan aku sendiri akan turun ke gelanggang lelongan . Harap2nya adalah rezeki kami,yea, Semoga Allah permudahkan rezeki kami ..
Esok asben akan ke INSPEN untuk pedaftaran PCEA.. Berkobar2 nampaknya ..Tak lama coursenya selama setahun ajer ..
No comments:
Post a Comment