Baru2 ini aku berjaya mendapat semua unit menerusi lelongan. Permulaan yang baik untuk tahun 2013.
Pada survey sebelum bid aku dah tahu ada orang yang menghuni rumah ini.
Hari ini aku dan asben pergilah ke unit ini untuk memberitahu yang rumah ini sudah di beli melalui lelongan. Kebetulan jiran sebelah rumah tengah buka pintu dan asben bertanyakan siapa yang menghuni rumah sebelah. Menurutnya ada dua orang lelaki menduduki rumah tersebut. Asben ketuk pintu dan memberi salam tapi tak berjawab. Masa survey dulupun pintu rumah ini tak berkunci dan penuh sampah sarap. Sambil di perhatikan oleh jiran sebelah asben uka pintu dan mendapati salah sebuah bilik ada orang. Asben pun buka pintu dan mendapati orang seorang lelaki tengah tidur.
Setelah mengejutkan barulah lelaki tersebut tersedar dari tidur. Asben pun bertanya awak ini siapa yang duduk rumah ini. Menurut lelaki tersebut dia adalah penyewa [ yang peliknya kalau penyewa takkanlah bekalan letrik di tamatkan pada pertengahan tahun 2011 ]. Asben pun tanya balik, awak tahu ke sapa owner rumah ini. Akhirnya lelaki dengan longhat sebuah negeri ini mengaku " yang dia dan kawannya duduk aje kat sini ". Maksudnya dorang ini illegally tinggal di rumah ini dan owner mmg tak ambil tahu langsung tentang rumah ini. Asben pun bagitahu yang rumah ini telah dilelong dan telah dibeli. Lelaki tersebut mengetahui yang rumah ini telah di lelong dan memberitahu dia akan pindah keluar tengahari esok.
Keadaan rumah ini sekarang yang tak macam manusia duduk. Bau busuk, masam macam2 ada,, aku naik mual dan pening di buatnya. Tapi yang peliknya satu puntung rokok pun aku tak jumpa dalam rumah ini, kata asben dari air muka lelaki tersebut tak nampak macam penagih dadah yang confirmed adalah pengotor ...
|
katil free |
|
di yard .. masa survey dulu aku ada nampak baju perempuan warna purple ..hmm |
|
asben meninjau2... kena panggil bangla bawa turun sampah nih |
|
lepas makan terus tidur .. takde masa nak mengemas2 |
|
timbunan sampah sarap |
kat mane umah nie?
ReplyDeleterumah ni kawasan suam2 kuku ajer. location biarlah rahsia ..
Deletemacamana diorang duduk dalam keadaan macamni? pengotor tahap godzila dah ni
ReplyDeleteagaknya dorang dah "sebati" dgn keadaan kotor tahap macam ni.. lepas keluar dari rumah tu .. bau2 busuk melekat kat pakaian .. kalau toiletnya hmmm
Deleteerk... gile pengotor ni...
ReplyDeletemmg pengotor giler.. nnt sy cerita dlm next entry ... mcm tak percaya tahap pengotornya ...
Deleterumah ni saya ada site visit jugak. Lokasi suam2 kuku yang ok. keadaan sekeling boleh katakan terjaga.
ReplyDeletetapi rumah ni masyaallah. sy masuk ke dlm rumah masa site visit dulu. tak mampu untuk melangkah jauh utk meninjau ke kwsn yard dan bilik2. cukup smp kat hall jer.
sy buat keputusan tak jadi masuk bid unit tu.
dapat rp ker hari tu?
mmg pening n mual lepas keluar rumah ni.. d
ReplyDeletelepas dibersihkan, dah wangi
la ni selamat di sewakan dgn rate RM480 ..
alhamdullilah, akak dapat RP mungkin sbb yg dtg onsite visit tak tahan dgn tahap kebusukkannya
shahril pun masuk unit RM34K juga.. akak pun ada masuk unit tu ..