Pd 11/2 aku ke Ipoh dari Bukit Jalil. Malas nak drive, boleh relax sket naik bas ni, balik sorang2 ajer since asben busy sangat dgn kerja :). Sampai Ipoh around 11am terus ambil cab dari medan gopeng ke pejabat lawyer. Sambil signed document sambil berborak pasal rumah lelong dan kaveat. Menurut officer tersebut, kaveat yang di letakkan keatas hartanah lelong oleh saudar-mara defaulter tak valid. Confused jugak pasal ni, dari pemahamam aku dan thru my reading, jika hendak gugurkan kaveat kena melalui proses yang melecehkan.Nampaknya kena explore lebih pasal kaveat sbbnya defaulter boleh meletakkan kaveat ke atas hartanah yang ada strata tittle @ bergeran, yg masih under mastertittle still selamat lg but bila strata keluar, as a new buyer kita kena bayar kos strata. Selepas selesai urusan di pejabat lawyer, ambil cab ke medan gopeng. Bertolak dari medan gopeng pukul 1:30pm sampai bukit jalil pkl 4ptg.
Terus ke kaunter teksi yang terpampang bertulis lebih kurang kami menggunakan meter dan siap nombor hotline kalau nak buat aduan. Masuk dalam teksi, driver tu bertanya mahu kemana ? aku jawab mahu ke cheras batu xx, driver tu berkata, tambang ke sana RM30. Aku jawab, ini teksi pakai meter kan u mana boleh charge suka hati. Dgn nada benggang dia berkata, ok,oklah pakai meter dan terus keluar dari hentian teksi. Tiba2driver teksi ni bertanya pada aku, u mahu pakai meter, sy tak tahu jalan, u bagi tahu mana jalan u mahu guna. Blurr aku sekejap, boleh pulak driver teksi tu cakap tak tahu jalan bila aku suruh dia pakai meter. Apa dia ingat aku ni baru pijak bumi KL ni ker. .Aku pun cakap u lalu lebuhraya besraya masuk the mines. Bila sampai rumah meter reading baru tunjuk RM16 ajer, jumlah yg di bayar RM1.30 [tol] + RM3 [charge kaunter taxi] = RM20.30 ajer.. No taxi tu HBx 9x4? patut ker aku komplen teksi driver ni ..
Pd 12/2 Kakak dari Australia called suruh adik aku buat website untuk company dorang. Borak2 pasal ground arrangement untuk pelancong arab2. Servis yg di bincangkan ialah jemput dorang dari airport, arrange hotel, flight n bas ticket dan KL tour. . Actually dah bincang masa dia balik last year. Dia akan buat promote di sana melalui kawan2 dan saudara2 asben dia di sana. Tak salah mencuba kan.Petangnya pergi tanyakan kedai buat name card, yg ada logo+colour+double sided+covered dgn plastic sbb kakak suruh tanyakan, katanya dia Australia mahal. Lepas tu pergi survey rumah lelong dgn adik untuk projek JV... dah ada a fews yg di shortlist tapi masih fikir2 lg ..
Hari ini asben ada class, aku, anak2 dan adik pergi ke rumah kakak cuci rumah since tennats juz masukkan kunci rumah dalam letter box. Semalam ex-tenant bagi tau ada outstanding RM143 untuk bil api n air. Last month desak aku macam nak rak minta pulangkan baki deposit dan bagitau yang dia dah bayar semua bil. Dulu2 bolehlah ex-tenant nak main2 dgn aku, sekarang ni aku follow the rules. Once everthing cleared, baru deposit di pulangkan.. Keadaan dalam rumah penuh dgn bulu kucing satu rumah, sampaikan atas dapur gas dan tingkap2 ada bulu kucing.. Geram nyer. Bilik air pun kotor jugak.. aku ingatkan bagi nurse duduk rumah akan bersih tapi sebaliknya.
No comments:
Post a Comment